Thursday, April 21, 2011

10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Oleh ALLAH S.W.T


Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W juga telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yg solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yg mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yg menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yg melarikan diri.

5. Orang lelaki yg minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat).

6. Orang perempuan yg suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yg mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yg sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yg suka makan riba'.

10. Orang yg solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari daripadaNya." 

Hassan R.A berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

p/s : eloklah kita sesama islam ingat mengingati sesama kita. kalau bukan kita yg nk ingat mengingati, siapa lagi kan ? sekian, tazkirah untuk maghrib kali ni. Wallahualam...



~sharing is caring©~



No comments: