Monday, April 30, 2012

Bersih 3.0 : "Real Malaysian People"

Assalamualaikum ..



People 1 : "You are Chogrupted ! .. Chogrupted ! Respect 'Malaysian' people. Idiot !"

People 2 : "Saya orang Islam. saya tinggal disini. isteri saya orang Malaysia .." 

People 1 : "Glurppp .."


Lagi Mengenai BERSIH 3.0

Langit Runtuh ..

Assalamualaikum ..

Satu kejadian yang aneh telah berlaku di Garie, Australia dimana kelihatan seolah olah langit seperti sedang jatuh ke bumi ..

Gambar yang telah dirakam sendiri oleh David Dullaway pada tahun 2009 ni dikatakan diambil dengan secara tak sengaja ketika satu ribut besar bakal melanda Pantai Garie yang berada selatan Sydney.

Seorang penduduk Garie yang namanya dirahsiakan berkata,"Saya seperti bermimpi apabila melihat kejadian yang sangat aneh ini. Langit seakan-akan sedang runtuh !". Beliau telah menetap di Garie selama 10 tahun dan mengatakan ini merupakan pengalaman pertama beliau .


Subhan'Allah .. Bila tengok langit tu yang seolah-olah nak runtuh, sesiapapun kalau ada kat situ akan terasa seram. macam mana pula keadaan pada hari kiamat .. apabila langit terbelah, gunung bertaburan, manusia seperti serangga berterbangan, ibu mengandung keguguran anak, ibu lupakan anak dan macam-macam lagi .. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita semua dan mematikan kita dalam iman kita paling tinggi untuk dibawa ke sana ..

'Jom Gi Kuliah' Ustaz Azhar Idrus ..

Assalamualaikum ..

'Jangan ingat kerajaan saja zalim. Kita pun selalu zalim dengan Allah' .. Alhamdulillah, aku diberikan peluang untuk menghadiri kuliah yang disampaikan oleh Ustaz 'Fenomena' anak anak muda masa kini .. Ustaz Azhar Idrus di Masjid Al-Syakirin, Gombak Setia . terpaksa bertolak awal dari Cheras ke Gombak dengan harapan tak berdepan dengan masalah kesesakan lalulintas di MRR2 ..










Gambar terakhir, aku berpeluang bergambar dengan Ali (XPDC) . mungkin ada antara kita tahu sejarah silamnya pada suatu ketika dulu .. tak perlu diungkitkan kisah lama . masing masing ada sejarah silam tersendiri . begitu juga Sham Kamikaze. dengan beristiqomah bersungguh sungguh mencari ilmu, sempat berpesan .. 'Carilah ilmu yang akan bawa kita satu ketika nanti di sana' .. terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ilmu tadi. Jazakallahu Khairan Kathira ..

Sunday, April 29, 2012

Bersih 3.0 : 5 Video Paling Banyak Dilihat di Youtube

Assalamualaikum ..



Kompilasi 5 video BERSIH 3.0 paling banyak dilihat di Youtube. Seperti mana kita tahu apa yang berlaku semalam, 28 April 2012. Perhimpunan BERSIH 3.0 menuntut keadilan dalam sistem pilihanraya sekarang yang ternyata banyak kelemahannya. Akibat ketidakpuashatian tersebut, lebih 100 ribu orang telah berhimpun di Dataran Kuala Lumpur bagi membuat demostrasi aman untuk meluahkan tuntutan mereka tersebut. Berikut merupakan 5 video yang mempunyai rating tertinggi iaitu paling banyak dilihat di Youtube dalam masa 2 hari ni ..

1. Kereta Polis Merempuh Orang Awam (SEKITAR SOGO) – 367, 264 ribu views



2. LIVE FROM PDRM : Bersih 3.0 – 278, 238 ribu views



3. Bersih 3.0 – 28th April 2012 , 2pm Dataran Merdeka – 278, 238 ribu views



4. You Need Bersih 3.0 and Here’s Why – 226, 906 ribu views



5. Bersih 3.0 – 1500 hrs to 1700 hrs – Dataran Merdeka – 182, 460 ribu views





Episod 1 : Pertemuan Terakhir Diiringi Harum Kasturi ..

