Monday, August 01, 2011

Khidmat Kaunseling ..




Seorang pemuda yang baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang kaunseling telah membuka kedai pertamanya di pinggir bandar .. 

Dia telah membuka kedai tersebut selama seminggu tetapi ia masih tidak mendapat sambutan ..

Memandangkan hari telah menjelang tengahari, pemuda tersebut mula gelisah kerana tiada seorang pun pelanggan datang untuk mendapatkan khidmatnya dalam bidang kaunseling ..

Namun pada hari tersebut .. nasib seakan menyebelahi dirinya apabila seorang lelaki datang menghampiri kedainya dengan langkah yang penuh bergaya ..

Dalam hati pemuda tersebut .. inilah pelanggan pertama aku dan aku perlu menunjukkan reputasi yang baik padanya ..

Lantas dia mencapai telefon dan bercakap dengan nada yang kuat ..

"Hello Dato .. takpe saya akan uruskan segala-galanya .. Dato jangan bimbang sebab syarikat saya memang terkenal dengan reputasi yang gemilang .. lagipun, kami tak pernah mengecewakan sesiapapun .. yang penting sekali .. staff syarikat Dato nanti akan lebih bersemangat dalam menjalankan tugasnya .. lagipun, fasilitator kami bukannya calang-calang orang .. memang hanya yang terbaik saja akan kami pilih bekerja di sini .." . jelasnya lagi dengan keyakinan yang tinggi ..

"Ok, takpe lah Dato jangan bimbang, saya akan bereskannya secepat yang mungkin .." . katanya di akhir perbualan itu ..

Lelaki yang berjalan dengan penuh gaya tadi berdiri betul-betul di hadapan pemuda tersebut sambil tersenyum dan dengan penuh hemah .. lalu terus dia menegur ..

"Ya, ada apa yang boleh saya bantu Encik ? .."

"Saya datang nak pasang talian telefon .." . katanya lagi dengan senyuman yang penuh bermakna ..



5 comments:

Cik Kuntum said...

ya amponn malunya eiii kalau Cik Kuntum nyorok ajelah bawah meja tehehe

Muhamad Syafiq said...

malu tak malu jugak la kan .. haha

Unknown said...

haha...aper la 0wg ue...
memalukn diri je...
kn da kant0i...ish3...
:)

Cik TK said...

0o0o0oppssss..! Malunya!

Unknown said...

kesian dia dimalukan diri sendiri..
heheheh