Thursday, June 30, 2011

Hantu Bukit Putus, Negeri Sembilan



Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban .. pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah ..

Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia akan bekerja ..

Sampai di Bukit Putus, jalan yg penuh bengkang-bengkok .. dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya .. hatinya tergerak pula ingin menolong .. lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya ...

" Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini ? .."

Perempuan itu membalas dengan nada yg sayu ...

" Abang .. tolong lah saya .. kereta saya rosak ni .. puas dah saya tahan kereta lain .. tapi semuanya tak nak berhenti .. boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban je ? .. saya boleh bayar berapa abang nak .. "

Entah macam mana .. dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu …

" Ok lah .. saya pun nak ke seremban jugak ni .. ”

Itulah yang terkeluar dari mulutnya .. tapi, hatinya masih lagi was-was .. dia pun terus membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk .. perempuan tu bukannya nak duduk di belakang, terus duduk di bahagian depan sebelahnya ..

Nak juga ditegur .. tapi terlalu pantas perempuan tu metutup pintu dan terus lock pintu .. berdegup juga hati lelaki tu .. dia cuba tenangkan dirinya .. seolah-olah tak ada apa yang berlaku .. dia masih lagi membisu kerana menyesal .. kenapalah dengan mudahnya dia membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni .. seorang diri pulak tu…

Tapi yg peliknya, hatinya macam ditarik supaya menolong perempuan tu .. padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan ! ..  masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika .. tiba-tiba, dia mula terasa seram dan meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi ..

Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya .. peluh mula membasahi dahinya .. dia makin tak senang duduk .. perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya ..

Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai di selekoh yang tajam .. perempuan tu pun pandang dia sambil tersenyum .. menampakkan giginya yang putih .. ditambah lagi dengan baju yang dipakainya ..

Dia pun beranikan diri dan bertanya …

" Kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni ??? "

Si perempuan misteri tu pun berkata ...

" Ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat .. saya ada kelas bacaan yasin .. ". jawab perempuan tu..

" Tapi .. putihnya lain macam je .. tak pernah pulak saya tengok .. ". tanya lelaki tu lagi untuk mendapatkan kepastian ..

"Apa yang lainnya .. sama je .. em, betul ke ni tak pernah tengok ?? ". kata si perempuan itu ..

Lelaki tu pula menjawab lagi ...

" Eyea .. lain macam je .. seram pulak saya dibuatnya .. ". kata lelaki itu ..

Perempuan misteri itu terus berkata ...

" Ehh, takkan sampai seram kot .. sebenarnya ..."

" Pakai je la Breeze colour yang baru kt pasaran sekarang !!! "

Akhirnya .. lelaki tu bengang dan terus memecut keretanya tanpa mempedulikan keadaan sekeliling betapa kalutnya perasaan dia masa tu ..


6 comments:

$aNg Ra+u said...

hahaha....nice story...waaaa...takotnyeee

Muhamad Syafiq said...

thanks ! haruslah takut :D

Cik Pipi said...

haih ~ sabor je lahh .
nais !haha xD

Muhamad Syafiq said...

hehe. malam jumaat la katakan :)

marish sha said...

haha , comelh je perempuan tu ,

Muhamad Syafiq said...

:D