Wednesday, September 21, 2011

Wordless Wednesday #13

Assalamualaikum ..


Tuesday, September 20, 2011

Restoran MCD pertama ..

Assalamualaikum ..


terasa lapar pulak bila tengok " MCD " atas ni .. ada ke yang nak belanja ?

 

Monday, September 19, 2011

Bilik Server paling 'cool' ..

Assalamualaikum ..


Mesti orang dalam tu dah berapa tahun tak keluar dari BILIK SERVER ni kan ?




Sunday, September 18, 2011

Apabila Superman diserang AIDS ..

Assalamualaikum ..


Siapa kata SUPERHERO tak boleh kena penyakit bagai .. contoh pun dah ada .. aku bukan nak cerita pasal AIDS .. disebalik kisah Superman kat atas tu terselit kisah aku sendiri .. mungkin minggu ni dan minggu - minggu yang seterusnya aku akan sibuk menyiapkan projek untuk final semester aku .. " Oh, dying ! "

Pernah jugak terfikir nak deactivate kan account facebook aku untuk beberapa bulan sebab nak fokus dengan final project aku nanti .. masih dalam pertimbangan .. dan boleh ke aku nak deactivate account blog ni sekali ? any response ? ..



Rugby World Cup ..

Assalamualaikum ..






Preview balik 4 tahun lepas masa aku wakil sekolah teknik dulu .. takde la sampai masuk 'World Cup' sangat .. apa motif aku join rugby kat sekolah dulu ? walaupun sedar badan aku ni tak la segagah BEN ASHAARI dan Arnold Schwarzenegger *versi 1990 ..




Sebab sifat natural aku ingin mencuba sesuatu yang 'extream' .. sebab tu la aku lebih memilih join sukan ni .. padehal banyak sukan lain macam 'BATU SEREMBAN' .. mungkin aku rasa sukan ni dalam kategori sukan lasak ..dalam masa yang sama, aku nak cabar diri aku sendiri boleh ke tak orang se'kecil' aku mencuba sukan ni .. Alhamdulillah, aku pernah terpilih bermain untuk wakil antara sekolah sekolah teknik .. dan bermain dengan 'senior' yang jauh lebih berpengalaman dari aku ..

Cuma buat masa sekarang, lepas je sambung belajar masuk IPTA .. keinginan yang aku rasa dulu masa kat sekolah dulu tu .. langsung takde meresap dalam kalbu .. tapi apa apapun aku berjaya mencuba salah satu dari sukan lasak dalam dunia sukan .. kau ada ?


Friday, September 16, 2011

Semester 5

Assalamualaikum ..




bukan senang nak bergambar siap smiley sekali sampai telinga dengan coursemate aku macam ni .. nak pulak hari rabu hari tu dapat makan free kat kafe sebab ada ceramah dari Jutawan Internet .. Irfan Khairi .. so, sila abaikan pinggan mangkuk atas meja makan ..




Bersyukur dengan apa yang ada ..

Assalamualaikum ..


" Patah tumbuh, hilang berganti " .. MOBO rosak, terpaksa la jugak cari pengganti .. setelah episod laptop aku dulu masuk wad kecemasan gara - gara NI ..

Aku masih memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan 'PENGGANTI' yang baru berusia dua minggu ..

 

Thursday, September 15, 2011

Tuesday, September 13, 2011

Mayat dijamah beramai-ramai ..




Jenis - Jenis Tali Kasut ..





Kelas " Kuih Raya " ..

Assalamualaikum ..


Nah .. tu dia .. fullset berbaju melayu sebab nak dapat markah presentation paling tinggi punya pasal .. lepas Isyak malam tadi, lecturer aku buat kelas untuk presentation JAVA PROGRAMMING .. nasib baik la bukan malam tadi aku yang present .. kalau tak, confirm lagi heaven ! .. haha ..


biasa la kan kalau tak dalam 'mood' raya lagi .. lecturer pulak spotting bagi bawa kuih raya bagai .. ada la gak dua tiga jenis kuih raya coursemate aku hidang .. korang tengok la siapa je yang bagi 'perabis' kuih bahulu atas meja tu .. bukan aku kan ? lari dulu !!!


kawan aku ni bila makanan dah habis, memang secara automatik muka dia akan terus berubah .. lagi - lagi masa tu dia tak isi perut dulu sebelum kelas .. habis je kelas bermakna tamatlah riwayat semua kuih - kuih raya yang ada .. tunggu pulak aku dengan patner berbaju LIVERPOOL tu present minggu depan ..



Sunday, September 11, 2011

Usain Bolt vs Cheetah ..


Hantu " Perodua " ..


Maut ditelan air terjun ..


Lokasi di India .. audio dalam bahasa india sebab aku belum habis belajar macam mana nak translate kan bahasa tamil .. so, aku pun sendiri tak paham apa yang cameraman  dalam video ni cakap .. berhati - hati la ketika mandi di kawasan air terjun dan sewaktu dengannya .. layan ..


Hari Konvokesyen yang malang ..




Soalan : 60 markah ..


Aku terkilan ..



Assalamualaikum ..

Terkedu bila aku dapat call dari Mama petang semalam .. "dik, Abang Farid dah meninggal .. accident masa balik kerja .." .. senior masa aku sekolah teknik dulu .. arwah seorang pengawas yang disegani .. sebelum pergi menghadap yang Maha Esa, arwah sempat bagi nasihat ..
"Sentiasa dalam hati kita ni suka tengok kebaikan orang lain, jika kita rasa mereka buat kesalahan tegur mereka secara peribadi, tak payah nak sebarkan berita buruk orang lain. Jika kita selindungkan keburukan orang lain kat dunia ni ALLAH akan tutup keburukan kita kat akhirat."
Aku dapat tau arwah akan dikebumikan hari ni jugak sebelum masuk waktu zohor ..  mungkin minggu ni aku akan balik cheras melawat pusara arwah .. terkilan sebab arwah memang baik budi pekerti, sampai aku sendiri segan kalau nak cakap dengan arwah .. mungkin Allah s.w.t. lebih menyayangi rwah ..

Al-fatihah ...




gambar terakhir arwah  (berbaju putih) pada 16 Jun 2011 ..



Friday, September 09, 2011

Biskut dan Mat Saleh ..




Pada suatu hari, seorang lelaki inggeris datang ke Malaysia .. dia sangat kagum dengan keindahan dan keamanan negara ..

Semasa dia berjalan-jalan di sebuah kampung, dia ternampak seorang lelaki di warung sedang mencelup biskut di dalam gelas air teh .. lelaki Mat Saleh itu kagum dengan perbuatan lelaki itu dan berkata  ...

Mat Saleh : " This man is very clean, he wash that biscuit before eat it, good people.. "

Selepas beberapa ketika lelaki itu menghabiskan biskut tersebut lalu dia terus meneguk air teh tadi .. serta merta lelaki Mat Saleh rasa terkejut dan berkata ...

Mat Saleh : " This man is very dirty, bad people ! "



Pemandu Teksi dan Pelancong ..














Pada suatu hari seorang pelancong barat telah menaiki sebuah teksi di Kuala Lumpur.

Pelancong : "Bawa saya round sekitar Kuala Lumpur.."
Pemandu Teksi : "OK.."

Lalu pemandu teksi membawa pelancong tersebut ke Dataran Merdeka ..

Pelancong : "Tiang dan kain apa ni ?"
Pemandu Teksi : "Inilah tiang bendera tertinggi dan bendera terbesar.. "
Pelancong : "Di tempat saya tiang benderanya lagi tinggi hingga lepas awan.. benderanya kalau berkibar gelap satu bandar.. "

Selepas itu pemandu teksi tersebut membawa ke Menara Kuala Lumpur ..

Pelancong : "Apa benda ni ?"
Pemandu teksi : "Inilah menara tertinggi dan ada restoran berpusing di atasnya.. "
Pelancong : "Tempat saya menaranya lagi tinggi hingga tak boleh lihat puncaknya.. macam macam ada di atasnya.. "

Lalu pemandu teksi membawa pelancong tersebut ke Menara Berkembar Petronas pula ..

Pelancong : "Bangunan apa yang berkembar ni ?"

Kemudian, pemandu teksi itu menjawab dengan bangga ... "Tak tahu la saya, semalam saya lalu sini tak ada bangunan ni.. hari ni dah ada pulak.."

Pelancong : ".. ???????? .."


Tuesday, September 06, 2011

Mana pergi "RM 1" ?


Terima Kasih Cik NUFFNANG !


 Assalamualaikum ..


Aku nak ucap terima kasih bebanyak kat cik NUFFNANG yang selalu bagi aku BE setiap bulan ..  pagi ni aku bila aku check earning aku .. Alhamdulillah , ada la gak apa orang kata tu 'duit raya' sebagai  pengubat lara .. sebab tahun ni pun aku kurang dapat duit raya .. ke memang patut ? haha ..

Aku harap lepas lagi banyak kempen dari cik NUFFNANG .. walaupun earning aku dapat ..  nak cakap banyak , tak jugak .. aku bersyukur apa yang ada .. aku harap status ' Glitterati ' aku akan kekal sampai bila - bila .. tu yang penting ! boleh tak cik NUFFNANG ? hehe .. apa - apapun , terima kasih !

Gempa 6.6 Skala Ritcher ..


Assalamualaikum ..

Pagi tadi dalam lebih kurang pukul 1.50 a.m .. aku dikejutkan dengan satu gegaran .. housemate aku pun sendiri dapat rasa .. lagi - lagi rumah sewa aku ni ' 2 tingkat ' .. memang terasa .. sempat gak housemate aku meng'update' status kat facebook pasal gegaran tu ..


selang beberapa jam aku nampak pulak status ni ..


rupa - rupanya , memang betul la gegaran pagi tu ada disebabkan gempa bumi .. kat berita pun dah keluar .. mungkin jugak tempat aku ni dekat sangat dengan kawasan persisiran pantai .. harap takde apa benda buruk yang berlaku ..


KUALA LUMPUR 6 Sept. - Gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Sumatera Utara pada pukul 1.55 pagi ini tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS). 
 
Gempa bumi tersebut berlaku di lokasi 2.973°Utara, 97.997° Timur pada kedalaman 110.1 kilometer dan kira-kira 100 kilometer dari arah Barat Daya Medan.
 
Jabatan Meteorologi Malaysia turut melaporkan kejadian tersebut yang gegarannya turut dirasai di beberapa tempat sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Penang dan Kedah. 

Sumber : Utusan


" LOVE IS IN THE AIR "







Monday, September 05, 2011

Beraya di " Amazon " ..

Assalamualaikum ..



10.30 malam .. mungkin malam ni malam langkah kanan buat aku dan housemate sebabnya .. diundang untuk beraya kat jiran sebelah rumah .. merangkap anak kepada tuan punya rumah sewa aku sendiri .. nak tak nak terpaksa la 'jamah' ada makan - makan sikit tadi .. walaupun awal - awal lagi aku dah 'terasa' kenyang lepas berbuka tadi .. biasa la tu .. tank besar ..

Bersemangat gak aku tengok housemate aku mencekik .. tambah pulak tu tuan tanah 'kedaung' masak sedap - sedap semua .. gulai ayam bertaraf antarabangsa paling aku tak boleh lupa tu ! .. tak payah la cerita berapa kali menambah .. Ceh ! cakap orang aku pun sama .. bukan apa , dah alang - alang tu boleh buat untuk sahur sekali ..


Dalam dilema Mood " RAYA " ..


Assalamualaikum ..

8.14 malam .. hari pertama selepas cuti raya seminggu .. kelas pagi tadi biasa la kalau semua orang takde cerita pasal raya .. tambah lagi dengan show off baju raya .. memang raya sakan ! sampai lecturer sendiri pun masih lagi dalam 'mood' raya .. hehe ..

Alhamdulillah sempurna puasa pertama aku " PUASA 6 " di bulan syawal .. aku harap dapat habiskan gak dalam minggu ni kalau takde apa cabaran dan rintangan yang datang ..

Sunday, September 04, 2011

Bloglist #SEPTEMBER !

Assalamualaikum ..



Sedar tak sedar sampai aku sendiri tak sedar .. dah pun masuk bulan SEPTEMBER kan ? nampak tak gambar atas tu .. sebenarnya aku nak ucapkan bebanyak terima kasih pada bloggers yang dah join BLOGLIST aku bulan lepas ..

Macam biasa , aku akan buka 'buku' BLOGLIST yang baru untuk Bloglist #SEPTEMBER! .. senang je kalau nak blog korang masuk dalam bloglist aku bulan ni .. " cuma tinggalkan link blog korang kat ruangan komen di bawah " .. senang kan ? .. hanya 5 blog lelaki dan perempuan terawal sahaja ye .. 



Raya pertama ..


Assalamualaikum ..

bukan aku punya .. lari !!!
10.16 malam .. malam ni adalah raya pertama aku kat 'sabak amazon' .. biasa la kalau takde aktiviti sembang menyembang dengan housemate cerita pasal cuti raya seminggu .. ada yang kata tak puas hati .. ada kata cuti raya kejap la .. macam - macam la kan .. sambil makan biskut raya yang belambak ..

Masa housemate sibuk cerita pasal raya tadi , aku pulak 'terpaksa' cerita pasal LAPTOP baru .. nak kata baru tu tak la jugak .. dah 4 hari aku guna .. nak buat macam mana kena gak ada pengganti LAPTOP aku yang dulu kalau tak disebabkan 'GRAPHIC CARD' problem .. ehm , laptop baru aku sekarang ni biasa - biasa je pun .. janji boleh buat assessment semua .. betul ke agenda 'utama' aku ni ? .. haha ..



