Thursday, April 21, 2011

10 Hadiah Terpenting Yang Sering Kita Lupa Untuk Orang Tersayang



kt bawah ni dah ada 10 list hadiah yg paling senang untuk dipraktikkan dan
sesuai dilakukan kepada sesiapa saja yg kita sayangi dan kasihi.
Selamat Beramal !

1. Hadiah Mendengar : Berikan hadiah ini kepada yg memerlukan, dan korang hendaklah betul² dengar apa yg dikatakan olehnya. Jangan pula cuba mencelah tak tentu pasal, kang tak pasal² lari pula mood dia. susah tu nak kena sprint kejar balik. jangan berangan-angan dan jangan  pula merancang mcm mana kamu nak balas balik.

2. Hadiah Tanda Kasih : Jangan kedekut 'haji bakhil' untuk berikan dia pelukan, ciuman dan ramasan tangan. biarkan tanda² kecil ni sebagai tanda kasih sayang yg ada pada dalam diri korang.

3. Hadiah Sehelai Nota : Ia mungkin ringkas tapi padat mcm, "sayang awak seluar ketat² !" atau sesuatu yg kreatif seperti sebuah puisi, tapi zaman skg susah nk cari pemuitis yg baik kan ? haha. siapa yg terkena tu kira beruntung !. letakkan nota-nota tu di tempat yg tak disangka-sangka oleh orang yg dikasihi.

4. Hadiah Ketawa : Berikan sesuatu yg melucukan seperti gambar 'Cartoon Shin Can' (betul ke eja ni ?) atau dalam bentuk artikel berbunyi, "saya suka ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian : Sesuatu yg simple seperti "warna biru memang sesuoi sangat dengan awak..." atau "sedapnyew masakan awak ni...". Ianya mempunyai nilai yg tinggi kepada orang yg mungkin merasa. Tapi ayat tu jgn la nak menyingai sangat la kan. takut pelempang sedas melekat kt muka tak pasal² :)

6. Hadiah Bantuan : Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak,  basuh baju beliau, dan banyak lagi kerja² sbg pembantu rumah sepenuh masa :)

7. Hadiah Bersendirian : Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat² itu dan berilah sedikit masa yg ada dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan : Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang² yg dikasihi.

9. Hadiah Riadah : Sertai sesuatu sukan/aktiviti yg disukai oleh orang yg dikasihi. bior  la kalah frust menonggeng mcm mana pun tak apa, asakan pada hakikatnya kamu masih menang pada.

10. Hadiah Doa : Selalulah berdoa untuk kesejahteraan orang² yg kita kasihi dan bagitau mereka yg mereka setiasa berada di dalam doa kita.




~sharing is caring©~



No comments: