Monday, June 13, 2011

Seorang Gadis Cantik...



Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak .. gadis itu berdiri betul² di hadapan seorang pemuda .. seketika kemudian, pemuda itu pun bangun ..

Namun, belum sempat pemuda itu berkata apa² .. gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya kembali dan berkata ...

"Terima kasih la.. saya lebih suka berdiri..."

Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan .. dia berasa sedikit kekok kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut .. walaubagaimanapun, pemuda itu berdiri semula ..

Tetapi .. sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit lantang dan kuat sehingga didengari oleh penumpang yang lain ...

"Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri .." 

Tanpa berputus asa, pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit ...

"Woii .. cik kak !! .. saya nak turun laaaaa !!! .. tau tak, masuk ni dah 3 kali saya terlepas perhentian saya !!? .. apa punya perasan lah dia ni ?!! .." 


8 comments:

mira said...

hahah kelakar ! :D

Muhamad Syafiq said...

jangan jadi macam tu ye.. haha ! :D

Fathiah Hamim said...

ngokngek sungguh. perasan melampau :P

Muhamad Syafiq said...

terlebih ngokngek la kot rasanya.. :D

tikin said...

hahaha..klako..perasan gile gadis tu..ngeh3..

nur aqilah said...

perghh..gler perasan la pempuan tu..

Aisyah Qaisyiah said...

hahaha hilang tnsion aku lpas bca cite ni..punya perasan minah tu...mcm mn la muka minah tu erk lepas kena tengking mcm tu...hahaha (gelak sambil guling2)

Muhamad Syafiq said...

@tikin : gadis yg sadis..
@nur aqilah : mungkin jugak dia gila.. hehe :D
@Aishah : taktau la muka dia mcm mana nak cover malu.. :)