Thursday, March 31, 2011

mencari kawan yang baik :D




bukannya senang nak cari kawan yang baik sekarang ni kan ? plus(+) plus(+), bukan senang la jgk nak jadi kawan yang baik kepada kawan kita tu...

>>> kawan yang baik tidak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.

>>> kawan yang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.

>>> kawan yang baik  adalah insan yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai   kejayaan.

>>> kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan  sia-sia.

>>> kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.

>>> kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.

>>> kawan yang baik adalah tempat yang menjadikan kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

>>> kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya.

>>> kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.

>>> kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

>>> kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

>>> Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

>>> Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

>>> Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

>>> kawan yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

YANG paling penting kalau kita nak dapat kawan yang baik, kita mestilah terlebih dulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita tu. betul tak ?


persoalannya disini, adakah "kita" kawan yang baik ??? :D




~sharing is caring©~



avoid from this thing's before you sleep :D



1. DON'T SLEEP WITH WATCH
Watches can emit a certain level of radioactivity. Though small,but if you wear your watch to bed for a long time, it might have adverse effects on your health.

2. DON'T SLEEP WITH BRA
Scientists in America have discovered those that wear brazil for more than 12 hours have a higher risk of getting breast cancer. so, go to bed without it. :D

3. DON'T SLEEP WITH PHONE
Putting the phone beside your bed or anywhere near you is not encouraged. though some of us will use phones as alarm clocks, but please put the phone as far as possible. scientists have proved that electrical items including Mobile Phone and television sets emit magnetic waves when used. these waves can cause disruptions to our nervous system. therefore if you need to put your mobile phone near you, switch it off first.

4. DON'T SLEEP WITH MAKE UP
People who sleep with make up might have skin problems in the long run. sleeping with make up will cause the skin to have difficulty in breathing and problem in perspiring. you will also need a much longer time to go into deep sleep.

lastly...please DON'T...


5. DON'T SLEEP WITH OTHER'S WIFE / HUSBAND
     ☠ (no caption)



! thanks for reading !


~sharing is caring©~



beliau juga seperti manusia biasa :D



selamat malam pagi semua !. pagi ni nak sharing dgn korang semua kombinasi gambar-gambar yang  telah diambil mungkin akan membuatkan korang keli geli hati selepas melihatnya. dimana (ayat kamus baku) melibatkan bekas pemimpin kita yang satu ketika dulunya memimpin negara kita ini "Dr. Book Tun Dr. Mahathir Mohamad" bersama isteri, Siti Hasmah Mohamad Ali. gaya sempoi sekali (dalam gambar tiga kali) Tun bergurau senda dgn isteri tersayang beliau *kalau la dpt isteri sporting mcm ni, bahagia hingga ke anak cucu inshaAllah. jom scroll tikus mati korang kebawah :D

*rasa nk menyanyi kejap = soley...soley...soley...


\/\/\/\/\/
\/\/\/\/
\/\/\/\/\/\/\/\/
\/\/\/\/
\/\/
\/


Wednesday, March 30, 2011

boleh percaya ke perempuan pakai tudung zaman sekarang ???

 
 

first of all, maaf jika ada yang di luar sana tersinggung dengan entry ni, especially perempuan yang bertudung di luar sana. bukan nk mengaibkan saudari-saudari sekalian ok, malah saya suspek respek pada golongan wanita sebegini. saya tak cakap semua yang bertudung diluar sana tu tak baik, dan tidak pula menyebelahi  wanita berFREE HAIR. kerana semua hamba Allah yang telah diciptakan adalah sama saja *fullstop bagi saya, semua olang-olang di atas bumi ni baik-baik melaka belaka, dan mesti ada sebabnya beliau menjadi sebaliknya. saya agak tertarik la juga dengan news yang dapat dari newspaper KOSMO online tadi mengenai perempuan berstatus "tudung" ni...


Fakta Menarik Mengenai Islam :D




20 Fakta Menarik Tentang Islam hari ni saya nak kongsikan bersama kipas lipas semua  yang mungkin korang dah di'mention'kan awal-awal lagi. selamat membaca dan menghayati ! :D

1. Tahukah kamu? ternyata NAMA yang paling banyak diguna di dunia adalah “Muhammad” disusuli dengan nama “Jack”.

2. Albania merupakan negara satu-satunya di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam.

3. Perkataan-perkataan berikut ini adalah berasal dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan 'Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl, yang mempunyai erti “bubuk” yang kemudiannya diserap ke dalam bahasa Inggeris.

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita (secara perhitungan matematik). kata “Lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24.

5. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber, dijangkakan akan menjadi agama nombor 1 di dunia pada tahun 2030.

