Friday, September 09, 2011

Pemandu Teksi dan Pelancong ..














Pada suatu hari seorang pelancong barat telah menaiki sebuah teksi di Kuala Lumpur.

Pelancong : "Bawa saya round sekitar Kuala Lumpur.."
Pemandu Teksi : "OK.."

Lalu pemandu teksi membawa pelancong tersebut ke Dataran Merdeka ..

Pelancong : "Tiang dan kain apa ni ?"
Pemandu Teksi : "Inilah tiang bendera tertinggi dan bendera terbesar.. "
Pelancong : "Di tempat saya tiang benderanya lagi tinggi hingga lepas awan.. benderanya kalau berkibar gelap satu bandar.. "

Selepas itu pemandu teksi tersebut membawa ke Menara Kuala Lumpur ..

Pelancong : "Apa benda ni ?"
Pemandu teksi : "Inilah menara tertinggi dan ada restoran berpusing di atasnya.. "
Pelancong : "Tempat saya menaranya lagi tinggi hingga tak boleh lihat puncaknya.. macam macam ada di atasnya.. "

Lalu pemandu teksi membawa pelancong tersebut ke Menara Berkembar Petronas pula ..

Pelancong : "Bangunan apa yang berkembar ni ?"

Kemudian, pemandu teksi itu menjawab dengan bangga ... "Tak tahu la saya, semalam saya lalu sini tak ada bangunan ni.. hari ni dah ada pulak.."

Pelancong : ".. ???????? .."


2 comments:

norshila ibrahim said...

HAHA..AMBK KO PELANCONG BELAGAK...TERDIAM TRUS...HEHEHE..PNDAI PEMANDU TU WAT LAWAK ERK?

... said...

kikiki :D