Wednesday, May 04, 2011

3 Orang Pesalah dan Kebijaksanaannya



Kisah 3 orang lelaki... Seorang Ahli Falsafah, seorang Pakar Matematik dan seorang lagi Si Pelawak ditangkap atas kesalahan mengendap lembu tengah buat 'projek'… Lalu Hakim berkata, "Kamu boleh menanyakan hanya satu soalan kepada ku. Kalau aku dapat menjawab... Kamu akan ditahan di penjara... Tapi kalau aku tidak dapat menjawab pula… Kamu akan dibebaskan.".

Ahli Falsafah mula berkata, "Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsafah yg lengkap dari Socrates... Jika Yang Arif berjaya membawanya, saya rela dihukum…".

Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi mencari buku yg diperkatakan. Setelah berjaya mendapatkan buku tersebut, ia diberikan kepada Ahli Falsafah untuk di sahkan. "Ya benar sekali, ini lah bukunya yg Arif…". Lalu Ahli Falsafah dipenjarakan…

Kemudian giliran Pakar Matematik mengajukan pertanyaan… "Cuba jawab 1253*254-45557+(5454*25451) dalam masa 5 saat..". Sambil menekan kalkulator dengan pantas.. Hakim memberikan jawapannya... dan ternyata jawapan yg diberikan adalah tepat. Lalu Pakar Matematik turut dipenjarakan...

Tiba giliran terakhir pula bagi Si Pelawak... "Berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai 7 lubang ditempat duduknya !". kata Si Pelawak... Apabila kerusi disediakan, Si Pelawak duduk dan secara tiba² melepaskan kentut yg kuat... Lalu dia berdiri dan bertanya kepada Hakim, "Yang Ariff.. dari lubang mana kentut saya tadi keluar ?".

Setelah membelek kerusi dan melihat lubang yg berada tepat dibawah punggung Si Pelawak tadi, Hakim berkata… "Kentut mu keluar dari lobang yang ketiga dari sebelah kanan ini...".

"Salah !!!". Sebenarnya kentut saya keluar dari lubang punggungku ini !!!". Si Pelawak itu kemudian dibebaskan. 

~sharing is caring©~



2 comments:

Ashraf said...

hahah.. tu mmg xleh blah!
btw dah follow :D
http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/

Muhamad Syafiq said...

thanks ! follow back :D