Wednesday, April 13, 2011

3 Rahsia Lelaki Perempuan Perlu Tahu

1. Kenapa lelaki selalu kata nak telefon tapi tak ada pun ?

Bila dia call maksudnya dia ambil berat. bermaksud dia cintakan anda. inilah definisi biasa cinta bagi wanita dalam hal ni. Definisi lelaki pula, bila kita kerja kuat dan ada pendapatan yang stabil, kita, pasangan dan keluarga kita akan hidup dengan selesa. ini sebab kita sayang, cinta dan ambil berat pasal si dia. Kalau dia tak call pada masa yang dijanjikan, mungkin dia sibuk, terlupa atau anda boleh tuduh/kata atau rasa anda seolah-olah tak penting dalam hidup dia. Namun itu TAK bermakna dia tak cintakan anda.

2. Lelaki tak suka anda bersikap seperti seorang ibu

Jangan layan lelaki macam budak kecil, jaga semua keperluan dia hingga ke perkara yang kecil-kecil. Banyak benda yang dia boleh buat sendiri dan anda boleh/perlu memberi sokongan untuknya melakukan sendiri. Lelaki TAK perlukan seorang lagi ibu. Kalau anda bersikap seolah-olah ibu yang menjaga segalanya untuk dia, percayalah dia akan mula mencari cinta yang lain.

3. Perasaan harga diri lelaki antaranya datang dari kejayaannya dalam karier dan apa yang diusahakan

Oleh itu, amat penting untuk anda memberikan masa, peluang dan ruang untuk dia bercakap tentang kejayaan dalam hidupnya, walaupun boring untuk mendengarnya. Adanya anda sebagai seorang pendengar yang baik pada masa itu adalah satu signal yang menyatakan kepadanya bahawa, anda adalah seorang yang mengambil berat, prihatin, seorang yang boleh berkongsi hidup bersama dirinya, seorang yang boleh diharapkan, anda seorang yang amat pengasih dan dia pasti selesa dan suka bersama anda !

2 comments:

mimimo said...

lagi2 ? byk2 le sikit
supaye boleh fhm n tak fikir mcm2 . haha

MUHAMAD SYAFIQ said...

saja bg suspen ni :)