Pada suatu hari, seorang lelaki yg agak berumur bernama Pak Abu merayau-rayau dari satu kedai ke satu kedai. Tujuannya adalah untuk mencari kerja. Tapi agak malang bagi dirinya kerana disebabkan umur yg agak tua dan pada ketika itu juga ekonomi sedang meleset, tiada satu tempat pun yg menawarkan kerja untuknya.
Maka Pak Abu yg malang tersebut pulang ke rumah menemui isterinya dengan hampa. Isterinya memujuk dan memberi semangat supaya suaminya mencuba lagi tanpa merasa putus asa. Disebabkan terlalu penat suaminya terus melelapkan mata. Keesokan paginya, si suami bangun pada awal² pagi lagi, terus keluar rumah untuk mencuba nasib sekali lagi. Manalah tahu, kalau² hari ni boleh dapat kerja fikirnya... Tetapi ceritanya serupa sahaja, tiada siapa yg mahu memberinya kerja.
Maka Pak Abu yg malang tersebut pulang ke rumah menemui isterinya dengan hampa. Isterinya memujuk dan memberi semangat supaya suaminya mencuba lagi tanpa merasa putus asa. Disebabkan terlalu penat suaminya terus melelapkan mata. Keesokan paginya, si suami bangun pada awal² pagi lagi, terus keluar rumah untuk mencuba nasib sekali lagi. Manalah tahu, kalau² hari ni boleh dapat kerja fikirnya... Tetapi ceritanya serupa sahaja, tiada siapa yg mahu memberinya kerja.
Walaubagaimanapun, Pak Abu masih tidak putus asa, hari seterusnya dia masih lagi pergi dari satu tempat ke satu tempat untuk bertanyakan kerja kosong. Setelah puas mencari kerja tetapi gagal, Pak Abu mengubah taktik dan meminta kerja ditempat lain. Dia pun terus pergi ke Zoo.
Pak Abu : "Sini ada kerja kosong tak ?"
Penjaga Zoo : "Mana ada kerja kosong kt sini pakcik."
Pak Abu : "Tolonglah dapatkan pakcik apa² kerja, pakcik ni orang susah."
Penjaga Zoo: "Ginilah pakcik, kalau pakcik nak sangat kerja, sini ada satu kerja. Disebabkan banyak sangat binatang disini mati pasal tak cukup makan, nak tak kalau pakcik pakai sarung monyet dan berlakon jadi monyet, tapi kena duduk dalam kandang lah."
Pak Abu : "Berapa upahnya ?"
Penjaga Zoo : "Tak la mahal sangat gajinya pakcik... Sehari RM15 je."
Pak Abu : "Baiklah nak, daripada tak ada kerja, jadi monyet pun jadilah... Janji dapat duit. Asalkan pakcik boleh makan anak-beranak."
Penjaga Zoo : "Kalau macam tu esok pepagi lagi pakcik kena datang, dekat sini ada sarung monyet, dan pakcik masuk kandang nombor 4, tau !"
Pak Abu : "Baiklah nak."
Penjaga Zoo : "Tapi pakcik kena datang sebelum pukul 7 tau... Jangan sampai orang ramai datang dulu dari pakcik."
Pak Abu : "Baik nak."
Keesokkan harinya, pagi² lagi dengan penuh semangat Pak Abu pun pergi ke Zoo tersebut. Penjaga zoo telah pun bersedia menunggunya dan memberikan pakaian monyet pada Pak Abu. Inilah hari pertama Pak Abu bekerja sebagai pelakon. Bukan main semangat lagi dia. Maklumlah, 'first day'.
Dengan penuh keceriaan, Pak Abu mengenakan pakaian monyet lalu masuk ke kandang nombor 4. Ceria sungguh ! lompat ke sana , lompat ke sini, bergayut sana , bergayut sini. Tak lama kemudian orang ramai mula berkunjung ke Zoo tersebut. Bertambah sermangat lagi lah Pak Abu, lagi galak dia melompat. Lagi pun, bukannya orang tahu siapa di dalam sarung monyet tersebut, apa nak dimalukan fikirnya.
Berjam-jam Pak Abu melompat ke sana ke mari, tanpa mengenal penat. Kadang² Pak Abu tersasul juga, bersalam pada orang yg datang kekandangnya. Tiba² satu tragedi yg sangat menyayat hati telah berlaku. Tragedi yg amat sedih dan telah namanya telah dimasukkan ke dalam akhbar pada masa itu. Berita yg amat menggemparkan.
Kerana sedang asyik Pak Abu terlalu galak melompat, dia terlajak dan termasuk ke kandang harimau. Harimau tersebut merupakan harimau siberia jantan, dan lebih malang pula harimau tersebut sudah beberapa hari tidak makan. Makanan yg selalu diberikan adalah daging lembu sebanyak lima kilo sehari. Harimau itu sangat lapar. Ia merenung tepat ke arah Pak Abu yg memakai topeng monyet itu.
Pak Abu bergegas bangun untuk melompat semula ke kandang asalnya. Tetapi kakinya kaku seolah-olah tidak bertenaga. Dia cuba berdiri tetapi jatuh semula, mungkin terkena badi harimau agaknya. Harimau mula memandang tepat kearah Pak Abu, kaki hadapannya mengais-ngais kebelakang, sambil mengaum. Ia menunjukkan gigi taringnya yg tajam dan berkilat.
Pak Abu menggigil dan terkencing. Mula dia terbayang, begini rupa kesudahan hidupnya, diratah harimau pada hari pertama dia bekerja. Wajah isteri mula terbayang. Bagaimana nanti fikirnya, bila isterinya mengambil jasadnya yg mungkin tidak sempurna, koyak sana, koyak sini, robek sana, robek sini. Mungkin keseluruhannya berlumuran darah.
Pak Abu lemah tidak bermaya. Harimau setapak demi setapak maju untuk menerkam Pak Abu. Sesekali ia menunjukkan taringnya lagi. Kepalanya mula tunduk tanda bersedia untuk menerkam. Punggungnya mula terjungkit naik ke atas, ekornya mula bergoyang goyang, kaki hadapannya mula diluruskan kedepan, kaki belakang mula memasang kuda².
Pak Abu hanya mengigil dan menangis sahaja, tiada daya seorang tua untuk melawan. Ketika ini nasibnya diserah bulat-bulat kepada Tuhan. Harimau itu mula memasang kuda-kuda untuk menerkam. Tiba², sesuatu yg ajaib telah berlaku, harimau itu boleh bersuara dan boleh berkata...
“Janganlah takut Pakcik, saya pun macam pakcik jugak, pakai sarung harimau ni, cari makan pakcik….”. Bulat mata Pak Abu bila mendengar kata-kata harimau itu... “La.. kau ni orang jugak ke…”
2 comments:
HAHAHA..
kat mane eh zoo tu. Akk teringin lah nak gi situ. Pastu lastik bontot rimau tu
haha ! unknown zoo namanya :D
Post a Comment