Friday, July 06, 2012

Perkahwinan ..

Assalamualaikum ..


Minggu lepas punya Wedding bertarikh 1 Julai 2012 baru sempat aku publish hari ini. Saudara sebelah ayah di Putrajaya. Lama juga tak merasa nasi minyak. Mungkin sekarang aku sibuk dengan kerjaya setelah pada masa dulu aku sibuk dengan segala assignment .. Kerja apakah pula tu ? Takde la pegang jawatan Manager mahupun bos kecil .. cuma kerja yang ada kaitan dengan bidang IT .. selebihnya rahsia. suatu hari nanti mesti akan tahu juga.

Apa yang seronok boleh aku katakan .. pengalaman luas, sebelum sebelum ni mungkin aku belajar IT. tapi bila di alam pekerjaan pula lain ceritanya .. pengalaman baru di tempat baru akan mengajar kita sesuatu yang baru. Istilah penat memang perlu ada lagi kita orang baru nak desak diri cepat  menyesuaikan persekitaran..

Monday, June 11, 2012

Kursus EC-Council (14 Mei 2012)

Assalamualaikum ..

Mungkin ada yang tertanya setelah menghilangkan diri selepas tamat pengajian aku pada bulan lepas .. Alhamdulillah, semalam aku selamat tiba dirumah setelah berkursus selama sebulan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) di Perlis . Bermula 14hb sehingga 10hb, semalam.

Perlis ! perlu aku katakan jauh ? boleh tahan juga. pertama kali berkursus di negeri paling jauh selain Sabah dan Sarawak . Kursus EC-Council Certified Security Specialist dan EC-Council Network Security Administrator . Alhamdulillah, aku amat bersyukur setelah berjaya lulus kedua-dua Exam. sekurang kurangnya tidak pulang kerumah dengan tangan kosong.

InshaAllah, aku akan berkongsi pengalaman aku ketika berada disana selama sebulan. Bermula hari pertama .