Friday, July 06, 2012

Perkahwinan ..

Assalamualaikum ..


Minggu lepas punya Wedding bertarikh 1 Julai 2012 baru sempat aku publish hari ini. Saudara sebelah ayah di Putrajaya. Lama juga tak merasa nasi minyak. Mungkin sekarang aku sibuk dengan kerjaya setelah pada masa dulu aku sibuk dengan segala assignment .. Kerja apakah pula tu ? Takde la pegang jawatan Manager mahupun bos kecil .. cuma kerja yang ada kaitan dengan bidang IT .. selebihnya rahsia. suatu hari nanti mesti akan tahu juga.

Apa yang seronok boleh aku katakan .. pengalaman luas, sebelum sebelum ni mungkin aku belajar IT. tapi bila di alam pekerjaan pula lain ceritanya .. pengalaman baru di tempat baru akan mengajar kita sesuatu yang baru. Istilah penat memang perlu ada lagi kita orang baru nak desak diri cepat  menyesuaikan persekitaran..

Monday, June 11, 2012

Kursus EC-Council (14 Mei 2012)

Assalamualaikum ..

Mungkin ada yang tertanya setelah menghilangkan diri selepas tamat pengajian aku pada bulan lepas .. Alhamdulillah, semalam aku selamat tiba dirumah setelah berkursus selama sebulan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) di Perlis . Bermula 14hb sehingga 10hb, semalam.

Perlis ! perlu aku katakan jauh ? boleh tahan juga. pertama kali berkursus di negeri paling jauh selain Sabah dan Sarawak . Kursus EC-Council Certified Security Specialist dan EC-Council Network Security Administrator . Alhamdulillah, aku amat bersyukur setelah berjaya lulus kedua-dua Exam. sekurang kurangnya tidak pulang kerumah dengan tangan kosong.

InshaAllah, aku akan berkongsi pengalaman aku ketika berada disana selama sebulan. Bermula hari pertama .







Sunday, June 03, 2012

Saturday, May 12, 2012

Landskap Menarik

Assalamualaikum ..

Antara landskap menarik di seluruh dunia yang aku dapat dikongsikan bersama .. saksikan keindahan yang diberikan Allah kepada makhluk makhluknya di atas muka bumi untuk tatapan semua. Subhan'Allah !












Wednesday, May 09, 2012

Wordless Wednesday #16

Assalamualaikum ..



Jangan lupa untuk mendaftar ULike kat sini. apa itu ULike ? tengok sini untuk entri lalu.

Monday, May 07, 2012

Sesi Jelajah Perlis ..

Assalamualaikum ..


Taklimat terakhir mengenai kursus yang aku akan hadiri, Pelis selama sebulan .. Tarikh ditunda pada 14hb minggu depan . masih ada masa untuk meluangkan masa dirumah. sebulan bukan la satu masa jangka yang lama bagi aku . sedangkan 3 tahun boleh 'hidup' di kawasan paling 'Penghujung Dunia'. pepatah ada mengatakan. sambil meyelam minum air .. betul ? kali ni 'Percutian' ke utara pula !





Bersih 3.0 : Power Ranger !

Assalamualaikum ..

Antara penampilan khas salah seorang peserta BERSIH 3.0 lalu .. mungkin juga dikenali sebagai 'artis' paling digemari sepanjang zaman ..



Saturday, May 05, 2012

Pengujian Mangkuk Tandas

Assalamualaikum ..
 
Sebelum pengguna akhir menggunakan dengan selesa tanpa sebarang masalah. kita mungkin tak tahu sebenarnya mangkuk mangkuk tandas yang ada di rumah masing masing di uji ketahanan 'testing' terlebih dulu untuk menghadapi sebarang kemungkinan ..


tak perlu rasa nak muntah bila lihat warna coklat tu . cuma sample yang seakan akan seperti ..

Friday, May 04, 2012

Kanak Kanak 'Photogenik' ..

Assalamualaikum ..

Di suatu lokasi..

"Abang, boleh tak tolong ambilkan gambar kami semua ? kami semua 'photogenik' " ..


"Boleh, tapi adik kena janji lepas ni jangan ambil hati kalau semua sekali kena TROLL ..."

Thursday, May 03, 2012

Bersih 3.0 : Optimus Prime vs. Bumblebee !

Assalamualaikum ..











Nikon Coolpix P500 - "Sunset 03/05/12" (Final Part)

Assalamualaikum ..

Hari terakhir setelah berjaya menetap 3 tahun sebagai warga asli 'Sabak Bernam' . kenangan di sini terlalu banyak . tak dapat aku ungkapkan .. mungkin dalam jangka masa panjang scene 'Matahari Terbenam' di Sabak Bernam hanya akan bermain di benak fikiran .. rindu moment moment menarik seperti ini di tepi pantai . berakhirnya 3 tahun ..