Sunday, June 26, 2011

Kari Kambing...

















Aidil pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran..

"Seberapa burukkah pendengarannya ?..". tanya doktor.

"Entahlah, Doktor.. yang pastinya.. saya mesti kena menjerit kalau nak berbual dengannya..". jelas Aidil pada Doktor tersebut..

"Okey, cuba buat macam ni.. berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu.. kalau dia tak boleh dengar kamu, berdiri dekat sedikit darinya.. lalu katakan serupa yang kamu katakan tadi.. kalau dia tidak juga dengar, cuba pulak dekatkan jarak sedikit demi sedikit.. dengan begitu, saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya.."

Maka, Aidil pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur.. dari jarak 6 meter dia berteriak..

"Makan apa kita malam ini ?.." 

Tiada jawapan.. lalu, dia berjalan kehadapan sedikit lagi.. berhenti di jarak 5  meter dan menanyakan hal yang sama.. tak juga dia mendengar jawapan dari isetrinya itu.. begitu juga pada jarak 3 meter..

Akhirnya, dia berdiri di samping isterinya dan menjerit sedikit..

"Makan apa kita malam ni ?.."

Si isteri dengan muka bengisnya.. lalu menjerit..

"Untuk kali ke empatnya aku bagitau.. KARI KAMBING !!!!.."

Rupa-rupanya, si Aidil yg pekak..



6 comments:

tikin said...

hakhak..sengal :p

Muhamad Syafiq said...

kih3.. :D

aremieroul said...

ha3..siot jerk.. ^^

Muhamad Syafiq said...

:D

ツCik Ch0kiEツ said...

hahaha. apa lah suami dia tuh XD

lawak lah..

Muhamad Syafiq said...

pekak ke badak ?. haha :D