Sunday, August 28, 2011

Tak balik beraya kat kampung ..


Assalamualaikum ..

9.54 malam .. kalau tengok tajuk entri atas tu , agak - agak sedih tak ? nak pulak tu , berapa jam je lagi nak raya .. memang aku admit , aku tak balik kampung lagi .. ada kat Cheras ni .. tapi , macam tahun - tahun lepas aku akan balik gak ke kampung halaman .. paling lambat pun balik , raya kedua .. mungkin sebab kampung aku 'jauh' kot ..

yang buat aku sedih sekarang , jiran - jiran sebelah aku semua dah balik beraya kat kampung ! terasa sunyi  la pulak .. semalam ada la gak dengar bebudak main 'mercun' lepas terawih .. malam ni , nak tak nak terpaksa aku main 'mercun' pop pop sorang nampaknya ..

Cerita pasal kampung aku , macam la jauh sangat .. cuba korang teka .. kampung aku paling jauh kat mana ... Hah !  lambat ... kampung aku paling 'dekat' pun kat Sungai Besar ,  Selangor .. paling 'jauh' pulak ? tak lain kalau bukan kat Wangsa Maju ! Eh , macam 'tersalah' statement je .. kih kih ..

Biasanya , malam raya tu aku akan balik 'kampung' kat Wangsa Maju dulu .. nak rasa suasana beraya di kota raya .. lepas solat raya , baru aku akan ke kampung yang lagi satu .. tak jauh pun .. dalam selangor je .. tapi kampung aku tu ada la rasa sikit macam mana orang lain beraya kat 'kampung' sebenar .. sebab  at least kampung aku lagi satu ada scene sawah pagi bagai .. korang ada ?

Aku nak g dapur tolong Mama buat biskut raya , merangkap biskut feveret sendiri .. CORN FLAKES MADU ! .. dah siap nanti aku bagi korang rasa sikit ..



2 comments:

CTK said...

wah..cornflakes madu...antar kt cni ckit :DDD

http://khayalan27.blogspot.com/

Muhamad Syafiq said...

cornflakes madu lebah tualang mari .. haha