Peraturan 1: Kalau kau sampai kt pagar umah aku pastu kau dok hon.. hon, pastikan kau bawak barang yg nak dihantar.. sebab yg pastinya kau takkan ambik apa² atau sesapa pun..
Peraturan 2 : Jangan kau pegang² anak aku kt depan atau belakang aku.. kau boleh pandang dia, selagi mata kau tak merayau lebih dari paras leher anak aku. kalau kau takleh jugak jaga tangan kau dari dok pegang² anak aku.. aku boleh tolong cabut dan jaga tangan kau kt umah ni ha...
Peraturan 3 : Aku tau skang nih pesyen bebudak skg pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender kau.. don't worry, aku ni open-minded sikit.. so aku takkan suruh kau pakai seluar tu elok² mcm manusia normal.. tapi, bagi memastikan yg seluar kau tu takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler biasa dulu kt dalam laci aku ni untuk lekatkan seluar kau kt pinggang.. kalau kau nk yg extra extrem lagi, aku try pulak pakai stapler gun, bagi sedas kt cota kau tu.. paham ?!..
Peraturan 4 : Aku rasa mesti kau tau pasal kempen seks ‘selamat’ yg omputih dok canang hari² kt tv atau internet.. kalau tak pakai perlindungan cam kondom atau lelain, kau mungkin akan dapat penyakit yg mungkin membunuh kau satu hari nanti.. meh sini aku nak bagitau, kalau dgn anak aku ni, aku lah pelindung tuh.. dan aku akan mendatangkan sakit kt tubuh badan kau dan kemungkinan besar aku akan bunuh ko jugak.. jelas ke tak peraturan no 4 ni ?!..
Peraturan 5 : Biasalah, kalau kau nak berkenalan lebih baik dgn aku ni sebagai calon bapak mertua kau.. paling koman pun mesti beborak pasal politik ke, pasal sukan atau lain² topik semasa.. aku tak nak dengar semua tu.. satu jer topik yg aku minat nak dengar.. ayat dia mcm ni, "bila ko nak anta anak aku balik ke umah ni semula ?!" dan jawapan yg aku nak dengar cuma, “AWAL”.
Peraturan 6 : Aku rasa kau ni hensem, popular kt kolej atau pejabat kau, banyak peluang nak dating ngan aweks² lain lagi yg lagi kiut-miut dari anak aku.. aku takde hal ngan kelebihan kau tu.. selagi anak aku pon ok dengan 'kepopularan' kau.. tapi sekali kau dah couple ngan anak aku, kau jangan pepandai cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan kau atau dia break-off ngan kau.. kalau kau buat anak aku nangis, aku pulak akan buatt kau nangis.. (tau la aku buat mcm mana !)
Peraturan 7 : Sementara kau menunggu anak aku bersiap, jangan la nak dok mengeluh kalau dia bersiap lama sangat.. kalau kau nak orang yg punctual, on time punya awek, ko leh dating ngan minah askar.. ok ?!.. kalau kau bosan menunggu kt luar tu, tolong le buat apa² yg patut.. mcm basuh keta atau cat pagar umah aku ni ke...
Peraturan 8 : Tempat² berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating.. penat aku list sehari untuk kau benda ni... tempat yg ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa² tempat yg boleh duduk² atau baring².. tempat² yg takde kehadiran orang tua, polis, tok imam.. tempat² yg gelap.. tempat² yg membolehkan korang berpegang tangan + menari atau bersukaria.. tempat² yg panas, yg boleh buatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan + pakai short skirt.. tempat yg sejuk sampai kau kena panaskan badan anak aku.. movie yg romantic, berunsurkan kissing² tu baik kau elakkan.. movie pasal seksa kubur atau hari kiamat je dibenarkan...
Peraturan 9 : Jangan sesekali menipu aku.. aku ni nampak je perut buncit, kepala hampir botak mcm dalam gamba kt sebelah ni yg sempat aku selitkan sekali dlm surat ni, juga untuk memudahkan senang kau kenal aku.. walaupun aku nampak je kepala nak botak + berat perut, tapi pada hakikatnya.. aku akan tau semua pergerakan kau dari spy² aku.. sebab aku banyak kabel TM kt luar sana.. kalau aku tanya kau nak pegi mana, dengan sapa lagi yg akan join ngan korang, kau ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, takde yg tak benar melainkan benar belaka.. aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yg penuh hutan kt belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kt situ.. kalau aku tembak kepala kau kt belakang tu, takde sapa yg nak tanye.. jadi, jangan main² ngan aku !..
Peraturan 10 : Kau patut takut dgn aku.. kalau boleh biar sampai tersangatlah takut.. aku ni selalu dok terngiang-ngiang lagi peristiwa bukit kepong dulu.. sampai skg kalau ada orang datang umah senyap² pastu dok berbual kt laman, aku tak tak boleh 'compromiseation' dgn sesapa pun.. aku rasa terus nak tembak orang tu head shoot *ganas tak aku ?.. aku ingatkan komunis.. nanti, bila dah abih dating, sampai kt pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua² tangan kau tinggi².. pekak pekik dengan jelas “saya datang hantar anak pakcik balik”.. pastu kau boleh terus blah... tak payah la nak masuk minum teh.ke, buat megi kap ke apa.. sebenarnya, kalau kau nak tau.. kilauan matahari yg kau nampak kt tingkap umah aku ni tu, teropong senapang sniper aku..
Sekian, YANG sengaja menakutkan, Bapak kepada Gf ko...
No comments:
Post a Comment