Tuesday, April 12, 2011

ganjaran berwuduk serta hikmatnya :D





: Rasulullah s.a.w bersabda :
"Barang siapa berwuduk dengan membaguskan wuduknya, maka keluarlah dosa-dosanya dari kulitnya sampai dari kuku jari-jemarinya" (Hadis Riwayat : Muslim)

Wuduk yang sempurna disertakan niat yang jelas pasti dirahmati Allah. I'Allah kita akan dapat melakukan solat dgn khusyuk dan diterima Allah. Banyak hikmahnya berwuduk disertakan dgn niat kerana ia sangat berguna didunia dan diakhirat juga.

KETIKA BERKUMUR
berniatlah,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini"
kenapakah ?
kerana setiap hari tanpa kita sedari, kita kadangkala bercakap perkara yg tidak berfaedah dan dengan niat sedemikian, kita tidak lagi memperkatakan sesuatu yg tidak membawa kebaikan.

KETIKA MEMBASUH MUKA
berniatlah,
"Ya Allah, putih dan serikanlah wajah ku di akhirat kelak, janganlah Kau hitamkan muka ku ini"
kenapakah ?
Ahli syurga, wajah mereka berseri-seri dan semoga kita tergolong di kalangan mereka.

KETIKA MEMBASUH TANGAN KANAN
berniatlah,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kanan ku ini"
kenapakah ?
ahli syurga diberikan hisabnya di tangan kanan, semoga kita tergolong dlm golongan ahli syurga.

KETIKA MEMBASUH TANGAN KIRI
berniatlah,
"Ya Allah, janganlah kau berikan hisab-hisabku di tangan kiri ku"
kenapakah ?
ahli neraka akan diberi hisab melalui tangan kirinya nanti, semoga kita terhindar dari menjadi golongan ahli neraka.

KETIKA MEMBASAHKAN KEPALA DENGAN AIR
berniatlah,
"Ya Allah, lindungilah aku dari panas terik pancaran matahari di Padang Masyar dengan Arasy Mu"
kenapakah ?
panas di Padang Mahsyar nanti , matahari hanya sejengkal dari atas kepala.

KETIKA MEMBASUH TELINGA
berniatlah,
"Ya Allah, ampunilah dosa2 telinga ku ini"
kenapakah ?
Setiap hari kita ada mendengar dan terdengar org mengumpat, mengkeji dan memfitnah dan juga perkataan-perkataan buruk dan tidak elok didengar.

KETIKA MEMBASUH KAKI KANAN
berniatlah,
"Ya Allah, permudahkanlah aku ketika meniti titian Siratul Mustaqim nanti"
kenapakah ?
kalangan ahli syurga akan menitinya sepantas kilat nanti.
KETIKA MEMBASUH KAKI KIRI
berniatlah,
"Ya Allah, bawalah aku pergi ke tempat2 yg mulia seperti masjid dan majlis ilmu, bukan ditempat2 maksiat"
kenapakah ?
kerana semua ketentuan qada dan qadar ditentukan oleh Allah.

Marilah kita sama-sama mengamalkannya semasa kita berwuduk, hanya perlu niatkan sahaja dlm hati semasa kita berwuduk nanti kita akan dapat rasa kepuasannya semasa berwuduk. semoga wuduk kita sempurna seperti yg disarankan dan doa2 kita itu nanti dimakbulkan Allah swt .




~sharing is caring©~



No comments: