Thursday, May 12, 2011

Part 2 [Report] - Classmate Yang 'Genius'


Alright... Baru la senang hati sikit nak berbelog bila dah lepas 'azab' semalam ber'interbiu' di poli. Macam² cerita ku nak kongsi bersama disini. Entry Part 2 [Report] ni sambungan dari Part 1 [Report] lalu.

Kalau korang tengok jam kiut-miut kt atas tu, cuba korang teka agak² apa yg kitorang tengah buat masa tu ? Masa tu diambil kt satu kedai nak biding report kitorang di BNO (Bagan Nakhoda Omar) sebelah Petronas. Sebab apa tajuk entry ni Classmate yg 'Genius' ??? Kalau korang nak tau, kengkawan kelas ku ni bila esok pepagi nak kena hantar buku report + ber'interbiu', masa tu jugak la sempat nak ber'binding' buku report tu. ku memang  suspek respek la dgn diorang ! Kerja last minit yg mungkin 'gila' bagi  sesetengah orang, tapi  perkara ni dah jadi asam garam bagi budak laki kelas DIP4D. Apa²pun, lepas ber'intebiu' semalam, Alhamdulillah semuanya rileks dan steady cool beb! Congrates pada semua yg dah lepas 'azab' tu ye. Pada sesapa yg kena 'kondem' dgn lecturer check report pakai PEMBARIS  nak tengok alignment report tu, bawa bersabar bebanyak ye. Pengalaman mengajar kita erti 1001 kehidupan kan ! :D 

kt bawah ni ada jugak gambar yg sempat ku amik guna hp 3310. Korang tengok la sendiri gelagat kengkawan ku membodek kakak kedai tu even dah pukul 12.30 pagi. *Bila ku amik gambar dia  kata nak uplod kt Pesbuk, dia kata. "Kakak tak sangka pulak pepagi buta ni ada peminat setia nak amik gambar kakak... terharu sesangat !...". Nak tambah lagi sedapkan hati beliau, puas si Aidil buat lawak JAMBU ML bagi kakak tu 'terhibur' dan tak ada la rasa nak 'ter ajang' kitorang keluar dari kedai pepagi buta tu...





Puas jugak kitorang bagi ayat 'pemanis' kt kakak tu tolong bindingkan report kitorang. Ayat punya ayat kakak kedai tu, last² kesian jugak dia kt kitorang. Nasib baik time tu dia baik + nasib baik tak  kena double pay !  Ye la, mana tak nya... kt KL pun kedai biding paling koman tutup pukul 11 kan ?. Ni pulak kedai kt 'hujung nyawa dunia' ! ku tak pasti kitorang habis biding semua pukul berapa, mungkin dalam pukul 2.30 pagi. Tu pun kira berterima kasih jugak la sebab ada Imam Muda Faez yg pakai kopiah (dalam gambar) tolong sejukkan hati kakak kedai tu. Thanks to him also ! :D


* I'Allah, Part 3 [Report] akan menyusul lepas ni sebab menunggu photographer Hidzwan dan Aifaa meng'update' gambar.


~sharing is caring©~



6 comments:

Ismet Ulam Raja said...

gila la korang...hahah!!!
12.30mlm ker??dahsyat giler!!

Muhamad Syafiq said...

2 la pasal. nasib baik kedai tu still bukak sbb termakan pujuk rayu kitorang :)

Anonymous said...

gile korang..kalo fiera yang jadi kakak tu takkan nye makan pujuk rayu korang tu..hehehe..

Muhamad Syafiq said...

semua kata gila kan ? haha. ayat kitorang manis, tu yg termakan sikit kakak tu :D

cikida said...

whoa,,dasat2..hebak2..hehe..tp sy pon cmni jgk kot,,wat lst2 minit.tp konpom siap,,ceh..=p

Muhamad Syafiq said...

buat last minit tu yg extream sikit kan ? hehe :D