WARNING ! : Aktiviti berisiko seperti di bawah ni korang hanya boleh lakukan bila Prosessor dan MOBO (Motherboard) korang dlm keadaan yg terlalu terlalu panas (overheating) saja.. perlu diingatkan bahawa.. segala kemalangan kecil dan besar yg akan terjadi pada diri anda hendaklah ditanggung sendiri.. haha ! Terima Kasih..
Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts
Monday, June 06, 2011
Thursday, April 28, 2011
Wednesday, April 27, 2011
Tuesday, April 26, 2011
Monday, April 25, 2011
Memagar Diri Dan Rumah
Ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman syihir dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya. Ilmu ini tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kekusyukan.
Friday, April 22, 2011
Thursday, April 21, 2011
Wednesday, April 20, 2011
Tips Mengelak Selipar Dicuri Ketika Berada di Masjid
Trik dan Tips kt bawah ni korang boleh amalkan supaya selipar@sandal
korang tak ada la lagi kes hilang bawak pergi masjd lepas ni.
Tengok Maharaja Lawak Free.. ASTRO WARNA
Mesti ramai kaki-kaki lipas Maharaja Lawak (ML) kt luar sana tu kecewa bila Maharaja Lawak minggu ke-3 hanya akan ditayangkan di ASTRO Warna .. terutama sekali, pelanggan ASTRO yang takde astro warna.. dah la kena bayar pulak tu . tapi, takpe.. korang jangan risau.. mengikut info dari kawan aku, dia ada terima satu e-mel ni bagitau.. teknik-teknik untuk melanggan pakej Mustika secara percuma..
Tuesday, April 19, 2011
Fakta Menarik Mengenai Kucing
1. Kucing rumah (peliharaan) boleh tidur sehingga 14 jam
sehari dan ianya diantara binatang yang boleh tidur lama.
2. Snow Leopard melindungi diri daripada kesejukkan melampau dengan
melilitkan ekornya yang sepanjang 3 kaki di sekeliling hidungnya.
3. Puma (harimau kumbang) dan Leopard merupakan mamalia yang boleh melompat
paling tinggi sekali. Mereka mampu melompat setinggi 16.5 kaki.
paling tinggi sekali. Mereka mampu melompat setinggi 16.5 kaki.
4. Kucing paling kecil didunia dijumpai di Singapura dan ia
hanya seberat 4 pound bersamaan 1.814kg.
5. Kucing mampu menghasilkan sehingga 100 bunyi vokal
manakala anjing hanya mampu buat 10 sahaja.
6. Kucing menggunakan misai mereka sebagai antena untuk mengukur sama ada
laluan itu muat atau tidak untuk dilalui. kalau macam tu, jangan la potong
atau trim misai misai kucing korang. kesian kt kucing tu nanti.
laluan itu muat atau tidak untuk dilalui. kalau macam tu, jangan la potong
atau trim misai misai kucing korang. kesian kt kucing tu nanti.
7. Kebanyakkan kucing tidak memiliki bulu mata.
8. Jika dikira mengikut nisbah berat, Leopard kononnya 7 kali lebih kuat daripada manusia.
9. 1 daripada 4 rumah di Amerika mempunyai kucing.
10. Sama seperti cap jari, corak di hidung kucing adalah unik dan berbeza-beza.
11. Pada 1800′s, kucing digunakan untuk menghantar surat dari rumah ke rumah. pada 1879
di Belgium terdapat 37 ekor kucing ditudaskan untuk menghantar surat ke rumah
penduduk kampung. tapi akhirnya mereka sedar, kucing tak cukup berdisiplin
untuk menjalankan tugas ini.
di Belgium terdapat 37 ekor kucing ditudaskan untuk menghantar surat ke rumah
penduduk kampung. tapi akhirnya mereka sedar, kucing tak cukup berdisiplin
untuk menjalankan tugas ini.
12. Dalam seumur hidup, dianggarkan seekor kucing rumah menghabiskan
masa 10,950 jam mengembek mengiau.
13. Kucing mampu selamat walaupun jatuh dari ketinggian 30 kaki.
14. 25% pemilik kucing mengeringkan bulu kucing mereka selepas dimandikan.
adakah anda tergolong dalam golongan 25% ni?
15. Kucing ada 32 otot di setiap telinga.
16. Kucing akan membersihkan dirinya dengan lidah selepas berhadapan dengan sesuatu
yang berbahaya atau selepas bergaduh dengan kucing lain. ia bertujuan untuk
menenangkannya dengan melakukan sesuatu yang biasa baginya.
yang berbahaya atau selepas bergaduh dengan kucing lain. ia bertujuan untuk
menenangkannya dengan melakukan sesuatu yang biasa baginya.
