Sunday, July 31, 2011

Sabak Amazon .. welcome ! ..

Assalamualaikum .. 

Sampai jugak aku kat rumah sewa Sabak Amazon ni .. Alhamdulillah, takde apa masalah sepanjang perjalanan aku balik ke sini tadi ..  cuma hujan sikit sikit tu biasa la kan ..

Perut aku pun dah kenyang lepas melantak rendang yang mama aku buat tengah hari tadi .. sempat aku tapau untuk buat makan malam ni .. amacam ? terliur tak ? .. kalau nak, datang la ambil kat sini sikit .. Opss ! .. bahagian peha aku dah book awal awal ye .. haha ..

Aku ada persoalan kat korang .. korang tak rasa pelik ke macam mana aku boleh online kat Sabak Amazon ni ? .. siapa tau sebab apa ? .. 


Sabak Amazon .. here i come ..

Assalamualaikum ..

Selamat berhujung minggu dan selamat menyambut bulan Ramadhan esok bagi semua umat Islam .. aku ada satu cerita yang aku sendiri 'teanjat boboi' lepas tengok satu entri dari blogger tu .. pasal Khairul Fahmi nak putuskan pertunangan dia dengan Elia ? .. tengok sini ..

Kenyang jugak lepas pekena rendang ayam mama aku tadi sedap hingga menjilat hidung ! .. kejap lagi dah nak bertolak balik ke rumah sewa .. rasa malas tu komfem komfem ada .. ok la, jumpa lagi ye kalau aku ada masa nak curi curi online kat hutan amazon sana ..

Saturday, July 30, 2011

Bloglist #Ogos ..


Assalamualaikum ..

Bloglist untuk bulan Ogos telah dibuka ! .. so, pada sesiapa yang nak join bloglist bulan ni.. korang cuma perlu tinggalkan link blog korang kat ruangan komen bawah ni .. 

Bloglist aku kali ni agak limited sikit .. sebab 5 blogger lelaki dan 5 blogger perempuan terawal sahaja akan disenaraikan ke dalam bloglist aku untuk bulan Ogos .. siapa cepat dia la untung .. hehe ..


Baju Raya ! ..

Assalamualaikum ..

korang mesti dah beli baju raya kan ? .. untung la beli awal awal .. tengok macam aku .. satu apa pun tak beli lagi .. tapi baju melayu dah ada la .. apa warna tema aku untuk raya tahun ni agak agak korang ? .. cuba teka ..

ok la .. aku nak keluar dengan kakak aku 'kejap' mengikut schedule awal kami .. nasib baik kakak aku tu rajin nak temankan g bb cari sehelai dua baju untuk raya .. esok dah nak kena balik rumah sewa .. kejap je aku rasa masa tu berlalu ..

15 years ago ..






Finally .. home ! ..

Assalamualaikum ..


I'm home ! .. dah sebulan rasanya aku tak dapat online kat rumah .. lepas jugak gian aku bila aku balik rumah hari ni .. Opss .. cerita pasal 'online' tu bukan la punca utama untuk aku balik ke rumah .. kita ketepikan dulu bab online tu dulu .. 

Sebenarnya, aku balik rumah untuk minggu ni pun sebab nak jumpa family aku kat cheras ni .. esok lusa dah nak puasa .. so, aku gunakan la kesempatan yang ada .. ambil 'feel' nak berpuasa dengan family aku ..  walaupun peratusan nak berpuasa bersama agak tipis ..
 
Sebab nampak gayanya tahun ni aku berbuka dan sahur kat rumah sewa lagi macam tahun lepas .. nak buat macam mana kan .. nasib badan .. apa apa pun, aku nak wish kat korang semua .. selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan al Mubarak yang bakal tiba ..
 
Puasa tu kalau boleh penuh penuh kan la saf dia ye .. solat terawih pun sama ! .. haha .. jangan  setiap tahun asyik kandas di tengah jalan pula .. alright ? .. jumpa lagi ..



Friday, July 22, 2011

Jom Blogwalking .. #List

Assalamualaikum ..

Tengok sini kalau nak join .. korang dah ready untuk blogwalking malam ni ? .. kalau dah .. jom  pergi terjah blog blog yang ada kat bawah ni ..


Jom Blogwalking ..

Assalamualaikum ..


Pendek cerita .. aku nak buat blogwalking untuk malam ni .. so, pada sesiapa yang sudi nak join blogwalking ni .. cuma tinggalkan link blog korang kat ruangan komen bawah tu .. senang kan ?

Setiap link yang ada aku akan update kat ruangan baru .. join blogwalking ni sebelum pukul 12 malam ni .. apa lagi ? jom blogwalking beramai ramai ..

