Korang tau tak sebenarnya LEMBU ni banyak 'Advantages' beliau dan kalau nak ikutkan, dia lebih PANDAI daripada MANUSIA sebab ???...
1. LEMBU tak buang anak diorang dalam tong sampah, longkang, semak-samun, tandas dan macam² lagi.
2. LEMBU tak pandai 'monteng' kerja. Buktinya ? Pagi² lagi beliau dah keluar meragut orang rumput. Bila petang pulak, dia tau jalan balik ke rumahnya.
3. Bila je sampai waktu Maghrib, secara otomatiknya LEMBU mesti akan balik rumah. Dia tak ada masa nak bermain takraw ke, bola sepak, ataupun shopping kt pasar malam tu :D
4. LEMBU tak melakukan perhubungan jantina luar tabi' (liwat kot ?).
5. LEMBU tak sambut 'Valentine Day', dan tak buat maksiat macam berjudi, minum arak dan macam² lagi.
6. LEMBU faham cakap manusia tapi manusia tak faham cakap LEMBU.
7. LEMBU tak ada pulak bagi anak dara dia keluar malam dengan LEMBU jantan yg lain.
8. Anak teruna LEMBU pulak tak ada nak usung anak dara LEMBU lain sampai lewat malam.
9. LEMBU punya susu, sapi dapat nama. Betul ke ? Rasa²nya nama minyak sapi tu, manusia yg bagi sebab nak buat satu perumpamaan. Bukannya LEMBU yg bagi sebenarnya. (menyebelahi manusia :D)
10. Last sekali, LEMBU ni tak akan buang masa baca entri karut macam ni...
*Sesekali gurau manja dgn korang. Tak salahkan ? haha ! :D
No comments:
Post a Comment