Tuesday, April 26, 2011

Petua Mencuci Hati

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati, jika tiada hati, berhati-hatilah... ok ? itu bukan kata-kata dari Dr. Fadzilah Kamsah, tapi kata dari saya, Dr. Kam To Me. *gurau saja.  ok lah, kt bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. ianya diolah sendiri oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah. jom sama-sama kita hayati :)

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yg sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih".

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100x sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yg mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak akan menjadi tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, ianya dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3x.

5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu disebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya...... (perkara yg elok-elok belaka)

7. Program minda atau mencuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yg disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

8. Berpuasa iaitu sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan (ambil hatinya).

13. Jaga makanan iaitu jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (dapat menginsaf kita) .

16. Pesan pada orang agar dia berubah menjadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut, dan sebagainya) , jangan dengar orang mengumpat.




~sharing is caring©~



2 comments:

mykhalis said...

nice share

Muhamad Syafiq said...

no problem :)