Assalamualaikum..
Entri malam ni sebenarnya sambungan dari PART 1 - Suami Mithali Idaman Isteri.. bagi yang belum sempat lagi tengok PART 1 hari tu.. klik SINI..
11. Bantu isteri melakukan kerja rumah.. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda..
12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin.. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah..
13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria.. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri.. Adil ke ?..
14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah.. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang.. Elakan cakap tak serupa bikin..
15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami.. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja.. Ramai suami yang kedekut dan berkira.. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam..
16. Jadikan penawar hati kepada isteri.. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri.. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera..
17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan..
18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri.. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain.. Ini wajib dihentikan..
19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri.. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri.. Ada pula suami memusuhi keluarga isteri.. Anda bagaimana ?..
20. Bentuk sifat cemburu yang positif.. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah.. Suami yang tidak cemburu adalah dayus.. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu.. Dia akan rasa dirinya dihargai..
3 comments:
sederhana dlm gurauan in public! not too much, not zero tp little little boleh la ...
err..ad ke suami mithali mcm ni..
p/s : awk ad disini
http://nazihanali.blogspot.com/2011/06/pemenang-mengejut-kini-dah-muncul.html
pstt,,pstt,,jgn cemburu sgt..ahaa.bgus la kalw tlong wat kje uma..
Post a Comment