Wednesday, April 13, 2011

8 Tanda Lelaki Perlu Dijauhi

1. terburu-buru mengajak kamu berkahwin
Biarpun baru sebulan kenal namun si dia sudah membicarakan soal tunang dan mengajak kamu kawin. Kononnya terlalu cintakan kamu dan tidak mahu kehilangan kamu. Lelaki yang benar-benar jujur sekiranya mahu mengambil kamu sebagai pasangan hidupnya tentu akan mengambil masa untuk mengenali kamu dengan lebih dekat lagi. Tentu ada sebab tertentu mengapa dia terburu-buru.

2. kaya dengan kata-kata manis
Berwaspadalah jika dia seringkali mengungkap "segalanya hanya untuk kita berdua" atau dia menyatakan yang dia tidak boleh hidup tanpa kamu. Atau tanpa kamu hidupnya tidak beerti. Lelaki jenis ini pandai bermain kata-kata dan selalunya lelaki ini tergolong dalam lelaki yang sukakan kekerasan.

3. sikapnya yang berubah-ubah
Sikap si dia yang sukar di fahami dan sering berubah-ubah walaupun dalam masa yang singkat, kamu akan rasa setiap kali berjumpa. perasaan kamu tidak bebas dan begitu takut sekiranya tersalah cakap.

4. terlalu cemburu buta
Sesiapa saja yang rapat ngan kamu atau pandang kamu si dia pasti akan buat muka tak puas hati.. bukan itu saja, setiap ape yang kamu lakukan mesti kene 'report' kat dia.

5. suka merendah-rendahkan kamu
Si dia sering kali merendah-rendahkan kamu atau komplain terutamanya bila kamu melakukan sesuatu yang tidak disukainya. Dia akan cuba untuk menukar kamu kepada orang lain dengan menukar cara berpakaian, make up, style serta sikap. Ini akan menyebabkan kamu hilang keselesaan dan lama kelamaan kamu akan hilang kebabasan untuk jadi diri sendiri. Akhirnya kamu sendiri yang akan merasa rendah diri dan tidak yakin pada diri sendiri.

6. sukar menerima penolakan
Kamu langsung tidak boleh membantah apa yang dikatakan dan diinginkan. Kerana setiap kali dia meminta pendapat kamu, tapi dia akan membantah dan mengakui keputusan nya adalah yang paling bagus untuk diikuti. Kalau sekali dua takpe..kalau setiap kali begitu pun, akhirnya dialah yang akan jadi pemimpin DITAKTOR!!

7. suka menyalahkan orang lain
Apabila die menjadi seorang yang tak disenangi anda atau kawan-kawan yang lain, dia akan menyalahkan orang lain. Kerana bagi dirinya, apa yang dilakukan kononnya untuk kebaikan perhubungan kamu dan dia.

8. gunakan meterial sebagai ganti
Apa sahaja yang kamu minta si dia akan cuba penuhi. Namun mungkin kamu tak sedar, ini adalah cara si dia mengikat kamu. Kononnya si dia telah sempurnakan apa yang kamu minta, jadi kamu harus sempurnakan pula apa yang di hajati.jadi, berhati-hati, bila termakan budi, takut tergadai lory...

4 comments:

HazHand said...

hahaha,pndai lk ko eh..xleyh bla..hahaha

MUHAMAD SYAFIQ said...

saja testing. tengah mengantuk ni ! :D

wannurakmal said...

btol btol. setuju. nombor 2 tu mmg btol.mostly budak2 laki yg kg. yg xde haluan tu aa. bkn maen lg ayat.. haha

MUHAMAD SYAFIQ said...

haha :D