Saturday, September 03, 2011

Back to " Amazon "


Assalamualaikum ..

bukan 'My' Vi aku , sila abaikan .. lari !!!

9.14 malam .. makan sebanyak yang mungkin sebelum kembali ke 'sabak amazon' pepagi esok .. malam ni mulanya family aku dah plan nak dinner kat luar .. last - last tak jadi .. disebabkan aku berkeras gak nak makan kat rumah .. merasa masakan made in Mama aku sendiri .. takut - takut bila kat 'Amazon' nanti 'kempunan' pulak .. paling penting puas hati lepas pekena Ikan Bawal Masak Tiga Rasa tadi .. Pergh !!!

Lepas ni kemungkinan besar lama lagi aku nak balik Cheras .. mungkin 3 bulan aku tak balik rumah .. stay terus kat " Amazon " sampai cuti sem bulan sebelas nanti .. punca , paham - paham la bila habis sem break esok confirm assessment berebut rebut nak g kat aku ..



Balik tangan kosong ..


Assalamualaikum ..

3.53 petang .. aku baru balik dari Malaysia IT Fair kat Mid tadi .. pendek kata " pergi tangan kosong , balik pun dengan tangan kosong " .. pagi tadi aku tengok macam takde orang sebab senang senang je aku boleh dapat parking .. aku tak fikir pulak yang kat dalam .. dan 'beriban' beratur kat pintu masuk IT Fair tu .. mungkin cuti sekolah sekarang ..

Nasib baik la aku ni kategori 'kurus' .. dalam sesak sesak masa IT Fair tu boleh la gak 'mencilok' sana sini .. tak kisah la .. apa yang aku pikir masa tu , misi utama nak cari pintu keluar cepat .. takpe la kan .. aku g situ pun saja nak cuci - cuci mata tengok gadget baru ..

Aku memamg suka g tempat tempat macam IT Fair , PC Fair semua tu .. kalau apa - apa pasal IT ke .. memang pantang aku kalau aku dapat tau .. kakak aku pun sendiri dah masak dengan perangai aku .. sebab dia selalu jadi mangsa follower aku .. teman aku g PC fair .. tapi pagi ni nak tak nak terpaksa la aku keseorangan ke Mid disebabkan kakak aku ada hal ..

Takde benda pun yang best kalau g IT Fair ke PC Fair ke .. sama je macam g lowyat .. harga dia lebih kurang .. cuma kalau kat IT Fair ni havoc sikit .. time tu la nak buat luck draw dapat gadget IT semua .. lucky draw aku masa tahun lepas IT Fair kat Mines .. dapat la gak pendrive 8GB ..



" Malaysia IT Fair "


Assalamualaikum ..

7.34 pagi .. pagi - pagi lagi dah bangun update entri pasal benda ni .. sebab 'benda' ni gak yang membuatkan aku tak boleh sambung tidur tadi .. tu je nak bagitau .. kalau korang ada jumpa aku kat Midvalley nanti , tegur - tegur la aku .. aku nak tegur 'segan' lak .. lari !!!





Sibuk Beraya ..


Assalamualaikum ..

1.04 pagi .. aku baru balik dari beraya dari rumah sedara mara kat Shah Alam .. 4 buah rumah sekaligus .. pagi esok ni , aku ingat nak g IT Fair kat Midvalley pulak .. sebab tadi aku ternampak banner pasal IT Fair masa lalu kat federal highway .. tengok tarikh kat situ dari 2 sampai 4 September .. memang silap besar la kalau aku nampak benda benda pasal IT .. mesti pergi punya ..

Balik rumah , ingat nak terus 'kuak lentang' atas katil .. penat yang teramat .. nak update blog ni pun kena ada feel tu datang .. hari ahad esok , dah nak kena balik ke 'Sabak Amazon' .. aku rasa macam baru semalam je update entri pasal nak balik beraya kat rumah .. kejap kan ? ..


Friday, September 02, 2011

Beraya di rumah 'Kekasih' ..


Assalamualaikum ..

Raya ke 3 .. dah takde apa kerja , aku g ke lowyat kejap sebab nak cari barang - barang hardware sikit .. Ahad ni nak balik 'Sabak Amazon' .. ntah bila lagi ak nak jumpa Cheras ni .. kalau ikut , setiap tahun bila raya aku confirm g ka lowyat tu .. aku pun taktau kenapa ..

Nasib baik tak ramai semalam tak ramai .. aku tengok macam aku seorang je pakai baju melayu kat lowyat .. yang lain dah buat muka slek kat aku .. apa ada hal .. janji dapat puaskan hati ..