Tuesday, September 06, 2011

Gempa 6.6 Skala Ritcher ..


Assalamualaikum ..

Pagi tadi dalam lebih kurang pukul 1.50 a.m .. aku dikejutkan dengan satu gegaran .. housemate aku pun sendiri dapat rasa .. lagi - lagi rumah sewa aku ni ' 2 tingkat ' .. memang terasa .. sempat gak housemate aku meng'update' status kat facebook pasal gegaran tu ..


selang beberapa jam aku nampak pulak status ni ..


rupa - rupanya , memang betul la gegaran pagi tu ada disebabkan gempa bumi .. kat berita pun dah keluar .. mungkin jugak tempat aku ni dekat sangat dengan kawasan persisiran pantai .. harap takde apa benda buruk yang berlaku ..


KUALA LUMPUR 6 Sept. - Gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Sumatera Utara pada pukul 1.55 pagi ini tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS). 
 
Gempa bumi tersebut berlaku di lokasi 2.973°Utara, 97.997° Timur pada kedalaman 110.1 kilometer dan kira-kira 100 kilometer dari arah Barat Daya Medan.
 
Jabatan Meteorologi Malaysia turut melaporkan kejadian tersebut yang gegarannya turut dirasai di beberapa tempat sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Penang dan Kedah. 

Sumber : Utusan


2 comments:

No name said...

rumah aku tingkat 24 tak rasa pun.. hehehe.. Hope every save.. tak best lar dgr bencana bagai nie..

Muhamad Syafiq said...

rumah kat mana ? tinggi bebenar .. haha