6. Jikalau sekarang Al-Qur’an dihancurkan, maka versi arab dari Al-Qur’an akan segera dibackup direcovered semula oleh jutaan muslim, yang disebut “Huffaz” yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Qur’an dari mulai awal sampai dengan akhir ayat.

7. Pemeluk Islam bertambah 2.9% per tahun. pertumbuhan ini lebih cepat dibandingkan dengan pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% per tahun.

8. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dianggarkan seramai 15,000 orang yang beragama Islam berkhidmat dalam US Militari (Stats 1997).

9. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20.000 orang AS masuk Islam setiap tahun setelah peristiwa 9/11.

10. Jasad Nabi Muhammad pernah ingin dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal dan salah satu yang mencuri dihilangkan oleh Allah dari bumi.

11. Al Qur’an adalah satu-satunya kitab suci yang boleh dihafal jutaan manusia (Hafidz/penghafal Al Qur’an) sehingga keaslian/kesuciannya selalu terjaga.

12. Jika agama lain mempunyai lebih dari 4 versi kitab suci yang berbeda satu dengan lainnya, maka Al Qur’an hanya ada satu dan tak ada pertentangan di dalamnya:

13. Para astronaut telah menemukan bahawa planet BUMI itu mengeluarkan semacam radiasi yang berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infiniti (tidak berakhir), radiasi tersebut menembus planet mars marikh dan masih berlanjutan. peneliti mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’Bah di di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat. (Sumber : klik sini)

14. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii …ummatii” yang mengungkapkan betapa besar cinta Baginda kepada umatnya.

15. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah s.a.w menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat, setelah sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama 16 bulan.

16. Sebanyak 23 kali perang semasa Rasulullah memimpin, hanya sekali kekalahan yang di derita kaum muslimin, yakni, Perang Uhud.

17. Musa a.s adalah nama yang paling sering disebut dalam Al-Qur’an, sedangkan Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Qur’an.

18. Semua anak Nabi Muhammad, yakni, Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

19. Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.

20. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.

~SEKIAN TERIMA KASIH~




~sharing is caring©~



Tuesday, March 29, 2011

kelebihan menjadi seorang wanita





Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali band, seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, dan seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda.


Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.


Jika wanita memicit suami berkepala botak tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.


itu semua adalah kelebihan atau erti kata lain, "untung la!!!" memang beruntung jadi gegurl kn ?. bersyukurlah pada kelebihan yang telah diberikan wahai semua kaum hawa :)



~sharing is caring©~



Monday, March 28, 2011

korang suka sangat tengok benda "leceh" ni kan ? amik kau ! :x





DAH puas tengok gambar kiut miut awek ni tak ? *mesti korang kenal punya. ye tak kak limah oii ? :D saja nak "warming up" blog ni sikit pepagi ISNIN korang  semua :D  bukan apa, ada story telling nak sharing dgn korang semua pada satu kisah benar ni yg benar-benar terjadi oleh seorang hamba Allah. so, especially guys++ di luar sana. take this as note ! gegurls pula, nak baca pun boleh sebagai suppliment knowledgement tambahan korang ok ?



Gempa Semakin Menghampiri MALAYSIA


selamat hari ISNIN ! memang pagi yg dinanti-nantikan oleh semua umat, terutamanya orang bekerja, bersekolah dan berberapa lagi. *ceh, ini ayat perli. pagi ni saya tertarik beberapa entry menarik dari newspapaer KOSMO online yg sempat di usha sesampainya ke opis 'sayang' awal pagi tadi berkenaan titik gempa semakin hampir dengan MALAYSIA. jom baca lagi...


Saturday, March 26, 2011

teh panas ke teh sejuk ?


kisah ini tidak berkaitan antara yang hidup ataupun yang da meninggalkan balu kita ok ? . Di suatu pagi yg menyinar..di warung kopi, terdapat seorang penduduk orang asli yang nak minum pagi di warung tersebut. apabila tuan warung ingin mengambil order.. bertanyalah orang asli ini dekat tuan punya gerai tu ha... "berapa harga teh panas dan berapa pula harga teh sejuk"...jawab owner warung tu... "teh panas RM0.70 ,teh sejuk RM 1.20..."..maka orang asli tu agak-agaknya tengah hujung bulan, jadi beliau minta teh panas... apabila teh panas telah sampai..cepat2 org asli tersebut meminumnya sampai habis....pelik tuan warung melihatnya....lalu beliau bertanya... "kenapa kamu minum terlalu cepat..tak rase panas ke..??" jawab si org asli tersebut... "emm..mestilah kene minum cepat teh panas ni, kalau minum lambat nanti jadi teh sejuk, kene plak bayar Rm1.20..saya ada Rm 0.70 je.." ...tuan warung pun tersengih...



~sharing is caring©~



Friday, March 25, 2011

rahsia disebalik microsoft word




mari kita bongkar rahsia sebalik MICROSOFT WORD yang hari-hari korang semua gunakan tu... hehe. firstly, open Microsoft Word. taipkan dalam huruf besar, Q33 NY (ini adalah no. pesawat yang telah melanggar PutraWorldTradeCenter di Amerika dulu). tukar saiz font tu kepada saiz berapa yang korang suka asalkan size tu tak keluar dari skrin korang. highlight Q33 NY tu kemudian tukar kepada font WINGDINGS. agak-agak sama tak mcm ni ? -_-



*selamat beramal !


~sharing is caring©~



RAHSIA perempuan lelaki perlu tahu






1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seeorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!


Wednesday, March 23, 2011

3 cara Allah berbicara dengan kita -_-




Tahukah anda semua, bagaimana sebenarnya Allah berbicara dengan manusia ?.
Allah  berbicara dengan manusia dalam tiga (3) kaedah. 

TSUNAMI di Jepun sebalik AL-QURAN




selamat pagi semua! ok, pepagi buta ni nak sharing caring dekat korang semua pasai TSUNAMI yang baru berlaku di Jepun sana tu. hanya untuk sekadar renungan kita bersama. mari flashback semula -_-



1. tarikh yg berlaku adalah pada 11/03/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 06/04/1432.
2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 - 32.
3. jawapanya Jujuz ke 14 Quran.
4.dan bulan 4.

Rahsia angka tahun ini : Jujuz 14 Ayat Quran ke 4


Tuesday, March 22, 2011

tips melajukan facebook berisiko tinggi -_-




 Ø¨Ø³Ù… الله الرحمن الرحيم 
 
rasa best tak guna PESBOOK sekarang lagi laju dari yang dulu lepas tukar setting file pada host sistem anda dengan menyettingnya (*ayat iban portugis) ? haha. siapa setuju sila angkat tangan mcm saya (*kena lagi ucop) ... siapa tak syiok gilak la kan -_- .... ok la, mengikut sumber yang didapati... baru-baru ini rasanya banyak blog yang memberi tip untuk melajukan PESBOOK ni dengan menetapkan satu IP Address PESBOOK pada file “Hosts” di folder Windows\System32\Drivers\etc. ia mungkin boleh membantu untuk mempercepat loading time facebook namun tahukah anda siapakah pemilik IP Address tersebut ? dengan rasa kasih sayang dekat korang semua, kali ni nak share cerita menarik mengenai risiko saiko selepas korang tukar setting pada host os (operating sistem) korang semua.

*Risiko Menukar IP Address di Hosts*

dengan menukar IP Address di Hosts, pengguna sebenarnya memberitahu sistem operasi untuk menghubungi IP Address tersebut apabila domain yang dinyatakan diakses. sebagai contoh,

1. 203.106.85.66 www.facebook.com
2. 203.106.85.66 facebook.com
(korang rasanya pakai yg no 1 ye? sbb dulu saya pun try pakai no 1 tu -_-)

di antara salah satu IP di atas la kn. takkan la guna dua-dua. tamak betui user tu. haha. sebenarnya, ia akan memberitahu sistem operasi untuk berhubung dengan komputer atau server yang beralamatkan 203.106.85.66 apabila domain www.facebook.com atau domain facebook.com diakses oleh browser pengguna.

!!!RISIKO!!! nya adalah...


Sunday, March 20, 2011

adakah ianya suatu bala?



adakah tsunami di jepun disebabkan bala
akibat daripadaperbuatan manusia sendiri seperti dalam 
video dibawah ni atau ianya telah ditakdirkan sejak awal lagi ?
entry ni bukanlah nak menjatuhkan maruah negara itu, tambahan pula hampir seluruh negara jepun itu disapu bersih oleh tuan tsunami. so, hope korang semua nilai sendiri.
apa-apa pun, tazkirah takziah buat warga jepun disana.
 -_- check this out -_-


Friday, March 18, 2011

biodata syaitan yang anda perlu tahu ^-W-^



Nama sebenar :: iblis laknatullah
Waktu mula jahat :: selepas enggan sujud kepada Nabi Adam
Status :: fasik kelas pertama
Agama :: kufur

Thursday, March 17, 2011

adakah anda pasti ANTI-VIRUS anda berada di tahap maksimum?


