Friday, August 19, 2011

Malam yang Bermakna Dalam Bulan Puasa ..


 Asssalamualaikum ..


Alhamdulillah , aku baru je lepas berterawih di masjid berdekatan .. malam ni dah masuk malam ke - 20 kita berpuasa .. bermakna fasa ke 2 , iaitu fasa keampunan telah berlalu meninggalkan kita .. dan kini hanya tinggal fasa yang terakhir .. Merdeka Dari api Neraka .. 

Dalam fasa terakhir ni jugak .. kita akan melalui malam Lailatul Qadar .. sekadar berkongsi , pada fasa Lailatul Qadar .. umat Islam akan memperoleh pahala dan keberkatan amalan melebihi seribu bulan .. tapi ingat .. ganjaran tu bukan senang nak dapat .. melainkan mereka yang berusaha keras untuk mendapatkannya .. semoga kita dianugerahkan ganjaran tersebut ..
 
"Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas."  
(Riwayat Bukhari dan Muslim) 


1 comment:

CikTeddyCorner said...

insyAllah..sama2 kita berusaha!