Sekian, terima kasih ..

Thursday, July 21, 2011

Spontaneous Thursday #4

Assalamualaikum ..


ST aku untuk hari ni ..



FINAL PROJECT IS NOW ONLINE ..



Sekian, terima kasih ..

Tuesday, July 19, 2011

Jalan Penyelesaian ..

Assalamualaikum ..


Cara terbaru untuk buka aircond kalau korang nak service .. takpun terus buang terus aircond tu kalau takde funtion kat rumah .. aku pun taktau la cara ni salah satu cara terbaik untuk dicuba ..



10 Finalis Segmen Aku Seorang Blogger

Assalamualaikum ..

Kesian kat korang yang dah lama menunggu keputusan pemenang untuk Segmen pertama aku hari tu .. aku betul betul minta maaf .. tengok sini ..

So, aku dah decide untuk cari 10 finalis kedua untuk Segmen tu .. tengok bawah ni .. jangan lupa untuk korang  blogwalking sekali kat blog mereka mereka ni .. 3 pemenang yang terakhir akan aku buat secepat yang mungkin ..


Final Projek

Assalamualaikum ..


Lama tak berblogging bukan sebab aku malas .. ramai  jugak cakap mana la owner blog ni ..  menyepi semacam je .. aku minta maaf la .. aku memang nak sangat berblogging ni .. cuma keadaan kat sini je buat aku takde mood nak berblogging ..
 
Aku pun ada perasan Trafik blog ni pun agak kurang bila aku tengok kat status .. nak buat macam mana kan .. nasib badan .. ni pun nasib baik ada satu tempat yang boleh aku buat post baru ..

Sebenarnya, sekarang ni dalam kepala otak aku takde benda lain yang aku pikir selain Final Projek untuk Semester akhir .. aku harap korang paham .. and wish me luck guys ! .. jumpa lagi lepas ni ..


Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday #8

Assalamualaikum ..


Wordless Wednesday aku untuk minggu ni ..


9 hari ..

Assalamualaikum ..


Bila hari rabu je teringat pulak aku kat Wordless Wednesday .. minggu lepas aku dah miss buat kali pertamanya .. so, minggu ni aku nak repeat balik yang minggu lepas punya ..

Tunggu WW untuk hari ni .. jumpa aku kat " sarang burung " malam nanti .. satu satunya tempat yang boleh mendekatkan diri aku dengan blog ni ..

Sunday, July 10, 2011

Seminggu..

Assalamualaikum .. 


Seminggu hidup tanpa internet jalur lebar .. macam mana rasanya ? .. nasib la kawan aku bawa broadband dia kat rumah sewa ni .. aku tetap bersyukur walaupun line kat sini macam ... susah sikit nak cerita kat korang ..


2 semester lagi untuk aku habiskan sisa sisa diploma teknologi maklumat pengaturcaraan .. so, untuk semester 5 .. please be nice with me ok ? ..


Monday, July 04, 2011

Ambil Gambar...




Pada suatu hari .. Pak Mail sedang meratap gambar anaknya yang sudah lama meninggal dunia .. pada ketika itu, dia berada di perhentian bas ..

Kemudian, sorang awek cun datang untuk  menunggu bas .. tiba-tiba, angin bertiupan kencang .. disebabkan angin tu, gambar yang dipegang oleh Pak Mail tadi terjatuh di bawah kain awek tu ..

Nak tak nak ..  Pak Mail terpaksa cakap kt awek tu ..

" Adik .. boleh angkat kain tak ? .. abang nak ambil gambar .. "

Dengan tanpa syak wasangkanya .. Pak Mail pun dapat penampar sedas dari awek tu .. dan awek tu terus berkata ...

" Dah nak mampus pun tak sedar diri ke ! .. "


Suami Mithali idaman Isteri : Final Part

Assalamualaikum ..


*Sambungan dari entri yang lepas .. PART 1 dan PART 2 .. 


21. Jadilah suami yang pemaaf .. syurga isteri di bawah tapak kaki suami .. maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga ..

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang .. isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar .. apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak ..

23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai ‘role model’ .. hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga .. sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah ..

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain .. ini adalah tertib memberi khidmat .. ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya .. elakan kesilapan ini ..

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain .. apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang .. wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat .. buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia ..

26. Cintai isteri sepenuh hati .. cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa ..


BLOGLIST : Jom Join Bloglist Wacanaku

Assalamualaikum ..



Bloglist Wacanaku telah dibuka ! .. so, pada siapa siapa yang teringin nak join bloglist dia jom join sekali .. klik sini atau banner atas tu ..


