Wednesday, April 20, 2011

Tengok Maharaja Lawak Free.. ASTRO WARNA



Mesti ramai kaki-kaki lipas Maharaja Lawak (ML) kt luar sana tu kecewa bila Maharaja Lawak minggu ke-3 hanya akan ditayangkan di ASTRO Warna .. terutama sekali, pelanggan ASTRO yang takde astro warna.. dah la kena bayar pulak tu . tapi, takpe.. korang jangan risau.. mengikut  info dari kawan aku, dia ada terima satu e-mel ni bagitau.. teknik-teknik untuk melanggan pakej Mustika secara percuma..

Tips yang ada pada emel tersebut : 
PESANAN PENAJA : HANYA IKUT ARAHAN YANG DIBERIKAN SEPERTI MANA DIBAWAH DENGAN TENANG DAN SABAR. KERANA IANYA MENGAMBIL SEDIKIT MASA.. MAKLUMLAH. BENDA FREE. KENA LAH SABAR SIKIT.. MARI KITA MULAKAN STEP BY STEP.. READY ?

Macam ni.. hari tu dia ada kata pergi rumah kawan dia masa siaran Maharaja Lawak (ML).. dia kata kawan dia tu takde la langgan Mustika..

Entah macam mana pulak masa tu kawan dia tu bagitau rahsia macam mana nak access saluran dalam pakej MUSTIKA ni tanpa perlu melanggan..  mula mula, memang la dia tak percaya.. tapi bila dia balik rumah terus dia testing depan mata sendiri.. memang betul menjadi !

Dah dapat tu, apa lagi.. aku pun tumpang teruja la nak cuba pulak buat.. eh, aku rasa korang pun patut try cara ni.. untuk pengetahuan, cara ni boleh UNLOCK hanya channel pakej MUSTIKA sahaja. HBO ke, NG ke, Sport berbayar ke, semua tak boleh sebab channel ni dikawal selia di luar negara..

Ok, macam ni cara-caranya..

1. Biarkan dekoder Astro anda dalam keadaan 'STAND-BY'.

2. Tekan butang ON/OFF.. pihak Astro akan menyiarkan channel terakhir yang anda buka.

3. Tekan butang 130.. anda akan melihat pratonton untuk pakej Musika.

4. Tekan MENU.. Pilih LIST SERVICE.. Kemudian, tekan OK.

5. Pilih saluran yang anda ingin UNLOCK. (WARNA, CITRA, B4U sahaja..)

6. Tekan OK untuk pengesahan.

7. Tekan MENU untuk keluar ke siaran TV.. TV akan kembali ke saluran 130.

8. Tekan MENU sekali lagi. pilih OPTION.. tekan butang OK.

9. Pilih button INFO.. tekan OK.

Di sini, pengaktifan akan di hantar terus ke bahagian penyiaran.. dekoder anda akan dikemaskini untuk menyiarkan saluran yg anda UNLOCK..

10. Tekan butang ON/OFF.. tunggu selama seminit (supaya dekoder anda dikemas kini)

11. Tekan semula butang ON/OFF utk siaran TV.

12. Langkah terakhir, tekan 130.

13. Saksikan pratonton Mustika.

14. Untuk melanggan..

i   - Hubungi 1 300 82 3838; ATAU
ii  - SMS Mustika<ruang><ICNo> ke 32888; ATAU
iii - Klik 'Dapatkan Mustika' di atas untuk melanggan secare ONLINE.

15. Dengan selamba adab muke bengang korang tu, tengok aje la pakej-pakej yang korang langgan tadi..


Kesimpulanya, mana ada benda free sekarang ni .. hanya troll semata mata ..


3 comments:

hamer93 said...

bengang je . baru je nak buat ,. hish ., kenapa lah aku x baca yang bawah dulu untuk sahkan benda ini bukan prank

MUHAMAD SYAFIQ said...

i'm sorry ! *tag amir :)

HILMI FAUZI ZAINAL said...

bengong... thuiii..!!