jom ! apa lagi. masa time ni la nak showing up dekat korang semua adakah ANTI-VIRUS yang anda pakai sekarang benarkah ia menjalankan amanat yang telah diberi oleh kamu sendiri untuk menjaga keamanan peace environment lappy sendiri? common' ! this is not the end :) let's spend a little time to try this out...


kenali jantina lappy kamu :)


sebenarnya, selama korang guna lappy or pc sendiri adakah 
korang tertanya-tanya ataupun ragu-ragu dengan jantinanya  ?
baiklah, hari ni  nak sharing tips kalau korang betul-betul nak tau kemerduan 
suara lappy / pc sama ada jantan atau betina ataupun yang lagi satu :) 
kalau suara yang lagi satu tu keluar, harap korang semua redha dengan ketentuan ilahi :(
berita baiknya, lappy saya bersuara gegurl gitu~~~

¿¿¿bagaimana cara-caranya???

Wednesday, March 16, 2011

10 perkara JANGAN !!!




بسم الله الرحمن الرحيم
~sekadar untuk peringatan kepada semua rakan-rakan yang dikasihi~

1. Jangan simpan dalam poket
Bagi lelaki yang suka menyimpan handphone  didalam poket seluar, sebaiknya sebaiknya selepas membaca ni akan berfikir dua kali kerana, hp menghasilkan medan elektrostatik & elektromagnetik yang mengakibatkan ketidaksuburan lelaki.

2. Jangan guna dekat barangan elektronik
Jangan gunakan hp ketika isyarat lemah berdekatan barangan elektronik berkuasa tinggi. Contoh barangan elektronik mengeluarkan medan elektonik yang tinggi seperti televisyen, oven, peti sejuk, radio dan lain-lain.. daya yang dikeluarkan oleh barangan tersebut boleh mengakibatkan kebakaran pada printer circuit board (pcb) dalam hp terbakar.

3. Jangan dekat dengan kunci kereta
Dalam keadaan tertentu, hp yang digunakan dalam kendaraan akan memberikan impak kerosakan terhadap peralatan elektronik kenderaan. Hp yang diletakkan terlalu dekat dengan kunci kenderaan boleh mangakibatkat terhapusnya kod yang ada dalam sistem elektronik pada kunci kenderaan tersebut.

4. Jangan dekat dengan komputer
Komputer & hp adalah alat yang gelombang elektromagnetik. Jika berada dalam jarak yang dekat, maka keduanya akan saling merosakkan. Anda tentu tidak ingin kalau kedua-dua gajet kegemaran anda kerosakkan ?
5. Jangan simpan di tempat bersuhu tinggi
Tempat bersuhu tinggi, kelembaban tinggi, & berdebu merupakan geng musuh hp anda.. Mungkin anda tidak menyedari yang anda sering kali “menjemur” hp anda di atas dashboard kereta, tingkap & beg.

6. Jangan meletakkan kad SIM dekat magnet
Bahaya kad SIM dekat dengan benda-benda yang mengandung magnet kerana radiasi yang dipancarkan. Hp juga berkebolehan untuk merosakkan kad memori & kad kredit anda.

7. Jangan dekat dengan logam
Hindari hp anda daripada berdekatan dengan logam-logam kecil kerana speaker hp anda akan menarik benda-benda tersebut. Hp akan mengalami kerosakan fizikal.

8. Jangan dekat alatan hospital
Kebanyakan hospital adalah tempat yang paling tak sesuai untuk hp. Selaian pesakit memerlukan ketenangan, peralatan media seperti alat bantuan pendengaran & alat pengepam jantung akan terganggu. Jangan kerana hp, anda menjadi seorang pembunuh dalam senyap

9. Jangan dekat dengan gas yang mudah terbakar
Gas merbahaya kerana mempunyai tekanan yang tinggi dan juga mudah terbakar. Berada dekat dengan gas yang mudah terbakar boleh mengakibatkan hp anda tidak berfungsi dengan baik.

10. Jangan basah
Rasanya kita semua sudah tahu betapa bahayanya air bagi hp. Air juga musuh kepada kamera hp.. Apatahlagi ketika musim hujan, boleh mengundang banyak masalah. Bagi penunggang motorsikal, bersiap sedialah untuk menyembunyikan hp anda sebelum hujan tiba.

paling penting, jangan sesekali melakukan perkara yang dilarang oleh ALLAH s.w.t, berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan semua makhluk :)