20 Finalis : Aku Seorang Blogger

Assalamualaikum .. 


Tiba lah masa untuk 20 finalis pertama untuk Segmen yang aku buat hari tu .. tengok sini .. walaupun aku sibuk nak masuk semester 5 .. 3 hari lagi je.. tapi aku tetap nak cari 20 finalis dan seterusnya .. 10 finalis kedua akan dibuat .. tengok sini jugak .. 

Ok .. untuk 20 finalis Segmen Aku Seorang Blogger .. tahniah aku ucapkan .. yang tak terpilih tu .. tak bermakna entri yang korang buat tu tak best .. cuma takde rezeki .. next time, Segmen baru akan menyusul untuk korang ..



Sunday, July 03, 2011

Seorang Janda yang Dahaga ..

Sameah ialah seorang janda kaya yang baru sahaja kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya .. beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik ..

Sejak kematian suaminya .. beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang dah lama memendam rasa kepadanya .. 

Namun begitu, Sameah tidak pernah melayan karenah pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya ... 

Walaupun hatinya berasa sepi ketika waktu ini .. lebih-lebih lagi di waktu malam .. tapi, rasa sepi dihatinya tiada siapa yang tahu ..

Pada satu malam .. kira-kira pukul 2 pagi .. beliau bangun dari katilnya .. badannya terasa panas .. tekaknya terasa haus .. beliau terasa begitu dahaga sekali ..

Sameah bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur .. sampai didapur .. beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk .. kemudian, menuangkannya ke dalam cawan lalu meminumnya .. 


Arak dan Cacing...




Pada suatu pagi di sebuah sekolah rendah .. seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak - anak muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka .. 

Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu ..  dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing - masing berisi dengan air mineral dan arak ..

" Cuba perhatikan ye murid - murid .. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini ke dalam gelas .. cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak .. "



Ikan Tercekik Ikan

Assalamualaikum .. 


Aku ingat dah wednesday hari ni .. haha .. tapi takpe la .. saja nak belanja kt korang satu gambar menarik  ni .. biasa kita dengar orang tercekik ikan kan ? .. kali ni terbalik pulak .. ceritanya .. " ikan tercekik ikan " ..



Weekend ..

Assalamualaikum ..


Aku baru balik dari meluangkan masa bersama atuk nenek aku kt kampung .. bila dah ada kt sana pulak .. mula la aku gila bayang .. bila la nak online .. tu baru 24 jam tak online .. cuba kalau seminggu .. habis ..

Hujung hujung minggu ni mesti korang tengah cuci cuci mata kt luar kan.. tak kisah la tengah buat apa ..  pesanan ikhlas dari aku .. selamat berhujung minggu dan buat la aktiviti yang berfaedah .. 


Sekian, terima kasih ..

Saturday, July 02, 2011

BLOGLIST : Bloglist ADIB SYAZWAN

Assalamualaikum ..



Jom .. kali ni aku nak ajak korang pulak untuk join Bloglist Adib Syazwan .. tak lupa jugak thanks kt Bujang sebab dia la aku terjebak join Bloglist ni .. haha .. 

Kalau korang nak join Bloglist tu .. klik SINI atau banner kt atas tu .. tarikh expired untuk join Bloglist tu pada .. 31 JULY ..


Sekian, terima kasih ..

Friday, July 01, 2011

Pancing...



Pada suatu petang .. selepas hujan .. seorang atuk duduk ditepi paya dengan memegang pancing sambil merokok ..

Orang-orang yang melihatnya kehairanan .. ada yang kasihan dan ada juga yang ketawa .. tiba-tiba, Ahmad menghampirinya dan bertanya ...

Ahmad : " Pakcik ni memancing untuk apa ? .. "

Atuk : " Untuk makan .."

Ahmad : " Oh.. kalau macam tu .. ayuh ikut saya makan .. biar saya belanja .. "
Mulanya, Atuk itu agak segan .. setelah dipaksa, akhirnya dia mengikut ajakan .. sambil makan, si Ahmad bertanya ...


Aktiviti Blog " 20 Blogger Pilihan "

Assalamualaikum ..




Malam ni aku nak join aktiviti dari blog Chegu Zubir .. tajuk aktiviti .. Saya Ingin Jadi Salah Seorang "20 Blogger Pilihan " .. aktiviti ni limited edition sikit .. sebabnya .. tuan tanah hanya nak 20 orang blogger sahaja untuk join aktiviti tu .. sebelum pukul 9.30 malam ni .. klik banner atas tu kalau nak join ..