Wednesday, November 30, 2011

Basikal tanpa jejari ..




dah macam basikal zaman dulu dulu la pulak . basikal ni mampu mengatasi populasi fixie pada masa depan ?

Tuesday, November 29, 2011

Jambatan Tenggelam 'Fort de Roovere' ..



Apa yang aku tau, masa abad ke 17 dulu .. ada satu wall ataupun kubu telah dibina di kawasan West Brabant Water Line (Barat Belanda) untuk memberi perlindungan daripada pencerobohan daripada tentera Perancis dan Sepanyol . 'Fort de Roovere' ni dikelilingi oleh parit berlumpur yang terlalu dalam untuk dilalui oleh tentera .

Baru-baru ni, 'Fort de Roovere' telah dibuka kepada pelancong . apa yang menariknya ?  disitu dibina sebuah jambatan, bukan seperti jambatan yang biasa tetapi sedikit tenggelam ke dalam air . projek ini telah dianugerahkan "BNA Building of the Year 2011" oleh Kesatuan Arkitek Belanda . aku agak, lepas ni mesti korang nak try pergi sini kan . haha .



Monday, November 28, 2011

Kucing peliharaan Perdana Menteri , Dato' Najib ..








" Kami adalah sahabat baik .. "



Katanya, " kami adalah sahabat baik " . boleh percaya ke ni ? aku dapat dua je gambar pasal dua ' sahabat baik ' ni . mungkin gambar ketiga takde, sebab aku rasa bila menatang tu lapar .. agak agak sama tak dengan apa yang aku fikirkan ?



Bloglist #DISEMBER !



Assalamualaikum ..

Pertama sekali, aku betul - betul minta maaf kat korang yang dari awal lagi dah memasang hajat untuk masuk dalam Bloglist aku dua bulan lepas berturut turut . disebabkan kesibukkan teramat aku menghadapi azab ' Final Exam ' semester 5 yang baru melabuhkan tirainya minggu lepas .

" Today, I'm back ! " . aku akan buka Bloglist baru untuk bulan DISEMBER . so, pada yang still sudi nak aku masukkan dia ke dalam list bulan DISEMBER, macam biasa . bagi yang tak biasa lagi, korang boleh tengok SINI . " First Come, First Serve" .



8 Jenis Lelaki Perempuan tak suka ?


Lelaki ' Tikus '

Dalam erti kata lain, lelaki yang suka buat bunyi macam ' tikus ' untuk memanggil perempuan . Zaman sekarang ni, aku rasa dah tak main dah ' phewit phewit ' semua bagai tu pakai hujung mulut . Lagi menambahkan benci adalah . kalau kena jelingan tajam sebagai tanda benci oleh awek tu takpe gak . Jangan sampai awek tu pusing balik tunjuk jari fu** kat korang sudah .. kalau ' Titus Bonai ' tu lain pulak cerita dia ..

Lelaki ' Bajet Cool '

Lelaki jenis ni, mungkin jugak akibat terpengaruh oleh lakonan Farid Kamil dalam "I’m Not single" dan "Lagenda Budak Setan" . Setiap pergerakan yang tu mesti dalam slow motion dan keep steady . maybe setiap hidup diorang ni diiringi muzik-muzik romantik . Tapi kan, bila dah terlebih bajet cool, bukan perempuan je, member lelaki yang tengok pun boleh naik meluat . nak jaga personaliti la katakan . Contoh paling mudah, nak ajak pergi kedai makan depan rumah memalam pun kena smart . siap pakai cermin mata warna hitam lagi . " Abang saya nak tanya, abang ni macho ke buta ? "

Lelaki ' Terlebih Lelaki '

Lelaki macam ni, biasanya dia akan merasakan dirinya ' Anti Perempuan ' . Tak pun kena sentiasa nampak ' kerek ' sambil muka ketat . kalau pandang muka lelaki macam ni biasanya, mata dia mesti macam orang nak ajak bergaduh . Aku rasa, perangai ni kena ubah sikit ' bro ' . Apa yang korang bagi, tu la yang perempuan akan balas . "What u give, u get back" . Tunjuk muka masam je sapa nak dekat kan ? kalau buat muka ketat kira ok lagi la . Tapi kalau perempuan tu tau kau ni kaki pukul perempuan, sebaik baiknya kau dah lupakan la impian nak kahwin dengan perempuan . Melainkan dia tu ' bonzer dancing ' kelab malam .

Lelaki ' Suka Bocor Rahsia Perempuan '

Lelaki macam ni memang akan jadi bahan perbualan pihak perempuan . Suka sangat menyibuk kalau perempuan tu bergosip . kalau tak dapat join mulalah kata .. Perempuan tu sombonglah, nak merajuklah . Serupa Boboboi . Tapi, bila dah dapat join .. Perangai dia, kalah perangai perempuan. nak pulak, dia akan berusaha sedaya upaya menyebarkan rahsia seseorang sampai 7 daerah yang berdekatan . Habis semua orang dia nak bagitau ..

Lelaki ' Tak Pandai Jaga Hati Perempuan '

Majoriti perempuan mengharapkan lelaki memahami diri diorang sebab diorang ni kaum yang lemah kerana hati diorang seperti ' roti tisu yang mudah koyak ' . cepat terluka . betul ke statement tu ? Jadi, kalau kaum lelaki ni suka benar kacau perempuan tak kena tempat . sampai waktu dia sedih pun korang boleh ' happy meal ' terlompat-lompat macam beruk kacau kaum hawa ni, macam mana nak nampak gentleman .
 
Lelaki ' Pengotor '

Zaman sekarang ni, aku rasa ramai lelaki dah sedar benda ni . sebab tu ramai dah mula ambil berat pasal diri . kan ? Tapi ada jugak tu yang abaikan benda ni . Ketiak dah berbau kerbau, stoking bau sotong kering, misai, janggut, bulu hidung, bulu ketiak dan segala bulu yang tak terurus hingga boleh bukak bisnes ternak menternak semua . Kuku tu pulak ada kesan makanan yang baru keluar daripada perut . Alamak, aku baru nak g makan ni . haha ! 

Lelaki ' Takde Pendirian '

Ni la benda yang paling penting untuk menentukan sama ada dia tu ' gentelman ' atau gentleman . kerana keputusan seseorang lelaki tu amat bermakna kepada perempuan . Takkan asal perempuan tanya je mesti kau reply, " ikut you lah ".. kalau boleh, semua benda nak perempuan tu decide . Jangan sampai nafkah batin pun serah kat perempuan sudah . Tapi, kalau bab bab talak mentalak ni, dia memang super power ! . Talak je kerjanya . yang ni pun, rasanya dah boleh lupakan impian angan angan nak kahwin gak .

Lelaki ' Suka Cerita Benda Lucah '

Lelaki macam ni tak akan dapat banyak pilihan untuk pilih perempuan . Kalau ada pun perempuan yang tunjuk minat nak kahwin dengan korang tu, cepat-cepatlah kahwin . Siapa tahu mungkin dia adalah 1 dalam 1000 je yang dapat terima ' seadanya ' perangai korang tu . Lagipun, kalau dah mampu baik kahwin je . Benda baik tak elok dilambat lambatkan . Takut lain pulak jadinya ...


Berjaya Times Square ..



Assalamualaikum ..

dah lama aku tak berpeluang keluar dengan kakak aku yang seorang ni 'shopping sakan' .  akhirnya, semalam dapat gak peluang keemasan nak pulak, aku baru lepas final exam . lokasi ? Berjaya Times Square .

Terima kasih gak sebab dia bagi aku testing Nikon Coolpix P500 dia . semi-dslr . memang tak boleh lawan camera DSLR dengan semi-DSLR biasa . tak nak banyak komen, jom tengok hasil dari Nikon Coolpix P500 ni . kalau tak puas hati bentuk dia macam mana, sila Google .

lagi satu, sila hiraukan header baru aku yang buruk tu . biasa la, cuti sem ni terasa pulak bosan, automatik tangan aku ni gatal nak mengedit header baru . haha .

Persinggahan terakhir semalam, McDonalds Ampang . aku paling tak puas hati sebab tak dapat bergambar dengan Kumpulan OSBON, Maharaja Lawak Mega . jumpa sekali dalam Mcd tu . diorang tengah sibuk discuss . mungkin preparation untuk minggu ni . nak tergelak aku bila dapat salam dengan ABON . " dua tiga kucing berlari, tak sempat brek, tersondol kerisi ! " haha ! . kalau tak gara gara Nikon Coolpix P500 .. " Battery Exhausted " . demm ...


Saturday, November 26, 2011

Pak Pandir Barah Otak ..



Pada suatu hari, Pak Pandir mengalami sakit kepala yang amat sangat .. lalu dia pun pergi ke pekan untuk berjumpa dengan doktor ..

Doktor : Serba salah saya hendak memberitahu Pak Pandir ni .. tapi, saya mesti beritahu Pak Pandir bahawa Pak Pandir telah menghidapi barah otak ..

Pak Pandir : Yaaaaaahoooooo !!! (melompat kegirangan)

Doktor : Pak Pandir faham tak maksud saya ? (kebingungan)

Pak Pandir : Tentu la saya faham, apa doktor fikir saya bodoh sangat ke ?

Doktor : Habis tu .. kenapa gembira sangat ?

Pak Pandir : Sebelum ni, isteri saya Mak Andir selalu marah saya dengan mengatakan .. "takde otak ke !!!" .. dengan berita baik ini ia telah membuktikan bahawa saya sebenarnya mempunyai otak ..



Doa Akhir Tahun & Awal Tahun ..



Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
 
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata ..
 
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Doa Akhir Tahun :

Maksudnya :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Sesiapa yang membaca doa akhir tahun ini, syaitan akan turut berkata ..
 
" Hampalah kami di sepanjang tahun ini "
 
----------------------------------------------------------------------------------------------

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram. 

 Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata ..
 
" Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan "

Doa Awal Tahun :
 
Maksudnya :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.