Thursday, April 21, 2011

13 Tanda Kalau Seseorang Tu Jatuh Cinta...



Cakap pasal cinta, ni yg malas sikit sebab ku sendiri pun bukannya terer sgt part² cinta. Tak tau la tanda² ni ada kaitan dgn korang ataupun tak. Tapi tau la sesikat dua, knowledge kalau seseorang tu dah dimalun dilamun cinta. Sebab 'dulu' pun ada pengalaman tersendiri. "Malu mak, nak ceciter kt sini...". haha !  Kalau nak tau korang tu  jatuh cinta, secara 'basic'nya mungkin...

1. Korang tak akan marah terlalu lama dan akan cuba berusaha mengawal kemarahan korang tu terhadapnya.

2. Korang akan sentiasa merindui dia.

3. Apabila berjalan dengannya, korang akan berjalan dgn cara 'slow motion' (mengalahkan kekura bertelor !).

4. Korang mesti akan tersipu-sipu malu bila keluar berdua dengannya.

5. Bila korang berfikir tentang dirinya, 'tetiba' jantung korang bergedup berdegup pantas (selalu banyak  dalam drama tv).

6. Dengan hanya dengar suara dia je, korang pulak akan tersenyum tanpa reason (kalau boleh, elakkan la benda ni. takut nanti org kata kau gila !).

7. Apabila melihatnya, korang tak akan peduli sesiapa la yg ada kt sekeliling masa tu. Apa yg korang tau, hanya nak tengok dia seorang.

8. Korang akan mula mendengar lagu yg berirama balada dan jazz (syahdu leleh beb !).

9. Dia sentiasa berlegar-legar di ruang angkasapuri fikiran korang.

10. Korang akan sentiasa terhidu baunya.

11. Korang akan sedar sendiri yg korang tu akan tersenyum apabila memikirkan tentang dirinya.

12. Korang akan lakukan apa saja untuk dirinya (terjun bangunan dan gantung diri perkara biasa).

13. Apabila korang membaca entry ni, pada masa yg sama jugak, ada seseorang di dalam fikiran korang tu.  betul tak ?

Ok la, tu je kot yg ada selalunya terjadi bila kita ni jatuh tangga cinta. Tak tau la korang ada tetanda lain dari yg lain ? haha ! lain orang, lain pulak stailnya kan ? Enjoys reading readers ! :D

 

~sharing is caring©~



7 comments:

cik fza said...

lambat lg. pui.

MUHAMAD SYAFIQ said...

@cik fza, apa yg lambat dan apa yg terlambat ? :)

nemo~ said...

yg no.13,,, btl sgt2.. hahaha

MUHAMAD SYAFIQ said...

bagus2 kalau ada ceciri tu :D

FariehanIbrahim [LBC] said...

tersenyum sensorang jer bace entry nie. :P

MUHAMAD SYAFIQ said...

senyum je kira ok la tu :D

ezrylna said...

haha.ada la jugak.tapi berusaha kawal perasaan.belum sampai msa lg.huhu