17. Kucing boleh melihat 6 kali lebih baik berbanding manusia di waktu malam. ini kerana
mereka mempunyai tapetum lucidum (search), satu lapisan tambahan yang
bertugas untuk menyerap cahaya.
18. Rahang kucing tak boleh bergerak kekiri dan kekanan.
19. Kucing mamapu untuk berlari sepantas 20 KM sejam bila dah meningkat dewasa, tapi
malangnya kebanyakkan kucing sekarang ni dah terlalu malas untuk berlari.
20. Kucing memiliki sekitar 30 gigi dalam mulutnya.
21. Kucing yang berumur 6 bulan, setara dengan 10 tahun usia manusia.
22. Kucing bukan dalam kategori haiwan pengotor kerana kucing sering
membersihkan diri dengan air liurnya difahamkan air liur kucing
mempunyai agen pembersih.
23. Air kencing kucing difahamkan boleh bercahaya didalam gelap.
24. Kucing rumah (kucing peliharaan sendiri) adalah haiwan pemburu terhebat didunia, ianya mampu memburu dan membunuh beribu spesis hidupan mengalahkan tahap pemburuan
spesis kucing besar seperti singa, harimau dan spesis kucing besar lain, ini kerana
spesis kucing besar hanya mampu memburu dan membunuh tidak kurang dari 100
spesis hidupan sahaja, oleh kerana kucing rumah saiz badanya kecil maka ianya
tak berbahaya kepada manusia dan ianya adalah diantara sahabat baik manusia
yang paling penyayang
spesis kucing besar seperti singa, harimau dan spesis kucing besar lain, ini kerana
spesis kucing besar hanya mampu memburu dan membunuh tidak kurang dari 100
spesis hidupan sahaja, oleh kerana kucing rumah saiz badanya kecil maka ianya
tak berbahaya kepada manusia dan ianya adalah diantara sahabat baik manusia
yang paling penyayang
25. Paling penting, Kucing adalah binatang kesayangan Rasullulah s.a.w.
Monday, April 18, 2011
Kasut Diperbuat dari Kulit Babi
Mungkin korang dah tahu cerita lama ni pasal mana-mana kasut yang dibuat daripada kulit BABI (terpaksa straight to the point) ni kan ? just nak peringat balik kat korang semua untuk lebih berhati-hati ketika membeli kasut dimana mana zaman sekarang ni. maklumlah sekarang ni banyak pengaruh luar nak menjatuhkan umat ISLAM ketika ini .
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Saturday, April 16, 2011
Kelebihan Pada Sifat Lelaki Yang Menyebabkan Mereka Sentiasa Happy :D
1. Tak perlu mangandung
2. Boleh kencing merata-rata
3. Kerjanya sama, tapi gaji lebih
4. Kedut dan boroi lambang kejantanan
5. Orang tak pandang ke dada bila bercakap dengan mereka
6. Boleh berbual di telefon hanya 30 saat saja
7. Boleh pakai sepasang baju dan sepasang seluar untuk cuti selama lima hari
8. Dipuji sebab berjaya keluarkan idea ciput
9. Boleh pakai seluar dalam RM9.90 sekotak brand Giant (dalam tu ada tiga helai)
10. Boleh pakai baju yang berkedut
11. Apa yang ada di muka semuanya original made !
12. Stail rambut sama saja selama bertahun-tahun, mungkin berabad, dan mungkin juga berdekad
13. Boleh pakai sepasang kasut dan sepasang stokin, sampai la koyak rabak
14. Boleh pakai seluar pendek walaupun kaki macam ???
15. Misai, janggut kambing berserabut ? tak de hal punya ! tengok macam pak cik kt atas tu :D
16. Ini perkara biasa, lelaki boleh kahwin empat ! :D
Tabiat Yang Boleh Menyebabkan Kerosakan Pada Otak
1. Tak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit Alzheimer.
4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati. jadi, kurangkanlah aktiviti sampingan atau aktiviti default korang ni pada hari ahad :D
7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurangnya berimiginasi
Biasanya lelaki lebih suka berimiginasasi berbanding perempuan. adakah benar ?. berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir
Dengan cara macam ni, secara tak sedar akan menyebabkan otak kita kurang aktif. oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
13 Akibat Terlalu...
1. Terlalu LAMA BERDIRI
Merosakkan tulang. urat-urat sekitar kaki menjadi kembang.
2. Terlalu LAMA DUDUK
Merosakkan lipatan daging. akan mudah dihinggapi penyakit tua. tubuh menjadi kendur,
berlipat-lipat macam kuih lepat :D
3. Terlalu LAMA MELIHAT
Merosakkan darah. darah haid menjadi lebih kotor dari biasa.
4. Terlalu BANYAK TIDUR
Merosakkan tenaga dan menjadikan kita seorang yang pemalas. maknanya tu, jauh la jodoh. selalu
berangan-angan. urat-urat sekitar rahim menjadi tidak kuat. mudah dijangkiti kemandulan.
para lelaki sekalian boleh mati pucuik atas bukuit !
5. Terlalu RIANG/GEMBIRA
Merosakkan usus.
5. Terlalu KERAP MARAH
Merosakkan hati. cepat kelihatan tua. korang nak ke cepat tua ?
6. Terlalu BANYAK BERFIKIR
Merosakkan limpa. kulit muka cepat berkedut. haid tidak menentu dan dalam waktu tidur kerap
mengalami sentakan kaki atau tangan. kesihatan rahim dan sekitarnya mudah terjejas.
7. Terlalu BANYAK BERSEDIH
Merosakkan jantung.
8. Terlalu MERANA
Merosakkan paru-paru.
9. Terlalu TAKUT
Merosakkan ginjal. apabila fungsi ginjal terjejas, ia boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan
lemah jantung.
10. Terlalu KERAP TERKEJUT
Merosakkan pundit hempedu. gejala pening kepala kerap dialami. haid menjadi tak menentu dan
kengkadang pendarahan terlebih.
11. Terlalu BANYAK MAKAN
Merosakkan pencernaan. mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. liang vagina kurang bersih (semakin banyak garam, lauk/makanan yang dimakan dan semakin terjejas kesihatan)
12. Terlalu BANYAK MINUM AIS
Merosakkan otot dan lambung. badan dan payudara menjadi lembik. berat badan meningkat. mudah
diserang penyakit dan tidak kelihatan awet muda.
13. Terlalu BANYAK MASA LAPANG
Merosakkan fikiran. kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan suka berkhayal dan menimbulkan pelbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti hidup positif. tambahan lagi, lagi lama
masa akan terbuang menghadap blog ni :D
Bagaimana Nak Tahu Orang Tak Suka Dengan Anda ?
Macam mana nak tahu orang di keling sekeliling anda tak menyukai anda ? lepas ni, korang boleh la usha-usha sesiapa yang ada gaya atau tingkah laku kawan-kawan anda atau sesiapa la yang ada persamaan dalam list kt bawah ni :
1. Mereka tak akan makan makanan anda.
2. Mereka akan berdiam diri dan mengelakkan diri beliau daripada berborak dengan anda.
3. Mereka akan layan anda dengan baik secara tetiba, sebab apa ? sebab mereka tu baru je mengumpat pasal anda.
4. Mereka langsung tak menjawab persoalan anda.
5. Mereka banyak keluar atau berdiam diri dalam bilik bagi mengelak jumpa anda.
6. Mereka akan bagi kerja yang susah gila dekat anda.
7. Selalulah masuk ke PESBUK mereka, kerana kt sana mesti akan ada kata-kata perli tentang anda.
8. Apabila anda berada dalam satu GROUP (kira dalam berkumpulan), salah seorang sahaja yang layan anda. itu pun sebab kesian kat anda.
Friday, April 15, 2011
Thursday, April 14, 2011
7 Tips Sebelum Beli Laptop
Balik-balik Alienware jugak yang keluar. sebab apa ? memang dah lama minah minat gila dekat beliau. kalau ada rezeki I'Allah dengan keyboard, sekali tikus mouse dia akan ditapau-tapau. KNOWLEGDEMENT amat penting dalam apa-apa situasi pun. termasuklah pengetahuan sebelum kita nak beli laptop pun perlu ada pada setiap orang. tak kira la dia tu buta IT ke apa. Tips-tips dibawah mungkin berguna bagi seseorang zero yg tak tahu apa-apa pun sebelum membeli laptop baru. tapi rasanya zaman skg boleh kata semua orang da ada laptop sendiri kan ? cuma sebagai remider buat korang :D
1. Penggunaan
Motif atau tujuan utama laptop tersebut dibeli. Jika untuk bermain games perlukan laptop yang lebih canggih. Jika hanya untuk menaip dan melayari internet, cukup sekadar yang sederhana.
2. Budget
Berapa budget, anggaran atau lebih senang duit yang anda ada. Lebih digalakkan membeli secara tunai berbanding menggunakan kaedah hutang. Lebih menjimatkan. Tetapi tidak salah membeli menggunakan kaedah hutang, ansuran seperti kad kredit, cuma tidak disyorkan.
3. Warranty
Jaminan sesuatu laptop kebiasaannya adalah satu tahun. Tetapi kita tidak mahu menggunakan laptop dalam tempoh satu tahun sahaja. Mahukan lebih daripada itu. Pastikan warranty lebih lama supaya kita lebih bersedia dengan kemungkinan buruk.
