Monday, April 25, 2011

Dimana Letaknya Kesabaran ?

Suatu hari, Rasulullah S.A.W sedang berjalan pulang menuju rumah beliau. Di tengah perjalanan, beliau lalu berhampiran dgn sebuah kawasan perkuburan. Tiba-tiba, beliau terlihat seorang wanita sedang menangis teresak-esak seorg diri di tepi sebuah kubur.


Rasulullah S.A.W segera pergi menghampiri wanita itu dgn tujuan hendak menanyakan apa yg telah terjadi.

"Puan, taat lah puan kpd Allah dan banyakkan bersabar," kata Rasulullah, cuba memujuk wanita itu. Wanita itu tidak peduli dgn kata-kata Rasulullah malah dia menghalau beliau supaya pergi dari situ.

"Pergilah kamu dari sini!", tenking wanita itu. Wanita itu sedang teramat sedih dan bingung. Kubur itu adalah kubur anaknya yg baru meninggal dunia. Kerana terlalu sedih, dia tidak sedar apa yg dikatakannya.

Rasulullah S.A.W terus beredar meninggalkan wanita itu. Kemudian wanita itu diberitahu orang yg ditengkingnya tadi adalah Nabi Muhammad S.A.W. Barulah wanita itu sedar dan menyesal.

Wanita tersebut segera pergi menemui Rasulullah untuk meminta maaf. "Sebenarnya waktu itu saya tidak tahu siapa Tuan," kata wanita itu penuh sesal.

Rasulullah S.A.W dapat memahami perasaan wanita itu. "Ketahuilah puan, kesabaran itu letaknya semasa seseorg itu sdg sgt bingung menghadapi masalah," kata Rasulullah kepada wanita tersebut. 



~sharing is caring©~



No comments: