Friday, December 23, 2011

Sedetik Lebih ..




Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Monday, December 19, 2011

" Tangan Seorang Ibu .. "




Sewaktu kita masih Kecil ..

Tatkala kita LAPAR ..
Tangan IBU yang menyuap makanan  ..

Tatkala kita HAUS ..
Tangan IBU yang memberikan minuman ..

Tatkala kita MENANGIS ..
Tangan IBU yang mengesat air mata kesedihan ..

Tatkala kita GEMBIRA ..
Tangan IBU yang menadah syukur, memeluk kita seerat-eratnya dengan diiringi deraian air mata keriangan ..

Tatkala kita MENGANTUK ..
Tangan IBU yang dodoiikan kita dengan penuh kasih sayang dan kecintaan ..

Tatkala kita MANDI ..
Tangan IBU yang meratakan air ke seluruh badan, membersihkan segala kekotoran ..

Tatkala kita dilanda MASALAH ..
Tangan IBU yang membelai duka sambil berkata ..

" Sabar ye nak, sabar ye sayang ... "

... Namun kini ...

Track Pejalan Kaki di Jerman ..







Friday, December 16, 2011

Thursday, December 15, 2011

Adolf Hitler Marah Kupon Double Zinger Burger KFC habis ..

Baru tadi aku bersuara kat SINI .. si Hitler ni dah bising bising pulak pasal promosi Burger KFC tu tak sampai beberapa jam pun dah " PROMOTION FINISHED ! " ..



Wednesday, December 14, 2011

Tak kesampaian .. Double Zinger Burger ...


Pagi tadi aku online .. bila tengok status friends kat Facebook kemain lagi kan semua nak update status pasal KFC nak bagi FREE Burger ! .. print voucher dan terus ke KFC berdekatan . Syaratnya , asalkan beli air minimum segelas dah boleh dapat Burger sebesar kuali tu ..

Lepas Maghrib tadi, lain pulak cerita dia .. stock tiba tiba habis ? baru sehari dia dah cakap promotion is FINISHED ? Biar betul .. bukan ke promosi tu sampai 15 Januari 2012 ? memang takde nasib la nampaknya ..

Taktau sejauh mana kesahihannya , mungkin aku yang silap .. even tak dapat merasa benda tu  pun takpe asalkan aku tetap BERGER ..MBIRA .. haha !

LINK TO KFC MALAYSIA FAN PAGE



Wordless Weednesday #14






Bahasa Planet Pluto ..

Aku pun taktau sebenarnya bahasa apa . sebab tu aku main 'sebat' bahasa ni dari planet PLUTO .. mungkin korang ada belajar zaman sekolah dulu ? dah dapat nanti, sila translate kat aku balik ..






Tuesday, December 13, 2011

Super Duper Master Photoshop ..

Salah seorang ahli China Senior Photographers Association yang berumur 76 tahun dihormati oleh masyarakat di China kerana beliau telah banyak membaiki gambar-gambar lama yang dimiliki penduduk di sana dengan hanya menggunakan software PHOTOSHOP .
 
Beliau mula belajar menggunakan software ni ketika berumur 60 tahun dan setakat ni beliau telah membaiki 2000 keping gambar-gambar lama . korang ada tak gambar lama ? hantar je kat dia ni mesti dia boleh settle kan . percaya atau tak, cuba tengok ..







Monday, December 12, 2011

Twitter Headquaters ..


Dah selalu kan tengok HQ Facebook kan ? kali ni aku nak bagi korang tengok pulak macam mana rupa sebenar HQ Twitter atau lebih dikenali sebagai ibu pejabat Twitter ..





Sunday, December 11, 2011

Fakulti Matematik dan Sains Komputer ..



Sekali dengar nama macam biasa, tapi apa yang menariknya .. di dalam bangunan Fakulti tu mempunyai Gelongsor yang membolehkan pelajar turun dari tingkat atas ke bawah . nak cuba ? hanya terdapat di Technical University of Munich .





Thursday, December 08, 2011

Kuala Lumpur ..



Assalamualaikum ..

Tepat pukul 7 tadi . Alhamdulillah , aku tiba semula di kuala lumpur setelah bercuti di Pulau Langkawi selama 6 hari 5 malam . penat ? siapa yang tak penat . cuba bagitau aku . sedangkan robot pun boleh penat .

taktau nak upload gambar yang mana satu sebab semua gambar ada 1373 . Insha Allah kalau ada masa , aku akan kongsikan apa yang aku dapat kat sana .

Friday, December 02, 2011

Bangunan diruntuhkan ..








Senang senang je runtuh macam tu . tak sampai 10 saat . nak bina dulu ntah berapa lama pulak kan . mungkin nak buat kondominium 5 bintang agaknya .




Thursday, December 01, 2011

Dato' Dr. Haron Din Memindahkan Jin Menggunakan Bas ..





“ Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu . ”
[Al Hujurat : 6]