Saturday, June 11, 2011

Gangster Bisu...



Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan dari peniaga.. ini kerana pihak polis kini sering membuat intipan dan tangkapan..

Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut.. pada pendapatnya, jika tertangkapnya dia.. tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut..

Maka si bisu pun diambil bekerja dan mula mengutip wang. dalam hanya beberapa hari, dia berjaya memperolehi RM50,000..

Walaubagaimana pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia.. maka pada hari yg telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang²nya memanggil si bisu.. apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi dengan mereka.. lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat..

Gangster : "Mana wang tu ?.."

Pakar bahasa isyarat itu menunjukkan isyarat kepada si bisu.. si bisu menunjukkan isyarat..

Si Bisu : "Aku tak tahu apa yg mereka katakan.."

Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut.. dan gangster tersebut menghalakan pistol ke arah kepala si bisu..

Gangster : "Kau jgn main².. kalu tak, aku akan tembak kepala kau.."

Si bisu menunjukkan isyarat pada pakar bahasa isyarat tersebut..

Si Bisu : "Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan di bawah kerusi yg ketiga dari pintu masuk.."

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster..

Pakar Bahasa Isyarat : "Dia tidak tahu dimana wang tu dan kalau kau nak tembak-tembaklah.. " 




~sharing is caring©~



1 comment:

Muhamad Syafiq said...

alright :D