Thursday, April 14, 2011

7 Tips Sebelum Beli Laptop


Balik-balik Alienware jugak yang keluar. sebab apa ? memang dah lama minah minat gila dekat beliau. kalau ada rezeki I'Allah dengan keyboard, sekali tikus mouse dia akan ditapau-tapau. KNOWLEGDEMENT amat penting dalam apa-apa situasi pun. termasuklah pengetahuan sebelum kita nak beli laptop pun perlu ada pada setiap orang. tak kira la dia tu buta IT ke apa. Tips-tips dibawah mungkin berguna bagi seseorang  zero yg tak tahu apa-apa pun sebelum  membeli laptop baru. tapi rasanya zaman skg boleh kata semua orang da ada laptop sendiri kan ? cuma sebagai remider buat korang :D

1. Penggunaan
Motif atau tujuan utama laptop tersebut dibeli. Jika untuk bermain games perlukan laptop yang lebih canggih. Jika hanya untuk menaip dan melayari internet, cukup sekadar yang sederhana.

2. Budget
Berapa budget, anggaran atau lebih senang duit yang anda ada. Lebih digalakkan membeli secara tunai berbanding menggunakan kaedah hutang. Lebih menjimatkan. Tetapi tidak salah membeli menggunakan kaedah hutang, ansuran seperti kad kredit, cuma tidak disyorkan.

3. Warranty
Jaminan sesuatu laptop kebiasaannya adalah satu tahun. Tetapi kita tidak mahu menggunakan laptop dalam tempoh satu tahun sahaja. Mahukan lebih daripada itu. Pastikan warranty lebih lama supaya kita lebih bersedia dengan kemungkinan buruk.

4. Buat pemerhatian
Kunjungi mana-mana kedai yang menjual laptop. Tanya dan buat perbandingan antara satu produk atau jenama dengan yang lain. Tidak terburu-buru membeli dengan tawaran kerana ianya melibatkan duit yang beribu-ribu. Pastikan jangan tertipu.

5. Tanya pemilik
Ini salah satu cara paling berkesan sebelum membuat sebarang tindakan. Pemilik laptop, biasanya rakan-rakan sendiri lebih mudah memberikan nasihat, pro dan kontra sesebuah laptop yang ingin dibeli.

6. Model
Jenama juga memainkan peranan penting. Kadangkala jenama memberikan keyakinan kepada kita untuk membeli.

7. Bantuan
Servis bantuan selepas jualan juga penting. Ke mana kita akan rujuk jika ada masalah? Siapa kita perlukan? Bagaimana dengan servisnya? Adakah meluas? Itu semua penting.

1 comment:

tantoroni said...

makasih gan....tips sebelum membeli laptopnya mantap sekali