"Janganlah marah, gurau pun tak boleh ?"
Begitulah kata² yg selalu kita dengar apabila seseorang itu mengeluh selepas menjadi mangsa gurauan berlebihan dari kawan sendiri. Sebenarnya, tak salah pun kita nak bergurau atau berjenaka dgn kawan² kita, tu tapi perlulah berpada-pada.
Bergurau boleh dikatakan perbuatan kelakar melalui perbuatan, kata² dan sebagainya. Ia jugak boleh mengembirakan atau dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda. Menurut pandangan Islam, perbuatan yg boleh membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dlm amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda.
Hadis Rasulullah yg bermaksud :
"Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !"
(Riwayat Abu Daud)
Dlm Islam telah digariskan adab² untuk kita bergurau agar tidak menyakiti hati dan perasaan orang lain.
1. Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w .
2. Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.
3. Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.
4. Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.
5. Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.
6. Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.
7. Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yg berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dgn maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yg sepatutnya.
No comments:
Post a Comment