Sunday, July 03, 2011

Arak dan Cacing...




Pada suatu pagi di sebuah sekolah rendah .. seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak - anak muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka .. 

Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu ..  dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing - masing berisi dengan air mineral dan arak ..

" Cuba perhatikan ye murid - murid .. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini ke dalam gelas .. cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak .. "


Semua mata tertumpu pada kedua - dua ekor cacing itu .. seperti dijangkakan, cacing yang berada di dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang - renang di dasar gelas .. manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati ..

Si cikgu tersenyum lebar apabila melihat kesemua anak muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya ..

"Baiklah murid - murid .. apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi ?? .. "


Dengan penuh yakin semua anak muridnya menjawab ...

" UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN ... MINUMLAH ARAK ... "


12 comments:

senyumSOYA said...

huhuh..ajaran sesat kat bdak2~ bahaya2~ heheh

Muhamad Syafiq said...

@senyumSOYA : terlebih education .. haha :D

beLLa said...

huiyo. advanced la budak2 ni punye otak. ;p

Muhamad Syafiq said...

@beLLa : tahap degree dah ni .. haha

AesyaZealous said...

haha...semua minum arak lak nnt.haaha

yaya_flanella said...

=.='

Muhamad Syafiq said...

@AesyaZealous : mungkin jugak .. haha

Muhamad Syafiq said...

@yaya_flanella : =.='

aremieroul said...

ha3..bagusnya dak2 ni..^^ he3..

Ismet Ulam Raja Pegaga said...

experiment yg bernas.....huhu

Muhamad Syafiq said...

@aremieroul : bagus kan ? haha

Muhamad Syafiq said...

@Ismet Ulam Raja Pegaga : dah try buat macam ni ? :D