*thanks for reading*

~sharing is caring©~



Tuesday, March 15, 2011

sebelum dan selepas


~assalamualaikum w.b.t.~
mesti korang semua sudah mengetahui nasib
sedara-sedara kita yang berada di Jepun sekarang kan?
ataupun endah tak endah saja ambil tahu keadaan di sana?
alangkah bernasib baiknya kita dan patut bersyukur kpd Allah
disebabkan negara kita yang berada jauh dari negara itu dan
ianya bukan bererti kita tidak akan sama sekali menghadapi
bencana terburuk yang pernah dihadapi oleh negara tersebut. 
just wanna sharing dengan korang semua gambar satelit yang terbaru
mengenai kawasan-kawasan yang teruk dilanda tsunami baru-baru ini.
ia juga sebagai peringatan untuk persediaan kita semua  menghadapi
sebarang kemungkinan yang bakal menanti di masa depan.
~subhanallah~

~sharing is caring©~




Monday, March 14, 2011

mari belajar mengira :)

assalamualaikum semua!
lama tak jenguk vblog sendiri yang berhabuk mabuk ni da kn!
maaf semua disebabkan kesibukan yang telah
melanda pada hujung-hujung semester ni :)
just nak sharing kepada semua untuk refreshing our brain
to budak accounting memang tak ada hal la nak kira soalan senang ni kn? 


~sharing is caring©~




Monday, March 07, 2011

Buang Photo Viewer Pada Facebook


Ok, lepas ni tak payah la susah-susah tengok photo viewer yg baru pada fb macam gambar dibawah ni. ok, pada sesiapa yang sudahpun khatam pasal menatang ni anda memang up-to-date dari saya! hebat!... so, untuk beginner caro-caronya senang saja. tapi saya hanay sempat bagitau untuk pengguna browser Mozilla Firefox sahaja ok??? mintak maaf pada kaum google crome dan IE. hehe.



adakah ramai bertanggapan seperti ku tak menyokong sepenuhnya dengan photo viewer yg baru pada pesbuk ni? atau sebaliknya? bagi ku agak complex disitu. lain orang lain taste beliau bukan ? cuma ingin berkongsi sikit bagaimana nak buat photo viewer yg seperti dahulu kala seperti ini. ku tau ramai 'gila' orang yg tak suka benda ni. sampaikan ada orang yg buat page tak suka benda ni. pada hakikatnya? memang beriban-riban orang LIKE.


>>untuk pengguna Mozilla Firefox
klik sini  untuk install add-ons Greasemonkey terlebih dulu.


>>kemudian, install pula user script pada Mozilla firefox anda.
bagaimana hasilnya?
*kalau tidak berjaya, sila restart facebook atau browser anda :)
~ selamat berjaya~


~sharing is caring©~




Wednesday, March 02, 2011

Peninggalan Rasulullah S.A.W Untuk Tatapan Generasi Sekarang





Kali ni, aku nak share dgn korang semua beberapa gambar yg aku dapat untuk tatapan korang semua.. mungkin ada antara kita sendiri tak pernah tahu apakah jenis peninggalan yg telah ditinggalkan oleh Baginda sehinggakan ia boleh dijadikan sebagai tatapan umat sehingga sekarang.. gambar² di bawah ni  aku rasa hanya sebahagian daripada bekas peninggalan Rasulullah S.A.W.. dgn rasa rendah dirinya, segala kekurangan entri yg aku buat ni datangnya dari aku sendiri dan semua yg sempurna itu hanya dari Allah S.W.T. ..

testing keyboard


jom tengok keyboard lappy siapa yang ada masalah problem...haha
:: cara nak bermain dengannya adalah ::
>> try buka microsoft word<<
>>Tekan dan tahan kedua-dua button SHIFT di keyboard<<
>>Lihat tulisan yang terhasil di skrin anda<<

sambil menahan kedua-dua button shift tersebut, tulis ayat:
"A QUICK BROWN FOX JUMPS OVER THE LAZY DOG"

* sebab mesti menulis ayat itu adalah kerana ayat tersebut memerlukan
anda menekan setiap huruf, A- Z yang ada di keyboard. Selamat mencuba!

saya da try di lappy sendiri, memangc sah! keyboard ada masalah problem.haha!
i'm missing M,S,H,D,G button :(((

A QUICK BROWN FOX JUP OVER TE LAZY O


Tuesday, March 01, 2011

daddy's cool birthday!



(: gambau atas ni bukan pic saya masa muda ye, maaf sama sekali :)
~this person is belong to my family ever and ever~
baru dua hari lepas celebrate my birthdays, hari ni pula my daddy's birthday pula~
wish you  happy birthday my daddy! semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki :)
this year masuk ke 58! still muda dan masih ada 6 pax lagi tu!
~mana tak nya joggers tegar la katakan~
!hope dikurniakan sihat berkekalan macam sekarang!
~InshaAllah~