Wednesday, April 27, 2011

Tanda-Tanda Kematian Seorang Islam




Tanda 100 hari sebelum hari mati

Ini adalah tanda pertama dari Allah S.W.T. kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya, seperti daging lembu yg baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yg tidak diberi kesedaran atau mereka yg hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yg sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yg ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yg akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


Tanda 40 hari sebelum hari mati 

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yg tertulis nama kita akan gugur dari pokok yg letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yg terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yg akan dicabutnya.


Tanda 7 hari sebelum hari mati 

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yg diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yg tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


Tanda 3 hari sebelum hari mati 

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yg akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yg sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


Tanda 1 hari sebelum hari mati 

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yg telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. 



~sharing is caring©~



4 comments:

Miss Secreto De Amor said...

takotnye . . . . .
tp mostly org mety ta sedar tentng tanda2 nk mati ni kan ?

MUHAMAD SYAFIQ said...

yup. siapa yg terpilih tu kira beruntung :D

mcm ni lah said...

perghhh insaf terus

MUHAMAD SYAFIQ said...

ingat mengingati sesama islam :D