Tuesday, April 05, 2011

Menghilangkan Rasa Marah ..



agak-agak, korang ada tak perasaan marah ? tipu la tu kalau sikit pun takde perasaan MARAH.  ada  tak kengkadang korang rasa nk mengamuk san sini ++ ingin meruntuhkan bangunan setinggi menara berkembar KLCC ? .kali ni nk sharing dgn korang semua 11 tips (tak minta duit ok) untuk seikat sikit sebanyak menghidari diri kita daripada sifat marah...

IMAM Syafie ada menegaskan: “Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”

cuba korang berimaginisasi (tah betul ke eja ni)  best sangat ke ada perasaan marah ni dkt korang ? kalau boleh sapa pun tak nk kn ?. sesekali marah tu boleh la jgk terima. cuba korang try plk 11 cara-cara nk atasi masalah problem kemarahan korang ni mana tau berkesan Insha-Allah.

1. perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.

2. apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.

3. banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

4. hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.

5. cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah. ada tak mcm ni ? :D
6. apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca istighfar kerana marah itu datang daripada syaitan.

7. apabila marah sedang memuncak mcm gunung bmerapi nk meletus, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

8. jika marah kita tu tak boleh hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti. (ini yang saya selalu buat :D)

9. tauhid kita perlu tepat pada masa dan lokasinya (cakap mcm ahli parlimen !). setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. kenapa kita perlu marah ?

10. apabila kita bersalah, kita mesti la tak suka orang memarahi kita. mcm tu la juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, solutionsi yang terbaik adalah tegur orang yang buat silap tu secara baik. boleh ?

11. satu cara lagi, apabila marah datang, masa tu pula kita tengah berdiri, duduklah. apabila duduk, cuba pula bersandar. Insya-Allah marah kit tu akan mula reda.





~sharing is caring©~



No comments: