Showing posts with label Relationship. Show all posts
Showing posts with label Relationship. Show all posts

Friday, April 29, 2011

Kunci Sebagai Simbol Cinta dan Persahabatan

Assalamualaikum..



Korang tau tak dengan kunci ni.. apa yang kita boleh buat ?. tak kira la brand  tu brand solex ke apa..  Sebenarnya, kunci yg korang selalu bawa ke sana sini tu boleh bawa makna mendalam sekiranya dimanfaatkan.

Macam kt Korea ni pelik sikit.. kunci pun ada jugak kegunaannya.. kalau korang nak tau.. ribuan kunci telah menghiasi pagar yg mengelilingi Seoul Tower, di Namsan Mountain pusat kota Seoul (mcm dalam ceciter 'Sassy Girl' kan ?)..

Bagi mereka, kunci tu merupakan lambang cinta abadi dan persahabatan di negara 'ginseng' tersebut.. pertama kali aktiviti ni dipopularkan pada tahun 1990an.. dan sekarang jumlahnya telah mencapai puluhan ribuan..

Nak tau macam mana mereka buat kunci-kunci diorang ?. jom tengok gambar kt bawah ni.. 


Friday, April 22, 2011

20 Perkara yang Membuatkan Perempuan Benci Pada Lelaki




Apa yg boleh membuatkan para wanita@perempuan kt luar sana tu benci pada kaum lelaki ni eh ? mungkin salah satunya ada dalam list kt bawah ni :


Wednesday, April 20, 2011

Bagaimana Rupa Surat Cinta Zaman Persekolahan ?



biasa tak korang tulis surat-menyurat cintan kt sekolah dulu ? haha ! nk tergelak pun ada. sebab apa ? owner yg tulis entry ni pun 'ada la' juga terjebak dgn kes surat-menyurat cinta dulu. mcm mana pula dgn ceciter korang masa di oldschool dulu ? lain orang, lain pula ceciternya kan ?  ye la, zaman sekolah dulu mana ada duit nk beli "belekberry", send sms kt si dia, "I CAYANG YU GILAK2 TAU BABYSKUT !". ceh ! BB konon, dulu nk pegang hp 3310 pun susah, "belekberry" ? nasib baik tak keluar lg masa tu. sekarang ni rasanya takda hal punya,  tak payah pakai surat lg dah. post dkt pesbuk pun dah ok !~ :D kali ni nk bawak balik korang ke dunia surat-menyurat cintan ni , then tgk mcm mana la karangan cintan yg kita buat dulu masa kt sekolah dulu. ada tak serhupe 110% mcm ni ?  :D



Saturday, April 16, 2011

Bagaimana Nak Tahu Orang Tak Suka Dengan Anda ?




Macam mana nak tahu orang di keling sekeliling anda tak menyukai anda ? lepas ni, korang boleh la usha-usha sesiapa yang ada gaya atau tingkah laku kawan-kawan anda atau sesiapa la yang ada persamaan dalam list kt bawah ni :

1. Mereka tak akan makan makanan anda.

2. Mereka akan berdiam diri dan mengelakkan diri beliau daripada berborak dengan anda.

3. Mereka akan layan anda dengan baik secara tetiba, sebab apa ? sebab mereka  tu baru je mengumpat pasal anda.

4. Mereka langsung tak menjawab persoalan anda.

5. Mereka banyak keluar atau berdiam diri dalam bilik bagi mengelak jumpa anda.

6. Mereka akan bagi kerja yang susah gila dekat anda.

7. Selalulah masuk ke PESBUK mereka, kerana kt sana mesti akan ada kata-kata perli tentang anda.

8. Apabila anda berada dalam satu GROUP (kira dalam berkumpulan), salah seorang sahaja yang layan anda. itu pun sebab kesian kat anda.




~sharing is caring©~



Wednesday, April 13, 2011

13 Perkara Yang Mungkin Kita Sendiri Tak Perasan


Kengkadang tu, dalam kita mengharungi kehidupan seharian, ada beberapa perkara yang kita  sendiri tak perasan ada something berlaku di sekeliling kita. ada waktunya kita cuma perasan apabila ia sudah tiada di mata. sesuatu yang anda tidak perasan atau tak terfikir langsung.

1. sekurang-kurangnya ada lima orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda atau menyayangi anda dalam beberapa cara.

2. sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

3. senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

4. setiap malam, ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

5. anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

6. kalau bukan kerana anda seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

7. anda seorang yang istimewa dan unik pada mata seseorang.

8. seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

9. apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah di sebaliknya.

10. sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula mungkin anda yang meminggirkan mereka.

11. apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda inginkan, mungkin anda tidak akan memperolehnya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan berjaya memilikinya.

12. jangan takut untuk meluahkan perasaan anda. anda akan berasa senang bila seseorang mengetahuinya.

13. sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya bahawa dia adalah yang terbaik.




~sharing is caring©~



Makna Sebalik Hadiah


Setiap hadiah yang anda beri kepada kekasih/kawan korang mesti ada maksud yang tersirat :

JAM TANGAN - Tanda meningati setiap masa dan waktu.

CINCIN - Tanda ikatan kasih yang abadi.

GELANG - Tanda mesra

RANTAI LEHER - Ikatan cinta yang perlu perhatian.

SUBANG - Tanda penghargaan dan penghormatan.

KASUT - Sentiasa mengambil berat/prihatin.

PAKAIAN/KAIN - Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.

PAYUNG - Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.

MINYAK WANGI - Tanda cinta

BINGKAI GAMBAR - Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.

BUKU - Bersifat terbuka dan bertolak ansur.

BUNGA - Tanda perkenalan/sayang.

SEJADAH DAN AL-QURAN - Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.




~sharing is caring©~



Tuesday, April 12, 2011

bagaimana nak menyanyangi seseorang especially orang tengah 'HANGAT' bercinta :D



1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang andaakan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untukdilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri sendiri, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga keakhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telahbersusah payah dan berusaha sedayaupaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.




~sharing is caring©~



Memilih Seseorang Lelaki


Memilih lelaki untuk dijadikan pasangan hidup bukan semudah memilih baju untuk hadir majlis hari jadi. Jika baju, tak suka yang itu, pilih saja yang ini. Kalau warnanya seperti tidak match, pilih saja warna yang lain.

Bagaimana hendak mengenal lelaki yang sesuai, baik dan serasi ? Persoalan ini memang patut menghantui setiap orang sebab tersalah pilih, hidup akan menjadi amat tidak selesa. Macam-macam perkara boleh ditimbulkan oleh sang lelaki, tatkala dia sudah pun bergelar suami. Tidak semudah menukar baju jika ingin lari darinya. Malah dia bagaikan baju plastik yang melekat di badan.

Jika anda mendapat lelaki yang okey segala segi, anda sangat beruntung. Hidup anda akan terpenuh dengan keindahan dan kenikmatan. Tetapi jika anda mendapat lelaki yang tidak okey segala segi, ibarat anda telah menghampiri neraka dunia?.

Apa kriteria yang boleh anda nilaikan apabila memilih lelaki :

1. Bagaimana agamanya
Jika dia nyata mengabaikan kewajibannya sebagai manusia yang beragama, (terutama sembahyang fardu), usahlah harapkan sesuatu yang menarik daripadanya. Mungkin dia kaya dan penyayang serta boleh memberikan semuanya, tetapi tanpa haluan menuju ketuhanan, dia bukanlah pilihan terbaik.

Betul, bukan semua lelaki yang sembahyang itu baik, tetapi sekurang-kurangnya haluan pimpinannya jelas. Agama diturunkan untuk memantau kehidupan manusia, maka manusia perlu menerima pantauan itu untuk selamat. Dalam soal ini tiada siapa terkecuali.

2. Bagaimana dia melayani ibu bapanya
Seorang lelaki yang bertanggungjawab adalah seorang yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap ibu dan bapanya. Anda boleh lihat dengan jelas akan hal ini. Jika dia menangguhkan pulang ke kampung semata-mata untuk anda, dia bukanlah seorang family man, lantas bukanlah calon terbaik untuk menepati ciri-ciri lelaki pilihan. Seorang lelaki yang mengambil berat ibu dan ayahnya adalah seorang yang boleh diharap.

3. Bagaimana dia berkelakuan sewaktu bersama anda
Jika dia demand beberapa hal yang tidak munasabah dan ?tidak boleh? sebelum masanya, dia bukanlah lelaki yang terbaik. Cinta tidak perlu dibuktikan dengan perlakuan-perlakuan sumbang yang membawa kemurkaan TUHAN. Ramai wanita silap dalam menafsirkan pengorbanan cinta. Berkorbanlah untuk mendapatkan cinta yang sejati, tetapi tidak usah hingga terkorban diri. Ingat, wanita ibarat rama-rama, selagi warna sayapnya tidak terurai, selagi itulah dia diminati dan disayangi.

4. Bagaimana keluarga melayaninya
Jika boleh dapatkanlah latarbelakang keluarganya. Keluarga yang rosak dan porak peranda biasanya terdiri daripada ahli yang rosak dan juga porak peranda. Perhati juga bagaimana keluarga melayaninya. Jika keluarga baik terhadapnya, itu menandakan dia baik terhadap keluarga.

5. Siapa sahabatnya
Untuk mengenali dia lihatlah siapa sahabatnya. Sahabatnya adalah cermin untuk dirinya. Jika sahabat-sahabatnya adalah mereka yang baik budi pekerti serta boleh diharap, dia juga sama. Sebaliknya jika dia hanya bergaul dengan orang yang rosak akhlak, dia juga mungkin tidak terkecuali.

6. Apakah kegiatan hidupnya
Lantaran jika dialah pilihan anda dan putus untuk mengakhiri hubungan itu dengan perkahwinan, usah ambil mudah tentang aktiviti hidupnya, maksud saya pekerjaan serta kegemaran serta wawasannya. Ini penting sekali sebab corak kehidupan akan ditentukan oleh apa kegiatan hidupnya serta apa kegemarannya juga apa wawasannya.

Pastikan dia mempunyai pekerjaan, tidak semestinya makan gaji, perniagaan juga baik. Pertanian, perladangan, penternakan dan juga perikanan juga baik. Semua itu bidang pekerjaan yang mulia. Ramai orang tidak kisah dengan bidang pekerjaan teman lelakinya sewaktu di alam percintaan, kemudian menanggung derita setelah berkahwin apabila mengetahui sebenarnya dia tiada pekerjaan, pemalas bahkan penagih dadah. Sukailah dia dan sukailah pekerjaannya, selagi halal, adalah mulia di sisi ALLAH.

7. Lihatlah diri anda sendiri
Lihatlah diri anda sendiri. Bagaimana lelaki yang anda inginkan begitulah diri anda sebenarnya. Jika anda memiliki akhlak yang baik, dia semestinya juga begitu. Jarang orang yang tidak sama peribadi boleh menjalin hubungan intim dan penuh persefahaman.

Mengenali lelaki adalah cabaran utama wanita dalam langkah pertama membina cinta. Mengenali peribadi dan psikologi lelaki pula adalah langkah tuntas menuju kebahagiaan dan kecemerlangan keluarga setelah berkahwin. Lelaki bagaimanakah yang anda inginkan? pilih, kemudian tafsir, renung dan fikir, usah suka, terus ambil kemudian kahwin lalu menderita.