Friday, June 03, 2011

Si Suami yg Suka Mengelak...



















Akob begitu asyik menonton perlawanan bola sepak di depan kaca TV, tiba² isterinya terus menerjah Akob.. "Bang, lampu di halaman depan dah terbakar.. tolong ganti yang baru ye..". "Pasang lampu ???.. kamu ingat saya ni pekerja TNB ke ?..". jawab Akob dgn selamba..

"Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar..", minta isteri Akob lagi. "Betulkan paip ???.. kamu ingat saya ni kerja kt Jabatan Bekalan Air ke ?..", jawab Akob untuk mengelak lagi.

"Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas..", kata isteri Akob lagi. "Mintak maaf bebanyak.. saya tak kerja kt Petronas..", jawab Akob dengan sinis.

Kerana berasa terganggu, Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bola sepak.. kira² pukul 2 pagi kemudian, Akob pun pulang ke rumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang.. Akob terus ke bilik air.. sekali lagi dia terkejut apabila mendapati paip air tak ada masalah lagi. apabila dia ke dapur pula, Akob mendapati tong gas juga penuh..

Pada keesokan paginya, Akob bertanya pada isterinya.. "Awak minta tolong pada siapa ke semalam ?". "Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman rumah. tiba² ada seorang lelaki yg kebetulannya melintas di depan rumah kita.. dan dia bertanya kenapa saya menangis. saya ceritakan semua kepadanya. dengan rela hati, dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat". "Apa syaratnya ?", tanya Akob yg ingin benar tahu. "Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur dengannya". "Jadi, awak buat roti apa untuk dia ?", tanya Akob. "Buat roti..?!! Awak pikir saya nie Kedai Roti ke..?!!".




~sharing is caring©~



12 comments:

acai5097@gmail.com said...

nice entry,.share k,.hehe,..da follow

Muhamad Syafiq said...

thanks :D

zacky786 said...

tido dgn die la ek.. haha

Muhamad Syafiq said...

hihi..

Unknown said...

errkk

Muhamad Syafiq said...

terkelulu ke ? :)

scya lollita said...

entri ni ade mksud yg tersembunyi kan ?
nk tegur secara halus suami2 .
HnW ni complement each other ,
laki tolg is3 , is3 tlg suami . (:

tikin said...

first time smpai cni..hehe
nice entry..cre yg simple tp dpt menyedarkan si suami :)

Unknown said...

padan muka Akob tu...malas sangat...

jannsheffie said...

haha~~padan muka akob!!!

mushroom said...

akob yg malas!

Muhamad Syafiq said...

Akob memang mcm tu.. hihi :D