Tuesday, April 19, 2011

Fakta Menarik Mengenai Kucing


1. Kucing rumah (peliharaan) boleh tidur sehingga 14 jam 
sehari dan ianya diantara binatang yang boleh tidur lama.

2. Snow Leopard melindungi diri daripada kesejukkan melampau dengan 
melilitkan ekornya yang sepanjang 3 kaki di sekeliling hidungnya.

3. Puma (harimau kumbang) dan Leopard merupakan mamalia yang boleh melompat
paling tinggi sekali. Mereka mampu melompat setinggi 16.5 kaki.

4. Kucing paling kecil didunia dijumpai di Singapura dan ia 
hanya seberat 4 pound bersamaan 1.814kg.

5. Kucing mampu menghasilkan sehingga 100 bunyi vokal 
manakala anjing hanya mampu buat 10 sahaja.

6. Kucing menggunakan misai mereka sebagai antena untuk mengukur sama ada
laluan itu muat atau tidak untuk dilalui. kalau macam tu, jangan la potong
atau trim misai misai kucing korang. kesian kt kucing tu nanti.

7. Kebanyakkan kucing tidak memiliki bulu mata.

8. Jika dikira mengikut nisbah berat, Leopard kononnya 7 kali lebih kuat daripada manusia.

9. 1 daripada 4 rumah di Amerika mempunyai kucing.

10. Sama seperti cap jari, corak di hidung kucing adalah unik dan berbeza-beza.

11. Pada 1800′s, kucing digunakan untuk menghantar surat dari rumah ke rumah. pada 1879
di Belgium terdapat 37 ekor kucing ditudaskan untuk menghantar surat ke rumah
penduduk kampung. tapi akhirnya mereka sedar, kucing tak cukup berdisiplin
untuk menjalankan tugas ini. 

12. Dalam seumur hidup, dianggarkan seekor kucing rumah menghabiskan 
masa 10,950 jam mengembek mengiau. 

13. Kucing mampu selamat walaupun jatuh dari ketinggian 30 kaki.

14. 25% pemilik kucing mengeringkan bulu kucing mereka selepas dimandikan. 
adakah anda tergolong dalam golongan 25% ni?

15. Kucing ada 32 otot di setiap telinga.

16. Kucing akan membersihkan dirinya dengan lidah selepas berhadapan dengan sesuatu
yang berbahaya atau selepas bergaduh dengan kucing lain. ia bertujuan untuk
menenangkannya dengan melakukan sesuatu yang biasa baginya.

17. Kucing boleh melihat 6 kali lebih baik berbanding manusia di waktu malam. ini kerana 
mereka mempunyai tapetum lucidum (search), satu lapisan tambahan yang 
bertugas untuk menyerap cahaya.

18. Rahang kucing tak boleh bergerak kekiri dan kekanan.

19. Kucing mamapu untuk berlari sepantas 20 KM sejam bila dah meningkat dewasa, tapi 
malangnya kebanyakkan kucing sekarang ni dah terlalu malas untuk berlari.

20. Kucing memiliki sekitar 30 gigi dalam mulutnya.

21. Kucing yang berumur 6 bulan, setara dengan 10 tahun usia manusia.

22. Kucing bukan dalam kategori haiwan pengotor kerana kucing sering 
membersihkan diri dengan air liurnya difahamkan air liur kucing 
mempunyai agen pembersih.

23. Air kencing kucing difahamkan boleh bercahaya didalam gelap.

24. Kucing rumah (kucing peliharaan sendiri) adalah haiwan pemburu terhebat didunia, ianya mampu memburu dan membunuh beribu spesis hidupan mengalahkan tahap pemburuan
spesis kucing besar seperti singa, harimau dan spesis kucing besar lain, ini kerana
spesis kucing  besar hanya mampu memburu dan membunuh tidak kurang dari 100
spesis hidupan  sahaja,  oleh kerana kucing rumah saiz badanya kecil maka ianya
tak berbahaya kepada manusia dan ianya adalah diantara sahabat baik manusia
yang  paling penyayang

25. Paling penting, Kucing adalah binatang kesayangan Rasullulah s.a.w.




~sharing is caring©~



8 comments:

marish sha said...

No 14 , saya diantara nya . hihi .
sebab sian kat dia , sejuk . huhu

MUHAMAD SYAFIQ said...

begitu prihatin kamu ! tahniah :D

ucu keyna said...

salam..
wa..sgt best..
tp lg better klu bubuh yg nombo 25 2 kat nombi 1 ^_^

MUHAMAD SYAFIQ said...

kalau taruk first2 nanti last2 tak ingat :D

Blossom Heart said...

sayang kucing :)

Muhamad Syafiq said...

:D

Jija said...

sape tak kucing mmg rugi :D
kucing sgt manja n comel sesangat..
geram!!! grrr

Muhamad Syafiq said...

@Jija : boleh la lepas ni pinjam kucing :D