Assalamualaikum ..
2.50 pagi .. aku baru balik dari Sungai Besar , kategori pekan paling 'best' yang dekat dengan rumah sewa .. aku dan housemate terpaksa ke sana untuk mememuhi 'hajat' masing - masing .. sebelum balik ke rumah cuti raya pagi esok .. yang bestnya , kat pekan tu pulak ada bazar larut malam a kay a 'Uptown' ..
Takde apa yang menarik selain aktiviti makan - makan sampai muntah kat kedai makan , lepas habis pusing satu uptown tu .. aku cuba melepaskan 'geram' selepas berjaya menghabiskan 3 pinggan nasi bersama sama sup sayur .. taktau pulak tangki perut aku malam ni mengalahkan lori kontena kosong .. mungkin dia tau esok nak jalan jauh ..
Sampai rumah , dah mula mengemas rumah sewa , packing barang .. takut sampai Cheras esok , ada pulak barang tertinggal .. biasa la tu , kadang - kadang aku pun boleh jadi pelupa gak .. selalu makan semut api .. housemate aku , tengah testing baju 'raya' beli kat uptown pekan tadi .. baru je lepas sesi 'bahan - membahan' kawan housemate seorang ni .. punca , terbeli satu baju yang agak FIT .. tough dia , ala - ala Malik Nor ! .. hehe .. cuba korang pulak bayangkan ..
1 comment:
ahaha..kssian mmber..er,mkn semut api?dasyat la epi..huhu
Post a Comment