Thursday, June 16, 2011

Suami Mithali Idaman Isteri : PART 1

Assalamualaikum..


Semua lelaki, termasuklah aku.. akan menjadi suami kepada isteri aku sendiri suatu hari nanti.. so, aku pikir.. benda yang baik ni, haruslah aku share dengan korang semua yang bernama lelaki dan juga bakal bergelar seorang suami.. bagi yang dah kahwin tu, masih sempat kalau nak refer entri ni.. hehe.. selamat beramal !..


1.  Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik.. Tanpa berniat dan berdoa, anda tidak mungkin akan menjadi suami yang cemerlang.. Ramai suami terlupa mengenai hal ini..

2.  Jika yang sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan.. Yakinlah isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda.. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik..

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri.. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda..

4.  Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari.. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami.. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?..

5.  Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat.. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah..

6.  Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja.. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan..

7.  Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri.. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut..

8.  Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra.. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri..

9.  Amalkan makan bersama setiap hari.. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan.. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan.. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan..

10.  Ajak isteri mandi bersama sekali sekala.. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri..


BERSAMBUNG...



~sharing is caring©~



10 comments:

yaya_flanella said...

Untung laaa. macam seth tan. hihi

Muhamad Syafiq said...

siapa la tu kan.. haha :D

Fadhli Zainol said...

thx 4 info :)

Muhamad Syafiq said...

no problemo :D

Faez Rusni said...

going to be la..hehehe

Muhamad Syafiq said...

bagus ! :D

Ismet Ulam Raja said...

dh boleh kawen epi nier..lalalla

Muhamad Syafiq said...

yeke ?.. terharu aku kau ckp mcm tu.. haha ! :D

cikida said...

wahh,,tip2..sila bace pemude pemudi...ngeee...~ ustaz syafiz da bg tip terbaekkk ni..;)

Muhamad Syafiq said...

mudah-mudahan mulut tu masin.. Insha Allah.. :D