Assalamualaikum ..


Seorang wanita yang dikenali sebagai Mazni sedang memandu pulang ke kampung halamannya. Sewaktu dalam perjalanan, dia telah ditahan oleh seorang wanita bertudung putih dan meminta keizinan untuk menumpang. Ceritanya bermula ..
 
Mazni baru mendapat kerja diutara tanah air.  Memang hajat Mazni untuk pulang ke kampung halamannya kerana ingin menjaga ibunya yang sakit dikampung.  Lagipun, Maznilah satu satunya harapan ibunya kerana bapanya telah meninggal dunia ketika Mazni berumur 15 tahun dan Mazni tidak mempunyai adik beradik yang lain kerana dia anak tunggal.

Walaupun berat hati Mazni untuk berpindah dari ibu kota ke kampung halamannya namun apabila mengenangkan ibunya yang tinggal seorang diri dikampung, Mazni pasrah.  Selama hampir 6 tahun, Mazni tinggal dibandar dan kalau boleh dia ingin membawa ibunya tinggal bersama namun ibunya enggan mengikut kerana dia lebih selesa tinggal dikampung. Setelah mengemaskan barang barangnya, Mazni bersalam salaman dengan kawan serumahnya.  Memang sedih kerana terpaksa berpisah dengan mereka disebabkan hubungan mereka yang rapat seperti adik beradik. Namun demi ibu tersayang, Mazni terpaksa akur dengan keputusan yang telah dibuatnya.

Mazni sengaja memandu pada waktu malam untuk pulang ke kampungnya kerana perjalanan pada waktu malam lebih selesa dan sejuk.  Lagipun Mazni memandu seorang diri pada malam itu.  Sambil mendengar lagu lagu diradio, Mazni teringat akan ibunya.  Memang ibu tua itu banyak berkorban demi Mazni kerana setelah kematian bapanya, ibunyalah yang berkerja keras  menyara dan membesarkan Mazni.  Jam menunjukkan tepat 12.30 malam.  Walaupun hari sudah larut malam, mata Mazni masih segar ..

Memandu di kawasan lebuhraya memang tidak memenatkan tetapi Mazni kurang suka memandu dilebuhraya kerana dia cepat mengantuk tambah pula memandu kereta auto.  Selepas melalui laluan lebuh raya,  Mazni masuk pula ke laluan jalan biasa.  Sedang asyik Mazni memandu, tiba tiba kenderaannya ditahan oleh seorang wanita tua bertudung putih ..

Tanpa banyak soalan, Mazni mempelawa wanita tua itu menaiki keretanya.  Wajah wanita tua itu kelihatan pucat.  Dia tidak banyak bercakap dengan Mazni.  Sambil menunggu sampai ke rumahnya, wanita tua itu sempat berzikir.  Tersentuh hati Mazni melihat wanita tua itu.  Teingat dia pada ibunya.  Tentu ibunya sedang menunggu kepulangannya dirumah.  Sambil memandu, Mazni sempat mencuri pandang wajah wanita itu. Wjahnya tidak jelas kerana ditutupi oleh selendang putih dikepalanya.

Tetapi apabila mendengar suaranya, dia seperti biasa dengan suara itu.  Begitu juga perwatakan wanita tua itu.  Memang seperti biasa dengan diri Mazni.  Mazni ingin bersenbang dengan wanita tua itu tetapi apabila melihat wanita itu sibuk berzikir, hajatnya untuk sembang terbantut. Tiba di satu simpang, wanita itu menyuruh Mazni menurunkannya di situ.  Pelik jugak dihati Mazni kerana setahu Mazni, tidak ada rumah dikawasan itu tetapi wanita itu beria ia memberitahu Mazni bahawa rumahnya terletak jauh ke dalam ..

Bersambung .. Episod 2



Saturday, April 28, 2012

Nikon Coolpix P500 - "Sunset 28/04/12"

Assalamualaikum ..