4. Buat pemerhatian
Kunjungi mana-mana kedai yang menjual laptop. Tanya dan buat perbandingan antara satu produk atau jenama dengan yang lain. Tidak terburu-buru membeli dengan tawaran kerana ianya melibatkan duit yang beribu-ribu. Pastikan jangan tertipu.
5. Tanya pemilik
Ini salah satu cara paling berkesan sebelum membuat sebarang tindakan. Pemilik laptop, biasanya rakan-rakan sendiri lebih mudah memberikan nasihat, pro dan kontra sesebuah laptop yang ingin dibeli.
6. Model
Jenama juga memainkan peranan penting. Kadangkala jenama memberikan keyakinan kepada kita untuk membeli.
7. Bantuan
Servis bantuan selepas jualan juga penting. Ke mana kita akan rujuk jika ada masalah? Siapa kita perlukan? Bagaimana dengan servisnya? Adakah meluas? Itu semua penting.
Wednesday, April 13, 2011
8 Tanda Lelaki Perlu Dijauhi
1. terburu-buru mengajak kamu berkahwin
Biarpun baru sebulan kenal namun si dia sudah membicarakan soal tunang dan mengajak kamu kawin. Kononnya terlalu cintakan kamu dan tidak mahu kehilangan kamu. Lelaki yang benar-benar jujur sekiranya mahu mengambil kamu sebagai pasangan hidupnya tentu akan mengambil masa untuk mengenali kamu dengan lebih dekat lagi. Tentu ada sebab tertentu mengapa dia terburu-buru.
2. kaya dengan kata-kata manis
Berwaspadalah jika dia seringkali mengungkap "segalanya hanya untuk kita berdua" atau dia menyatakan yang dia tidak boleh hidup tanpa kamu. Atau tanpa kamu hidupnya tidak beerti. Lelaki jenis ini pandai bermain kata-kata dan selalunya lelaki ini tergolong dalam lelaki yang sukakan kekerasan.
3. sikapnya yang berubah-ubah
Sikap si dia yang sukar di fahami dan sering berubah-ubah walaupun dalam masa yang singkat, kamu akan rasa setiap kali berjumpa. perasaan kamu tidak bebas dan begitu takut sekiranya tersalah cakap.
4. terlalu cemburu buta
Sesiapa saja yang rapat ngan kamu atau pandang kamu si dia pasti akan buat muka tak puas hati.. bukan itu saja, setiap ape yang kamu lakukan mesti kene 'report' kat dia.
5. suka merendah-rendahkan kamu
Si dia sering kali merendah-rendahkan kamu atau komplain terutamanya bila kamu melakukan sesuatu yang tidak disukainya. Dia akan cuba untuk menukar kamu kepada orang lain dengan menukar cara berpakaian, make up, style serta sikap. Ini akan menyebabkan kamu hilang keselesaan dan lama kelamaan kamu akan hilang kebabasan untuk jadi diri sendiri. Akhirnya kamu sendiri yang akan merasa rendah diri dan tidak yakin pada diri sendiri.
6. sukar menerima penolakan
Kamu langsung tidak boleh membantah apa yang dikatakan dan diinginkan. Kerana setiap kali dia meminta pendapat kamu, tapi dia akan membantah dan mengakui keputusan nya adalah yang paling bagus untuk diikuti. Kalau sekali dua takpe..kalau setiap kali begitu pun, akhirnya dialah yang akan jadi pemimpin DITAKTOR!!
7. suka menyalahkan orang lain
Apabila die menjadi seorang yang tak disenangi anda atau kawan-kawan yang lain, dia akan menyalahkan orang lain. Kerana bagi dirinya, apa yang dilakukan kononnya untuk kebaikan perhubungan kamu dan dia.
8. gunakan meterial sebagai ganti
Apa sahaja yang kamu minta si dia akan cuba penuhi. Namun mungkin kamu tak sedar, ini adalah cara si dia mengikat kamu. Kononnya si dia telah sempurnakan apa yang kamu minta, jadi kamu harus sempurnakan pula apa yang di hajati.jadi, berhati-hati, bila termakan budi, takut tergadai lory...

Gambar Menarik
Tips
Cerita Lucu
Sunset
Kelakar
SEGMEN
Tazkirah
Komputer
Keagamaan
Cerita Bergambar
Sharing
WORDLESS WEDNESDAY
Wanita
Bloglist
Lelaki
Relationship
Unrated [18SG]
Isu Semasa
Unrated [18SX]
Facebook
SPONTANEOUS THURSDAY
Haiwan
Kesihatan
Tidur
Baby
Cinta
Maharaja Lawak
Video
2 Alam
Ayah
Bola Sepak
Mr Bean
Seram
Tsunami
Kisah Saya

























