Monday, July 04, 2011

Suami Mithali idaman Isteri : Final Part

Assalamualaikum ..


*Sambungan dari entri yang lepas .. PART 1 dan PART 2 .. 


21. Jadilah suami yang pemaaf .. syurga isteri di bawah tapak kaki suami .. maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga ..

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang .. isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar .. apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak ..

23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai ‘role model’ .. hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga .. sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah ..

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain .. ini adalah tertib memberi khidmat .. ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya .. elakan kesilapan ini ..

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain .. apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang .. wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat .. buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia ..

26. Cintai isteri sepenuh hati .. cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa ..

27. Sentiasa berubah secara positif .. sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu .. apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah .. apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang ..

28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga .. ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka .. cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga ..

29. Pamer kematangan yang tinggi .. orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah ..

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya .. ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja .. ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah ..


Sekian, selamat beramal ..

5 comments:

Fathiah Hamim said...

semoga awak jadi suami idaman. :D

Muhamad Syafiq said...

Insha Allah ..

Firdaus Life said...

wah ni dah boleh jadi calon suami idaman ni :D

miss nani said...

semoga saya mendapat suami mithali..and semoga awak menjadik suami mithali kepada pasangan awak...

nabillah bolhassan said...

sangat suka yang last tu, cintai sepenuh hati. :) semoga mendapat jodoh yg baik :)