Sewaktu Ali dalam perjalanan manaiki kereta untuk pulang ke KL daripada Pahang melalui highway, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian.. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang² lalu menegurnya, "Anak nak ke mana ?..".
Ali menjawab ringkas, "KL..". Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh ?..". Ali tadi menjawab.. "Ehm.. bolehlah..". Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya. Dalam hati Ali berkata, "Hai, siapalah orang tua ni.. orang ke atau ???". Beliau meneruskan perjalanannya..
Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya, "Anak nak kaya tak ?..". Ali tersentak dan berkata dalam hati, "Nak buat lawak lah orang tua ni.. nak bagi aku kaya pulak.. orang tua ni nak bagi aku nombor agaknya.. atau saja nak menguji aku ?..". Ali pun jawab, "tak apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup.. kalau kaya nanti lupa diri pulak..". Orang tua tu tak bertanya lagi..
Dalam hati Ali berkata.. mungkin jawapannya adalah yg terbaik takut² itu hanya ujian daripada orang tua tadi.. Kemudian orang tua tu tanya lagi, "Anak nak kaya tak ?..". Ali tetap menjawab serupa mcm yg mula² tadi, "Tak apalah pakcik, saya lebih senang hidup sederhana..".
Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta untuk diturunkan lalu berkata, "Tu, pakcik ada tinggalkan satu tin kaya Pandan cap Gardenia untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik.. terima kasih, ya nak..". Lalu, orang tua tu turun dari kereta.. Ali dgn tersipu-sipu kera yg amat masa itu lantas menjawab.. "Terima kasihlah pakcik..". lalu meneruskan perjalanan..
No comments:
Post a Comment