Saturday, April 23, 2011

Sebab Apa Ceciter Drama Korea Ni Selalu Orang Tengok ?





Apa yg best sangat bebudak sekarang ni gila-gila dgn ceciter korean ni eh ? selalu biasa bebudak perempuan la rating paling tinggi layan ceciter syahdu mcm ni kan ? sampai sanggup habiskan ceciter tu sehari, lagi-lagi cerita bersiri mcm BOF, My Girl, Sassy Girl, He's Beautiful dan My Little Bribe kt atas ni. *semua dah habis layan dkt laptop ! :) cuba korang share dan ceciter sikit sebab apa korang addict gila dgn cerita korea. ni mungkin salah satu sebabnya...

1. Hero yang handsome dan romantik
Dengan rupa, penampilan dan gaya rambut menarik, hero Derama Korea berjaya menawan hati peminat-peminat wanitanya. seorang wanita yg terlalu meminati hero Drama Korea telah ditipu ratusan ribu ringgit melalui perkenalan dengan teman maya yg mempunyai perawakan seperti Bae Yong Joon di Internet. rupanya teman tersebut adalah warga Afrika dan gambar yg dikirimkan mungkin bukan gambarnya beliau ! haha :)

2. Jalan cerita menarik
walaupun berkisar kepada percintaan, Derama Korea kebanyakannya menyelitkan elemen kehidupan yg biasa dan dekat kepada penonton seperti halangan keluarga, dengki dan dikhianati teman karib, darjat yg berbeza dan tekanan kerja. ini secara tak langsung membawa penonton wanita ke dalam suatu alam di mana seolah-olah dia sendiri yg mengalami situasi tersebut. terer kan !

3. Ketandusan drama cinta berkualiti
Jika Derama Malaysia, biasanya sepuluh minit yg pertama dah dapat imagine bagaimana cerita tersebut akan berakhir. isu yg diutarakan biasanya terlalu stereotype dan kengkadang serupa mcm cerita yg pernah kita saksikan sendiri. mungkin ni kot antara sebab apa penonton bealih arah kepada Derama Korea.

4. Populariti
Derama Korea mempunyai populariti yg tinggi terutamanya di kalangan penonton dari Asia Tenggara. ia menjadi sebagai salah satu sumber pendapatan bagi Korea di samping pelancongan.

5. Lokasi & set menarik
Biasanya Derama Korea ni buat shooting kt lokasi menarik dgn set yg bersesuain dgn mood cinta. usaha ni absalutely berjaya kerana ramai yg ingin ke Korea untuk melancong semata-mata untuk pergi ke kawasan pengambaran drama tersebut. memang semangat !

walau apa pun sebabnya, hak untuk menonton dan menilai di tangan anda.  betul tak ???
kalau korang nk tengok ceciter yg ada siar Derama Korea yg best-best kt Astro Channel 303 pun ada. biasanya orang sekarang ni kaki download. haha....




~sharing is caring©~



10 comments:

Nazyrah said...

kena tambah lagi satu,
sebab episode dia sikit daripada DEDRAMA malaysia :) haha
x ada version 1 xada version 2 haha

Muhamad Syafiq said...

betul, betul, betul :)
kaki tgk dedrama korea ke ?

Anonymous said...

jalan cerita memang best tapi selalunya ending dia kurang sikit. ^^

ada la rasa seronok sikit tengok drama korea daripada indon ^^

Muhamad Syafiq said...

da byk khatam tgk semua dedrama korea ni ? :)

Anonymous said...

Hello there, proud to announce you are the winner of my contest! So plis take note and action. http://the-diaryofmylife.blogspot.com/2011/04/announcement-winner-of-my-lucky.html

Muhamad Syafiq said...

thanks ! :D like it !

Anonymous said...

Syafiq, boleh email details as i said to you to my email tk? Macam mana nak pos gift nih, details tak ada :)

Muhamad Syafiq said...

alright then. saya akan email kan nnt asap :D

Aisyah Qaisyiah said...

owh ya nak komen jg la psl korean ni sb sy pun addicted jg kat drama korean n im also a k-pop lover...hhehe
actually, klu kita perhatikan, dlm byk2 drama korean ni, jarang ada drama yg pakai 1 hero n 1 heroin, kan kan....

Muhamad Syafiq said...

betul tu. oh, kaki korean juga kamu ni :)