Alhamdulillah, walaupun ibu kota pada hari ni agak haru biru ditakluk oleh geng KUNING . aku pula punyai misi dan aktivis sendiri .. seperti biasa, Matahari terbenam . Hari ketiga terus mencari scene terbaik bagi pemandangan matahari terbenam lokasi hanya terletak di belakang rumah . Taman Bukit Cheras Hartamas. bermula pada hari pertama dan kedua sini dan sini ..

Jangan Lupa ! Esok akan bermula cabutan ULike yang akan dibuat pada sebelah malam . hadiah lebih menarik bulan ni seperti Dinar Emas, Ipad 2, Galaxy Note dan Iphone 4s ! . belum mendaftar ? masih sempat . cepat klik sini . pemenang akan dipamerkan untuk tontonan umum pada 30 April. lihat pemenang bertuah pada bulan Februari dan Mac disini dan sini. terima kasih.
 


Bersih 3.0 : Live streaming (28 April 2012) ..

Assalamualaikum ..

Siaran perhimpunan Bersih 3.0 pada pukul 2.00 petang 28 April 2012 .. tengok kereta polis merempuh peserta disini ..



Peserta Perhimpunan Bersih 3.0 Mengambil Risiko Memanjat Bangunan



Peserta Perhimpunan Bersih 3.0 Mencuba mengalih halangan kawat duri



Peserta Perhimpunan Bersih 3.0 Meminta Sedekah di Kaki Lima… OMG!



Peserta Perhimpunan Bersih 3.0 Tidur di Kaki Lima. Duduk Bantah ke Tidur Bantah?



Cubaan oleh seorang lelaki tua untuk mengalihkan halangan kawat duri



Peserta perhimpunan Bersih 3.0 semakin agresif.



Peserta perhimpunan Bersih 3.0 menyematkan bunga kepada Polis.



Peserta perhimpunan yang pengsan telah dibantu untuk mendapatkan bantuan perubatan.



Peserta perhimpunan menyepak dan membaling penghalang.



Peserta perhimpunan merempuh penghalang.



Polis FRU lepaskan tembak bom asap kepada Peserta Perhimpunan Bersih 3.0.


sumber :  MELAYUKINI.NET ..

Bersih 3.0 : Pros and Cons ..

Assalamualaikum..




gara gara video yang aku baru terima .. sangkaan aku terhadap suara perempuan yang mengeluarkan kata kata kesat meleset .. terbukti dia ialah seorang beragama Islam selepas beristigfar pada Allah .. maklumat yang aku dapat, kereta polis tu melalui kawasan tu tiba tiba telah diancam oleh peserta dengan membaling objek kearah kereta polis .. ada sebelah pihak cakap polis sengaja langgar .. sebelah pihak pula cakap macam ni .. mudah mudahan, Allah menolong di pihak yang benar .

Negara kita pasti akan menjadi perbualan paling panas setakat ni .. Selain tu, pihak polis telah melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air di persimbangan jalan Tun Perak. mengapa polis bertindak demikian ? banyak sebenarnya bermain difikiran kita .. sebilangan peserta terlebih 'keras kepala' memasuki kawasan larangan di Dataran Merdeka. aku sendiri tak boleh buat kesimpulan drastik sebab aku tak berminat dengan demonstrasi lebih lebih lagi diketuai oleh .





Balai Polis Jepun

Assalamualaikum..

Mungkin juga jika balai polis di Malaysia seperti ni akan membuatkan orang ramai ingin melakukan kesalahan berulang kali semata mata hanya masuk ke dalam balai polis tu .. adakah ia balai polis paling sporting di dunia ? nilai sendiri ..







Jangan Lupa ! Esok akan bermula cabutan ULike yang akan dibuat pada sebelah malam . hadiah lebih menarik bulan ni seperti Dinar Emas, Ipad 2, Galaxy Note dan Iphone 4s ! . belum mendaftar ? masih sempat . cepat klik sini . pemenang akan dipamerkan untuk tontonan umum pada 30 April. lihat pemenang bertuah pada bulan Februari dan Mac disini dan sini. terima kasih.



Jangan lupa bersihkan ..

Assalamualaikum ..

Tidur awal, pagi esok kena juga bangun untuk serta bersama keluarga membersihkan kawasan persekitaran rumah terutama sekali tandas yang agak kotor ..


Jangan Lupa ! hanya sehari lagi sebelum cabutan ULike dibuat pada malam 29 April nanti. hadiah lebih menarik bulan ni seperti Dinar Emas, Ipad 2, Galaxy Note dan Iphone 4s ! . belum mendaftar ? klik sini . pemenang akan dipamerkan untuk tontonan umum pada 30 April. lihat pemenang pada bulan Februari dan Mac disini dan sini. terima kasih.

Bersih 3.0 : Zalim dengan Allah ..

Assalamualaikum..


"Kita pun selalu zalim dengan Allah. jangan ingat kerajaan saja zalim.."

Mungkin ada yang kena tepat pada batang hidung sendiri ? daripada aku bersama sama 'pejuang pejuang' Bersih .. ada baiknya juga pergi bersihkan dulu segala ruang yang ada didada untuk diisi dengan ilmu agama . ilmu sepanjang hayat. Ilmu Akhirat . Insha'Allah sekiranya diberikan peluang. Masjid Al-Syakirin akan aku hadirkan diri. hanya doa yang aku mampu titipkan bagi pihak yang benar benar berdiri tegak di atas landasan ..

Friday, April 27, 2012

Nikon Coolpix P500 - "Sunset 27/04/12"

Assalamualaikum..

Hari kedua untuk melihat matahari terbenam di belakang rumah sendiri .. mungkin agak malu malu kucing untuk menunjukkan diri setelah pertemuan indah semalam disini.


Jangan Lupa ! hanya 2 hari lagi sebelum cabutan ULike dibuat pada malam 29 April nanti. hadiah lebih menarik bulan ni seperti Dinar Emas, Ipad 2, Galaxy Note dan Iphone 4s ! . belum mendaftar ? klik sini . pemenang akan dipamerkan untuk tontonan umum pada 30 April. lihat pemenang pada bulan Februari dan Mac disini dan sini. terima kasih.

Pasang semula ..

Assalamualaikum..


dah bersedia ? tak kisah la berapa lama masa yang diberikan untuk pasang semula segala jenis komponen sehingga kereta tu boleh dipandu dengan selamat di atas jalan raya . jangan pula jadi seperti Tikus Membaiki Labu ..

Terima kasih kepada mereka ..

Assalamualaikum..

Antara blog yang sedikit sebanyak menaikkan rating dan jumlah visitor dengan meletakkan backlink di blog mereka ke sini . salah satunya, dari pensyarah aku sendiri . Ceritera Kehidupan Kami.  dipersilakan kunjungan terus ke blog berikut..





Jangan Lupa ! hanya 2 hari lagi sebelum cabutan ULike dibuat pada malam 29 April nanti. hadiah lebih menarik bulan ni seperti Dinar Emas, Ipad 2, Galaxy Note dan Iphone 4s ! . belum mendaftar ? klik sini . pemenang akan dipamerkan untuk tontonan umum pada 30 April. lihat pemenang pada bulan Februari dan Mac disini dan sini. terima kasih.

Adab dan Sunnah pada Hari Jumaat

Assalamualaikum..


1. Memperbanyakkan Selawat ke atas Rasulullah S.A.W.
Rasulullah S.A.W. bersabda yang ertinya, “Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kalian adalah hari Jumaat, maka perbanyaklah selawat kepadaku di dalamnya, kerana selawat kalian akan ditunjukkan kepadaku. Para sahabat berkata: ‘Bagaimana ditunjukkan kepadamu sedangkan engkau telah menjadi tanah?’ Nabi bersabda: ‘Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi untuk memakan jasad para Nabi.”
(HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, An-Nasa’i)

2. Mandi Jumaat
Mandi pada hari Jumaat wajib hukumnya bagi setiap muslim yang baligh berdasarkan hadis Abu Sa’id Al Khudri, di mana Rasulullah S.A.W. bersabda ertinya, “Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang yang baligh.”
(Shahih HR. Bukhori dan Muslim)
Mandi Jumaat ini diwajibkan bagi setiap muslim lelaki yang telah baligh, tetapi tidak wajib bagi anak-anak, wanita, orang sakit dan musafir. Sedangkan waktunya adalah sebelum berangkat solat Jumaat. Mandi Jumaat ini seperti mandi janabah iaitu seperti mandi wajib .. menyiram seluruh anggota tubuh. Rasulullah S.A.W bersabda yang ertinya, ”Barang siapa mandi Jumaat seperti mandi janabah.”
(Shahih HR. Bukhari dan Muslim)

3. Menggunakan Minyak Wangi
Rasulullah S.A.W. bersabda yang ertinya, ”Barang siapa mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, lalu memakai minyak rambut atau minyak wangi kemudian berangkat ke masjid dan tidak memisahkan antara dua orang, lalu solat sesuai yang ditentukan baginya dan ketika imam memulakan khutbah, ia diam dan mendengarkannya maka akan diampuni dosanya mulai Jumaat ini sampai Jumaat berikutnya.” 
(Shahih HR. Bukhari dan Muslim)

4. Bersegera untuk Berangkat ke Masjid
Anas bin Malik berkata, ”Kami berpagi-pagi menuju solat Jumaat dan tidur siang setelah solat Jumaat.”
(Shahih HR. Bukhari)
Al Hafidz Ibnu Hajar berkata, ”Makna hadis ini iaitu para sahabat memulai solat Jumaat pada awal waktu sebelum mereka tidur siang, berbeza dengan kebiasaan mereka pada solat dzuhur ketika panas, sesungguhnya para sahabat tidur terlebih dahulu, kemudian solat ketika matahari telah rendah panasnya.”
(Lihat *Fathul Bari II/388)

5. Solat Sunat ketika Menunggu Imam atau Khatib
Abu Huroiroh R.A menuturkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda, Barang siapa mandi kemudian datang untuk solat Jumaat, lalu ia solat semampunya dan dia diam mendengarkan khutbah hingga selesai, kemudian solat bersama imam maka akan diampuni dosanya mulai jumaat ini sampai jumaat berikutnya ditambah tiga hari.”
(Shahih HR. Muslim)

6. Tidak Duduk dengan Memeluk Lutut Ketika Khatib Berkhutbah
“Sahl bin Mu’ad bin Anas mengatakan bahwa Rasulullah melarang Al Habwah iaitu dengan cara duduk sambil memegang lutut pada ketika solat Jumaat ketika imam sedang berkhutbah.”
(Hasan HR. Abu Dawud, Tirmidzi)
7. Solat Sunat setelah Solat Jumaat
Rasulullah S.A.W. bersabda yang ertinya, “Apabila kalian telah selesai mengerjakan solat Jumaat, maka solatlah empat rakaat.” Amr menambahkan dalam riwayatnya dari jalan Ibnu Idris, bahawa Suhail berkata, “Apabila engkau tergesa-gesa kerana sesuatu, maka solatlah dua rakaat di masjid dan dua rakaat apabila engkau pulang.”
(Shahih HR. Muslim dan Tirmidzi)

8. Membaca Surat Al Kahfi
Nabi bersabda yang ertinya, ”Barang siapa yang membaca surat Al Kahfi pada hari Jumaat maka Allah akan meneranginya di antara dua Jumaat.”
(HR. Imam Hakim dalam Mustadrok)

Alhamdulillah, serba sedikit yang aku boleh kongsikan bersama di pagi Jumaat ni. penghulu buat segala hari. antara antara etika yang seharusnya diperhatikan bagi setiap muslim yang hendak menghidupkan ajaran Nabi Muhammad S.A.W. ketika di hari Jumaat. Semoga kita menjadi hamba hamba Allah yang sentiasa melaksanakan Sunnah Rasulullah S.A.W. dan selalu  beristiqomah di atas jalan yang diredhai oleh Allah. InshaAllah ...



Thursday, April 26, 2012

Nikon Coolpix P500 - "Sunset 26/04/12"

Assalamualaikum..

Kepulangan ke tanah air setelah beberapa abad lamanya tak berjumpa dengan seisi keluarga memang amat bermakna .. tambahan pula rezeki peluang bertemu matahari terbenam lewat petang tadi lokasi cuma di belakang rumah .. Subhan'Allah.


Tinggal 3 hari lagi sebelum cabutan ULike dibuat pada malam 29 April nanti. hadiah lebih menarik bulan ni seperti Dinar Emas, Ipad 2, Galaxy Note dan Iphone 4s ! . belum mendaftar ? klik sini . pemenang akan dipamerkan untuk tontonan umum pada 30 April. lihat pemenang pada bulan Mac disini. terima kasih.

Doa Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum..

Minggu peperiksaan yang amat dinanti nantikan oleh para students. Insha'Allah, aku harap serba sedikit akan dapat membantu korang pada minggu Super Duper killer ni. apa yang penting  .. berusaha, berdoa, dan bertawakal . dimulai dengan Bismillahirrahmanirrahim ..

Doa Sebelum memasuki dewan peperiksaan :


  وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu.


Doa apabila terlupa menjawab soalan :

سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu. Allahumma zakkirnii maa nasiit)  
*dibaca sebanyak 3 kali..
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa.


Doa mohon kejayaan cemerlang : 


اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ 
  وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha wa 
manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da' wan nasra alaal a'daa')
Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh.





Wednesday, April 25, 2012

Nikon Coolpix P500 - "Sunset 25/04/12"

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, aku sempat bertemu matahari terbenam lewat petang tadi walaupun agak sibuk sikit. esok bermulanya peperangan pertama aku dengan paper Visual Basic .Net Programming. doakan aku agar dipermudahkan segalanya ..

Jangan lupa daftar ULike disini ! terima kasih.

Wordless Wednesday #15

Assalamualaikum..

Lama tak buat entri pasal WW ni. dengan hanya berbekalkan gambar sebagai pencerita.. apa yang dimaksudkan WW ? terjah sini . tengok WW yang lain kat sini .

The Old School Avengers


sebelum terlupa, jangan lupa untuk mendaftar ULike kat sini. apa itu ULike ? tengok sini untuk entri lepas.  tinggal beberapa hari lagi sebelum tamat penghujung bulan ni .. hadiah yang ditawarkan lebih menarik. terima kasih !


Tuesday, April 24, 2012

Persamaan Malaysia dan USA

Assalamualaikum..

Mungkin ada sesetengah part yang mungkin kita terlepas pandang apakah persamaan itu..

Transformers



Tron Legacy



Ghost Rider



proud to be Malaysian people ? so do i ! ..



Kreativiti Bayang Bayang

Assalamualaikum..






Dinner Class Final Semester Compilation

Assalamualaikum..

Seperti apa yang berlaku pada petang semalam. Makan malam bersama rakan rakan kelas berakhir dengan sempurna untuk semester akhir pada kali ni. tak lupa juga kepada PA kelas aku sendiri yang berjaya diterbangkan khas sejauh 5 kilometer dari kuaters pensyarah. itu tersangatlah troll. minta maaf. terima kasih juga kepada photographer yang jauh lebih berpengalaman daripada aku, melayan night mode malam tadi..

Sesi paling menarik adalah 'Sesi Luahan Hati ke Hati'. luahan seikhlas ikhlas hati terhadap seseorang sama ada positif mahupun negatif. satu satunya cara 'face to face' . sesi 'Hati ke Hati' mati setelah tamat pada malam itu saja. bukan hanya di 'wall to wall' . Alhamdulillah, kesemua coursemate memberikan kerjasama walaupun perjalanan sesi tu ada sedikit cacat celanya. kita merancang, tuhan yang menentukan. pengalaman dari semester satu sampai sekarang.. sangat menarik jika boleh dijilidkan bersama buku laporan akhir !