Friday, April 22, 2011

20 Perkara yang Membuatkan Perempuan Benci Pada Lelaki




Apa yg boleh membuatkan para wanita@perempuan kt luar sana tu benci pada kaum lelaki ni eh ? mungkin salah satunya ada dalam list kt bawah ni :

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka ni dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, baik tak payah la... ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tu tak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab-bab main kayu tiga mesti jadi masalah paling besar kan ? walaupun diorang ni dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. apatah lagi kalau digoda, terus disambar kilat tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata telanjang keranjang). pantang jumpa perempuan cantik+seksi sikit, mulalah mata tu mcm nak terkeluar. walaupun korang tu bersama kekasih (lelaki), si dia tidak akan peduli. bagi mereka tak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang !

4. SUKA MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol mcm 'Queen Control'. segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. tapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… mcm mana pula nak bg settle ni ye ??? pepandai la ye :)

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. keegoan dan lelaki memang tak dapat nak dipisahkan. tapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis sunti. keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto (full funtion) dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. tak salah kalau nak 'show-off' ego tapi, biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU
Masalah yg ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yg tak munasabah. anggup memungkiri janji dan memberikan alasan yg mereka mempunyai masalah yg tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. ada juga yg sudah berpunya tapi ngaku solo. berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yg memiliki sifat berterus-terang ini. sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
Aduyai... lelaki ni cepat perasan terutamanya bila mereka ni berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yg hensem gitu !. ada pulak tu yg mengaku merekalah yg lelaki Hero Malaya para wanita  sekalian ! tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ni bebiasa je. tapi mereka ni yg suka perasan lebih kan ? bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tu, pepandai la korang... kengkadang, ada sestengah wanita lebih suka mengutuk dari memuji. berhati-hatilah :)

8. PENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yg mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendirian sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang nak mementingkan perasaan kekasih. egolah katakan ! tak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai tau...

9. KURANG BAGI PERHATIAN
Lelaki kengkadang suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tak kira dalam apa jua urusan. tapi kalau urusan yg berkaitan dengan dirinya sendiri, lelaju je nak buat. jika berkaitan teman wanita, alamatnya ?… mereka kurang ambil perhatian. kenapa ? kaum wanita sebenarnya bukannya minta diberikan perhatian 24 jam. tapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. agaknya lelaki yg kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kambing  kumbang lain kot ? haruslah diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. tapi, ada jugak sesetengah tu suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. jangan cemburu buta sudahlah, nanti sesekali malas jugak nak layan ! haha...

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yg adakalanya tak boeleh terima akal fikiran. kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yg mata duitan… ceciter, ceciter, ceciter... takkan masa-masa tambahan mcm ni keegoan lelaki hilang pulak ?

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yg terlalu komited dgn kerjaya. mereka ni selalu sangat bagi banyak alasan kerja bila nak ajak keluar. kalau keluar bersama, selalu pulak tu cerita pasal kerja dan merungut sering dibebani kerja yg menimbun. bukanlah lelaki ni tak boleh pentingkan kerjaya beliau, tapi pepandailah division masa tu bersama teman wanita. paling tak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. bukannya kaum wanita ni tak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa.

13. PANAS BARAN
Masalah ni biasa la kan ? ni la yg boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis bila dapat kekasih yg panas baran. pantang silap sikit, mahunya tak kena bakor dengan api kemarahannya. ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tapi tetap menyalahkan nak salahkan orang lain. setakat kena tengking boleh  la diterima, tapi mcm mana pula kalau siap sepak terajang ? kalau nak sepak terajang carilah mereka yg sepadan  mcm  awek ASKAR ke... dan janganlah berlawan dengan kaum yg lemah ni bang oi... kt mana sifat tanggungjawab dan kepimpinan yg korang ada tu ? cecuba control sikit sebab semua orang ada barannya, cuma kena pepandai la mengawal. kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercinta...

14. KAKI ROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yg melemaskan wanita. asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. dalam sehari haruslah habis sekotak rokok. kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa jugak, ni tak… asyik menyedut asap yg tak menyehatkan. kalau asap tu bawak kesan pada diri sendiri saja tak apa jugak, habis korang bawak kesan tu pada orang sebelah menyebelah. kengkadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sebanarnya sayangkan kita... dan tak mahu kita jatuh sakit. lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki ni susah sangat nak sedar diri mereka ni sendiri tergolong orang yg pengotor. terutama bab-bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yeikkks !!!  ada juga tu yg jarang basuh seluar, pakai baju yg sama berulang kali (stended asrama), tak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan berbau semacam pun dia boleh tak sedar. takkah mereka ini tak ada rasa segan bila diorang ni sedar sendiri badan mereka sudah berbau ? entahlah… hanya kaum lelaki yg bersifat pengotor ini je yg dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. perut lelaki sebenarnya diibaratkan mcm ‘food machine’. mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tapi mereka tak sedar cara mereka makan  dengan gelojoh juga melemaskan kaum wanita. sepatutnya, tak lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. lelaju nak pergi mana ? haha...

17. PENTINGKAN KENGKAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata nak main bola  ataupun tengok EPL bersama kengkawan. lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu je bagi alasan sampai masa korang tu bersama teman wanita tak ada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. apa guna bercinta kalau macam tu gayanya ? kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tak sesuai bercerita dengan si dia. kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah korang selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tak penting buat anda pula.

18. TAK TAHU NAK HARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yg tahu menghargai perasaan ataupun perbuatan kekasihnya. ada pula yg berpura-pura tak ambil tahu walaupun dia menyedarinya. mereka ni kalau boleh nak korang berterus-terang untuk menunjukkan sikap menghargai mereka ini. kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tak menyedarinya. apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap korang menghargainya atas apa yg cuba dilakukannya terhadap anda mcm bagi hadiah kecil. ke.. at least, ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yg pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yg bersalah. bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tak mungkin akan berlaku sebab akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda ! jadilah seorang yg jujur pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Nak dikatakan macho, ada juga yg tak. hancur je yang lebih kot ! terutama sikap yg nak jadi extra lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan pada diri mereka yg mereka ni lelaki sejati dan ada elemen HERO MALAYA. tak perlulah nak rasa diri anda macho sebab wanita sahaja yg layak buat penilaian kritikan terhadap anda. sekiranya anda rasa diri anda macho, tapi pada mata wanita tersebut anda tak ada la semacho yg disangka-sangkakan, tak guna juga. kan ?

Akhirnya ???  habis pun sampai sini... panjang lebar punya syarahan bagi korang baca entry kali ni. thanks for reading ! :)


~sharing is caring©~



4 comments:

cik diba said...

suke3...hahaha..nice entry

MUHAMAD SYAFIQ said...

thanks @cik diba :)

wannurakmal said...

sangat lah bet0ol.

MUHAMAD SYAFIQ said...

betulkah ??? :)