Showing posts with label Wanita. Show all posts
Showing posts with label Wanita. Show all posts

Friday, April 29, 2011

Kunci Sebagai Simbol Cinta dan Persahabatan

Assalamualaikum..



Korang tau tak dengan kunci ni.. apa yang kita boleh buat ?. tak kira la brand  tu brand solex ke apa..  Sebenarnya, kunci yg korang selalu bawa ke sana sini tu boleh bawa makna mendalam sekiranya dimanfaatkan.

Macam kt Korea ni pelik sikit.. kunci pun ada jugak kegunaannya.. kalau korang nak tau.. ribuan kunci telah menghiasi pagar yg mengelilingi Seoul Tower, di Namsan Mountain pusat kota Seoul (mcm dalam ceciter 'Sassy Girl' kan ?)..

Bagi mereka, kunci tu merupakan lambang cinta abadi dan persahabatan di negara 'ginseng' tersebut.. pertama kali aktiviti ni dipopularkan pada tahun 1990an.. dan sekarang jumlahnya telah mencapai puluhan ribuan..

Nak tau macam mana mereka buat kunci-kunci diorang ?. jom tengok gambar kt bawah ni.. 


Friday, April 22, 2011

20 Perkara yang Membuatkan Perempuan Benci Pada Lelaki




Apa yg boleh membuatkan para wanita@perempuan kt luar sana tu benci pada kaum lelaki ni eh ? mungkin salah satunya ada dalam list kt bawah ni :


Tuesday, April 19, 2011

Kasut High/Low Heels Paling Menarik !

Sementara stok tengah banyak sekarang ni, apa kata baik korang beli cepat :D


Wednesday, April 13, 2011

Nenek Tua Beraksi !



Ms Zhao Yuafang nenek berusia 82 tahun dari Beijing, China ini mampu membuat orang terkejut dengan aksi akrobatik yang sudah menjadi kebiasaannya berlatih (senaman) dengan gerakan tubuh yang lentur dan bertenaga. Beliau dikatakan aktif dalam aktiviti yoga, wushu dan seni bela diri sejak tahun 60-an lagi. Kesihatan Zhao Yuafang masih sangat bagus, tangkas dan cepat seperti orang muda.






Wanita Paling Kecil Di Dunia













COMEL TAK ???




~sharing is caring©~



Cermin Dua Hala *Perempuan Perlu Tahu

Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).

Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati.

Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk dekat kawasan public ke cuba try ni :

LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)

Letakkan hujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat). Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah. kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !

3 Rahsia Lelaki Perempuan Perlu Tahu

1. Kenapa lelaki selalu kata nak telefon tapi tak ada pun ?

Bila dia call maksudnya dia ambil berat. bermaksud dia cintakan anda. inilah definisi biasa cinta bagi wanita dalam hal ni. Definisi lelaki pula, bila kita kerja kuat dan ada pendapatan yang stabil, kita, pasangan dan keluarga kita akan hidup dengan selesa. ini sebab kita sayang, cinta dan ambil berat pasal si dia. Kalau dia tak call pada masa yang dijanjikan, mungkin dia sibuk, terlupa atau anda boleh tuduh/kata atau rasa anda seolah-olah tak penting dalam hidup dia. Namun itu TAK bermakna dia tak cintakan anda.

2. Lelaki tak suka anda bersikap seperti seorang ibu

Jangan layan lelaki macam budak kecil, jaga semua keperluan dia hingga ke perkara yang kecil-kecil. Banyak benda yang dia boleh buat sendiri dan anda boleh/perlu memberi sokongan untuknya melakukan sendiri. Lelaki TAK perlukan seorang lagi ibu. Kalau anda bersikap seolah-olah ibu yang menjaga segalanya untuk dia, percayalah dia akan mula mencari cinta yang lain.

3. Perasaan harga diri lelaki antaranya datang dari kejayaannya dalam karier dan apa yang diusahakan

Oleh itu, amat penting untuk anda memberikan masa, peluang dan ruang untuk dia bercakap tentang kejayaan dalam hidupnya, walaupun boring untuk mendengarnya. Adanya anda sebagai seorang pendengar yang baik pada masa itu adalah satu signal yang menyatakan kepadanya bahawa, anda adalah seorang yang mengambil berat, prihatin, seorang yang boleh berkongsi hidup bersama dirinya, seorang yang boleh diharapkan, anda seorang yang amat pengasih dan dia pasti selesa dan suka bersama anda !

Tuesday, April 12, 2011

12 Aurat Wanita

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

2. Kaki (tumit kaki) - "Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31)
Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng.

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada - Hendaklah mereka iaitu perempuan melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31)

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu.
Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)

Sabda Nabi Muhamad SAW, jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32)

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah)

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar)

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah)

12. Pakaian - "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah)

Petikan dari Surah Al-Ahzab Ayat 59. Bermaksud :

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang."

"Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya" (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 
Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.




Wednesday, March 30, 2011

boleh percaya ke perempuan pakai tudung zaman sekarang ???

 
 

first of all, maaf jika ada yang di luar sana tersinggung dengan entry ni, especially perempuan yang bertudung di luar sana. bukan nk mengaibkan saudari-saudari sekalian ok, malah saya suspek respek pada golongan wanita sebegini. saya tak cakap semua yang bertudung diluar sana tu tak baik, dan tidak pula menyebelahi  wanita berFREE HAIR. kerana semua hamba Allah yang telah diciptakan adalah sama saja *fullstop bagi saya, semua olang-olang di atas bumi ni baik-baik melaka belaka, dan mesti ada sebabnya beliau menjadi sebaliknya. saya agak tertarik la juga dengan news yang dapat dari newspaper KOSMO online tadi mengenai perempuan berstatus "tudung" ni...


Tuesday, March 29, 2011

kelebihan menjadi seorang wanita





Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali band, seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, dan seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda.


Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.


Jika wanita memicit suami berkepala botak tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.


itu semua adalah kelebihan atau erti kata lain, "untung la!!!" memang beruntung jadi gegurl kn ?. bersyukurlah pada kelebihan yang telah diberikan wahai semua kaum hawa :)



~sharing is caring©~



Friday, March 25, 2011

RAHSIA perempuan lelaki perlu tahu






1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seeorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!