Friday, April 15, 2011

8 Rahsia Lelaki Normal


1. Lelaki Tak Detail Dalam Percakapannya

Misalnya dalam 1 situasi : lelaki ni baru je putus cinta. bila ada cik awek tanya. "mcm mane boleh clash putus relationship awk ?" si abang tu akan jawab, "dah nak putus nak wat camne..."

Alasan : tak usah bimbang sebab secara genetik lelaki tak dibentuk untuk petah bercakap mcm perempuan. menurut seorang pakar, wanita boleh mengeluarkan antara 6 hingga 8 ribu kata sehari.sementara lelaki rata-ratanya hanya mengeluarkan antara 2 hingga 4 ribu kata saja. patutlah selalu orang kata perempuan ni minah becok ! :D

2. Lelaki Sanggup Tahan Berjaga Sepanjang Malam Demi Hobi

Misalnya dalam 1 situasi : cik awek sering tidak menemui jawapan kenapa cik abang sanggup mengadap game DOTA sepanjang malam tanpa henti. lepas tengok Wrestling, WWE tengok Badminton All England pulak. lepas tu, sambung tengok EPL... sampai la pukul 3 pagi. *lagi-lagi kalau tengok sampai pagi team peberet kalah, lagi tekanan beb !

Alasan : sebelah kanan otak lelaki mempunyai bahagian yang tidak dimiliki oleh kebanyakkan wanita, seperti untuk mengukur sudut pandangan (angle), kecepatan dan jarak. namanya adalah Kesedaran Ruang Visual (VSA), yang amat penting peranannya di zaman dulu dimana lelaki harus berburu untuk mendapatkan makanan.

3. Lelaki Rela Menghabiskan Banyak Wang Untuk Peralatan Elektronik atau Aksesori Kereta

Misalnya dalam 1 situasi : cik abang rela keluarkan wang simpanan untuk menambahkan aksesori kereta atau motornya. tapi kenapa mereka membieber bebel kalau tengok cik awek bershopping ???

Alasan : alat-alat elektronik atau aksesori kereta atau motor dikatakan sebagai alat permainan lelaki dewasa. bagi lelaki, benda 3 dimensi (3D) ni dilihat lebih menarik dan menstimulasi area VSA otak mereka. dengan demikian mereka secara tidak sedar dengan suka riangnya membuangkan duit untuk benda-benda alah tu.

4. Lelaki jarang MunCul dengan jambangn bunga.

Misalnya dalam 1 situasi : dekat filem-filem, drama sebabak, mesti selalu kita lihat hero atau cik abang  akan muncul tetiba di rumah cik aweknya dengan sejambak bunga. kenyataannya ??? adakah jawapannya hampeh ? haha. kalau ada pun 1 dalam seriban kot ? :D

Alasan : dari awal lagi, otak lelaki lebih mengutamakan hal praktik. kebetulan, hal-hal bunga ni tak menarik ruang logik otak mereka. beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar-benar satu pembaziran. itu tanggapan orang lelaki la kan. baik blnje makan daripada beli menatang tu. kenyang perut, suka hati, awek pun lari... haha !

5. Lelaki tidak bergosip

Misalnya dalam 1 situasi : bila cik awek ni 'ter'bace gosip kat mana-mana majalah sambil cakap : "eh betul ke ni..?" cik abang dengan pantasnya memotong, "jom pergi makan ! dah lapar nie...".

Alasan : sebenanye lelaki juga bergosip. tapi cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas cik-cik awek ni bergosip dan juga tidak pada saat objek yang nak digosip berada dekat situ. kalau mereka ada masalah dengan seseorang, biasanya mereka menyelesaikannya, atau melupakannya.

6. Lelaki Selalu Mengaggungkan IBU Mereka.

Misalnya dalam 1 situasi : Lelaki jarang mengkritik ibu mereka, apatah lagi kalau hubungan mereka akrab. lebih panas lagi kalau dia kata pada cik awek, "eleh ayang ni, macam tu pun tak reti buat ke? mak i pejam mata pun boleh buat tau..."

Alasan : bagi lelaki, ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari  sebahagian hidup mereka. lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya sebagaimana ayah mereka melindungi ibunya. makanya, tak perlulah mintak dia persoalkan apa apa tentang ibunya.

7. Lelaki Sanggup Menyimpan Semua Edisi Terhad Macam Komik, CD, Jeans, Jam Tangan, Jersi Arsenal dan Whatever!

Misalnya dalam 1 situasi : "Boring, boring, boring !" katanya pada si cik awek ni. kang kejap lagi cik abang ni ajak la pergi petaling street, kemudian kedai komik lepas tu carik lens kamera dan mcm-mcm lagi semata-mata nak cukupkan koleksinya.

Alasan : Berbalik kepada asal mereka sebagai pemburu, lelaki senang menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin. mereka selalu berwaspada dan beranggapan bakal diadili oleh lelaki lain, sehinggakan bukan hanya mengumpul kuantiti, tapi juga kualiti yang dimilikinya. bagi mereka, mempunyai sesuatu yang boleh dibanggakan adalah prestasi tersendiri yang dapat memacu ego mereka.

8. Lelaki Senang Melihat Wanita Memakai Skirt Pendek (mini skirt), Asalkan Bukan Kekasihnya

Misalnya dalam 1 situasi : cik abang n memuji setinggi langit kaki nicole kidman ketika memakai mini skirt. tapi kalau cik aweknya yangg pakai, komennya pula, "I tak suka ahh ! mencik, mencik, mencik ! tukar je lah yang lain. serupa mcm penyapu lidi je. kalau u pakai baju kurung bertudung litup, lagi la i loike terus dekat pesbuk gitu..". Bengangkan cik-cik awek semua...? jangan marah :D

Alasan : bagi lelaki, kaki cantik adalah simbol kesuburan wanita. kalau buah hati sendiri yang mempamerkan kaki dan bahagian-bahagian yang lain pada yang bukan sepatotnya mereka perlu tunjukkan, mereka  akan jadi lebih berwaspada kerana itu merupakan sasaran mata lelaki-lelaki lain :D


p/s : inilah LELAKI. kenalilah mereka :D




~sharing is caring©~



3 comments:

marish sha said...

no 4 tu sha pun setuju , lagi rela pergi mkn dari beli bunga esok dah layu . bunga plastik pulak ta best .

lagi baik pergi mkn , kenyang perot , suka hati

Muhamad Syafiq said...

yeah ! haha :D

cheMissy said...

hampir semua btol2 belaka...