Sunday, June 05, 2011

Malam Minggu



Dengan hanya berbekalkan seluar track adidas dan t-shirt tidur mlm ni, selamba aku keluar makan mlm bersama family kt kedai makan area² cheras la jugak.. family gathering di malam minggu la katakan.. lepas tu, tak sangka pulak kakak aku yg seorang ni ajak cari barang sikit kt Uptown Mines.. kakak aku ni memang rajin bebenar pelawa aku temankan dia cari barang apa ntah.. tapi ganjaran kalau follow dia tetap ada.. Uncle Bob satu kak !..

agak kurang mood aku tadi nak ke uptown masa tu sebab hujan renyai  turun pulak.. bukan aku nak salahkan hujan.. tapi, aku nak salahkan brader² yg nyanyi kt atas stage uptown situ.. mungkin 99.9% brader² tu la kot punca hujan turun.. so, takde la lama benar aku pergi uptown situ.. 

uptown ni jadi second choice aku selepas Uptown Danau kt Setapak sana.. nama je Setapak.. jauhnya, bertapak-tapak dari rumah aku.. Uptown Mines ni pun aku baru je datang situ 3-4 kali.. tempat ni baru je bukak tapi meriahnya, kalah Downtown Cheras.. ada jugak info yg aku tau yg Downtown Cheras ni dah "Hilang" serinya  pengunjung ke sana.. ramai² la kot pakat dtg sini nak boikot downtown tu..

apa² pun, bagus la jugak ada uptown yg lagi dkt banyak sikit dgn rumah aku kalau nak compare dgn Uptown Danau selalu aku pg tu.. takde la nak bazir² minyak kereta jauh ke sana memandangkan minyak RON97 mahal skg.. haha ! padehal pakai RON95 je.. 

alright, terasa nak buat entri lawak la pulak tgh² mlm ni rasanya.. boleh hilangkan ngantuk sikit.. kata nak overnight.. jumpa lagi !



~sharing is caring©~



No comments: